12

87 21 42
                                    

Chapter 11 tak ada comment langsung.
Chap tu best ke tak guys?

HAHAHA

---

"Hendera!" Minho merempuh kuat pintu rumah Hendera. "Hendera Jones!"

Pintu bilik Hendera juga turut ditendang, namun keberadaan gadis itu tidak terlihat. Niat yang tadinya ingin marah kian hilang apabila gadis itu tidak munculkan diri. Timbul rasa risau dan Minho mula tertanya dimanakah gadis itu berada. Hendera jarang keluar ke mana-mana pada hari Isnin dan kebetulan hari ini cuaca sangat sejuk. Hendera benci akan kesejukan.

"Hendera!" Di depan pintu tandas, Minho meneriakkan nama rakannya. Tiada jawapan. Namun bunyi percikan air mencuri perhatian Minho. "Hendera?"

Pintu tandas ditolak perlahan. "Hendera!"

---

"Aku dengan yang lain belum periksa lagi mayat Hendera. Sebelum kami mulakan kerja, aku kena bercakap dengan Irelyn dulu." Chan membawa Irelyn pergi sedikit jauh dari Minho dan yang lain.

"Ada apa, Chan?"

"Ini kes Minho. Saya tak bermaksud nak main-mainkan awak atau pergunakan perasaan awak. Tapi kalau boleh, jadilah profiler untuk kes ni. Kita cari penyebab kenapa Hendera bunuh diri. Minho baru lepas hilang kawan baik dia. Jadi sebagai orang yang rapat dengan dia, mungkin awak boleh tolong hilangkan sedih dia dengan bantu dia cari penyebab kenapa Hendera bunuh diri."

"Tapi.." Irelyn mengerling sekilas ke arah Minho. Air muka lelaki itu terlihat sangat sayu dan kosong. Wajah itu lebih parah daripada wajah yang Irelyn lihat kelmarin, iaitu ketika dirinya mengendahkan Minho selama seminggu. "Okay. Saya tolong awak dalam kes ni. Tapi lepas semuanya selesai, saya akan berhenti. Sebab saya dah janji dengan Hyunjin untuk tak terima tawaran awak."

"Okay, Irelyn. Saya hormat permintaan dan keputusan awak."

Chan dan Irelyn bersama-sama masuk ke dalam rumah Hendera. Di tempat kejadian iaitu di tandas, Hendera terlihat membunuh diri dengan cara melemaskan dirinya ke dalam tab mandi. Namun mereka percaya kalau melemaskan diri bukan pilihan pertama Hendera. Ini kerana, air di dalam tab sudah bertukar menjadi warna merah, yang jelas ianya adalah campuran dari cairan darah.

Irelyn dan Chan memakai sarung tangan agar cap jari mereka tidak terhinggap pada tubuh Hendera. Ya walaupun mustahil untuk ada cap jari, kerana tubuh gadis itu sudah sepenuhnya basah. "Apa yang awak jumpa, Vax?"

Vax ialah detektif yang sudah hampir satu tahun bekerja bersama Chan. Selepas Irelyn dikeluarkan, Vax dibawa masuk untuk menjadi ahli kumpulan Chan sebagai detektif biasa. "Suicide. Kematian dijangka berlaku enam ke tujuh jam lepas. Tak ada apa yang menarik dalam kes ni. Mangsa memang nak bunuh diri, tapi bukan dengan lemaskan diri. Tapi..." Beg plastik yang berisi pisau lipat diperlihatkan.

"Dia cuba potong urat tangan dia ke?" Vax menggeleng. Irelyn berkerut hairan. "Jadi?"

"Dia toreh leher dia. Mungkin disebabkan terlalu sakit, dia hilang kawalan dan tergelincir masuk ke dalam tab mandi. Sebab itulah hanya bahagian badan yang basah, kecuali kepala." Keterangan Vax memang jelas, namun Irelyn merasa ada yang tidak beres.

"Chan, boleh saya periksa mangsa?" Chan mengangguk mengizinkan.

"Chan? Wow. Tak ada siapa lagi yang berani panggil Leftenen Arthur, Chan. Kalau boleh tahu, awak siapa?" Kelakuan Vax mula membuat Irelyn kurang selesa. Chan kemudian mengisyaratkan Irelyn untuk endahkan saja perempuan itu.

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now