15

88 21 26
                                    

Hello hello ~

If ada typo, janganlah tegur. Maafkan please :')

Sebab sempurna tu hanya milik andra and the backbone

kau begitu sempurna ~

---

"Hyunjin." Hans datang sambil membawa secawan lemonade. "Kau dah beritahu Irelyn ke?"

"Belum. Mungkin malam ni atau lepas kita habis kelas. Aku takut juga kalau dia tak ada dekat rumah, sebab dia sibuk uruskan kes Hendera. Aku seboleh-bolehnya tak nak dia serabut, sebab bila dia serabut, mood dia mesti tak betul. Jadi aku kena cari waktu yang sesuai untuk beritahu semua teori aku." Ada sebab mengapa dia tak mahu Irelyn menjadi profiler. Irelyn akan menjadi seorang yang sangat serius dan sibuk, walaupun ketika bukan waktu kerjanya.

Minuman yang diberi lekas diteguk. "Kau nak aku teman kau? Felix ke?"

"Tak perlu. Aku tahulah apa nak buat."

---

TOK TOK TOK

Satu lagi ketukan dan kemungkinan besar pintu itu akan pecah. "Kenapa dia tak nak buka?"

"Mana saya tahu, Chan."

click

"Ye?"

"Encik Qarl Edward, kami NYPD dan awak ditahan atas tuduhan membunuh Hendera Jones." Tanpa menunggu, Vax dan King terus menggari Qal dan membawanya keluar dari rumah.

"Chan, awak rasa betul ke dia?" Tanya Irelyn.

"Rakaman tu bukti, Irelyn. Pukul empat pagi, dia masih belum keluar lagi dari apartment tu. Yang kita nampak cuma orang masuk saja." Jelas Chan.

"Tapi dia nampak sedih lepas Hendera mati. Tak akanlah dia pura-pura?" Kalau betul Qal lah pembunuhnya, Irelyn akan sangat benci dengan lelaki itu. Tergamaknya seorang manusia yang sanggup membunuh dua nyawa sekaligus tanpa belas kasihan.

"Marilah balik ke pejabat. Dekat sana saja kita bincang."

Di pejabat polis, Qal kini ditempatkan di dalam bilik soal jawab. Chan dan Irelyn akan duduk bersama untuk menyoal lelaki itu. Melihat Qal yang diam dan tenang membuat Irelyn serba salah. Kuat perasaannya mengatakan kalau lelaki di hadapannya ini memang tidak bersalah. Namun sayangnya, rakaman CCTV yang ditonton sebentar tadi justeru berkata lain.

"Qal?" Irelyn cuba memanggil. Tiada respon.

"Encik Qal?"

"Apa maksud kau yang ini kes pembunuhan?" Mereka berdua terkejut dengan soalan yang Qal lontarkan. Mengapa lelaki itu terlihat seperti benar-benar tidak tahu tentang kes pembunuhan ini. Jika benar dia lah yang membunuh gadis tak berdosa itu, dan ini semua hanyalah lakonan semata.

Qarl Edward layak mendapat anugerah Oscar.

"Qal, tolong jangan pura-pura lagi. Kenapa, Qal? Kenapa awak sanggup bunuh Hendera? Awak tahu tak yang dia tengah mengandung?" Wajah diangkat menghadap Irelyn dan Chan. Mereka berdua terkedu apabila melihat mata Qal yang sangat merah dan sembab. Tangan yang sedang tergari di atas meja terlihat dikepal hingga membuat uratnya timbul. "Q-Qal."

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now