13

70 23 19
                                    

Chapter 12 baru 7 votes. Tak apa, nanti lama-lama naiklah tu kan.

Enjoy reading <3

---

"Tapi kau dah janji?!" Seluruh ruangan bergema oleh suara Hyunjin.

"Tapi ini kes Minho, Hyunjin. Hendera kena bunuh. Kena bunuh, Hyunjin. Kalau aku tak libatkan diri dalam kes ni, kau rasa apa Minho akan fikir? Cuba hadirkan sikir rasa empati dalam diri kau tu. Tak ada guna lagi kau nak simpan dendam dekat Hendera. Dia dah meninggal, Hyunjin." Helaan berat dihembus. Hyunjin melabuhkan punggung di sofa.

"Bukan Hendera yang buat aku marah. Tapi Chan. Aku tak suka tengok kau kerja dengan dia." Irelyn melabuhkan punggung disebelah Hyunjin lalu merangkul erat bahu lelaki itu.

"Jangan risau. Selesai saja kes ni, aku akan keluar. Aku beritahu dia, yang aku dah janji dengan kau, untuk tolak tawaran tu. Percayalah, aku buat semua ni sebab Minho. Bukan sebab Chan. Kau kenal aku, lebih lama dari Chan kenal aku. Sepatutnya kau lebih tahu aku manusia yang macam mana, Hyunjin." Kepala ditoleh menatap Irelyn. Lama dia menatap wajah kakak angkatnya itu.

"Kau janji?"

"I promise, Zavier Hwang." Irelyn menepuk kuat bahu lelaki itu.

Malam melabuhkan tirai. Irelyn melipat beberapa helai pakaiannya lalu dimasukkan ke dalam tote beg miliknya. Untuk waktu sekarang, Irelyn yakin kalau Minho perlukan seseorang. Membiarkan lelaki itu bersendirian sama saja seperti ingin lelaki itu mati. Minho tidak berada di dalam keadaan yang waras, jadi apa saja boleh berlaku jika tiada siapa yang menemani dan mengawasinya.

Irelyn juga membawa donat yang dia beli siang tadi. Dia percaya, Minho pasti tidak mengisi perut langsung sejak pagi tadi.

ting tong

"Oh? Minho ke?" Pintu segera dibuka. Alangkah terkejutnya Irelyn apabila wajah seorang lelaki yang tak disangka-sangka akan pernah datang ke sini, tiba-tiba saja muncul di depan pintu rumahnya. Terkebil-kebil dia menatap lelaki di hadapannya. "Qal?"

"A-Aku dapat tahu, kau akan sertai kes ni. Tolong selesaikan kes Hendera. Cari penyebab kenapa dia bunuh diri. Aku tahu aku banyak salah dekat dia, tapi bukan bermaksud yang aku tak kisah tentang dia." Tutur Qal dengan suara yang bergetar. Kedua bola matanya merah seperti menahan tangis. Dari tatapannya, Irelyn dapat baca betapa sedih dan kesalnya Qal tentang apa yang terjadi pada Hendera.

Mungkin rasa sedih tadi akan bertukar menjadi dendam, jika lelaki itu tahu kalau ini bukanlah kes bunuh diri. Tapi sebuah pembunuhan tidak berancang.

"Baik, Qal. Tapi hal yang terbaik awak boleh buat sekarang adalah berdoa. Berdoa untuk kesejahteraan Hendera dekat sana nanti. Doa juga agar semua masalah ni selesai dengan cepat. Bersedih boleh, tapi jangan lama-lama. Takut.... Hendera pun akan ikut sedih juga."

"Terima kasih. Aku tahu betapa bencinya Hendera pada kau, tapi kau terlalu matang untuk pedulikan kebencian dia. Terima kasih, Irelyn." Dengan paksaan, Irelyn cuba mengukir senyuman. Ikutkan hati, dia hampir menangis kerana dirinya tidaklah sekuat yang disangka. Kehilangan Hendera terasa seperti kehilangan rakan sendiri. Walaupun tidak terlalu rapat.

Sebaik saja Qal beredar, Irelyn segera meraih tote beg nya dan juga plastik beg berisi donat yang sudah dibungkus.

Perjalanan menuju ke rumah Minho memakan masa kurang dari 20 minit, kerana Irelyn memilih untuk memandu keretanya. Cuaca yang sejuk membuat dia membatalkan niat untuk berjalan kaki.

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now