21

87 19 36
                                    

<3

---

Three days before Hendera was killed.

Chan dan Hazel baru saja pulang dari rumah Irelyn. Kalau bukan kerana Hyunjin, mungkin mereka masih berbual rancak sekarang.

"Saya nak beli air mineral kejap." Kereta dihentikan di hadapan sebuah kedai runcit biasa.

Sedang Chan memilih jenis air mineral yang sering dia beli, figura dari seorang gadis menarik perhatiannya. Laju kepalanya menoleh ke kanan. "Eo?"

"Eum?"

"Awak Hendera kan? Kawan Minho."

"Y-Ye. Encik siapa?" Kisah lima tahun lepas. Mustahil untuk Hendera ingat.

"Saya Chan, polis yang pernah tolong Minho dari kena pick pocket. Ingat tak?" Matanya ke atas ke bawah, seolah mencuba untuk mencari memori tentang perkara yang dikatakan oleh Chan tadi.

"Oh. Polis dekat Woodstock ke?"

"Iya. Awak macam mana sekarang? Masih berkawan dengan Minho ke?" Kepala diangguk sekilas.

"Masih." Singkat jawapannya.

"Sekarang awak nak ke mana? Balik rumah ke? Saya boleh hantar kalau nak."

"Tak apa. Rumah saya tak jauh mana pun dari sini." Minuman soda diambil lekas sebelum perbualan singkat ini menjadi panjang. Hendera kemudian terus berlari ke arah kaunter, meninggalkan Chan yang masih terlihat ingin berbual dengannya.

Jenama minuman tidak lagi dikisahkan. Chan ambil apa yang ada di depan mata, lalu berlari menuju ke kaunter. Terlihat giliran Hendera masih belum tiba dan gadis itu sedang sibuk memilih gula-gula getah di meja sebelah kaunter.

"Maaf kalau awak tak selesa dengan ajakan saya tadi."

"Eh!" Jantung terasa hampir lucut.

"Kalau saya hantar awak, kita tak akan berdua. Sebab ada isteri saya dalam kereta. Jadi janganlah risau atau salah faham dengan niat saya."

"Tak apa. Lagipun cuaca hari ni baik. Tak ada sebab saya nak menumpang orang lain hanya untuk balik ke rumah." Kalau batu adalah manusia, Hendera lah batu itu.

"Tapiㅡ"

Lidahnya kaku apabila mendengar suara guruh dan rintikan hujan yang semakin lama semakin kuat dan lebat. Dua manusia itu kini saling bertatapan dengan riak wajah yang terkejut bercampur keliru. "Howㅡ"

"Nampaknya cuaca berpihak pada saya." Tutur Chan sambil tersenyum lebar. "Marilah. Setidaknya isteri saya ada teman berborak."

Hendera tiada pilihan. Terpaksa dia terima ajakan lelaki itu walaupun hatinya enggan. Ada perasaan tak enak ketika Chan tersenyum padanya. Hawa negatif kuat terasa saat Chan berbicara. Intonasi lelaki itu juga sedikit membuat Hendera jengkel.

Di dalam kereta, Hazel cuba berbual walaupun respon yang diterima kadang tidak memuaskan. Namun Hazel tetap tidak berhenti berbual, kerana mulutnya memang sejenis yang begitu gemar bercakap.

"Apartment Milton? Oh, dekat dengan kafe Luna tu kan?" Teka Hazel.

"Ye. Turunkan je saya dekat selekoh. Nanti saya boleh jalan kaki."

© KIND IS A CURSEDonde viven las historias. Descúbrelo ahora