6

98 18 23
                                    

Hari ni kita up new chapter awal sikit,
kalau lambat sangat takut tertidur
ㅠㅠㅠ

---

"Saya tak kata awak salah. Tapi saya pun tak rasa yang awak betul. Hendera ada hak untuk cemburu, sebab dia dah berkawan lama dengan awak. Mungkin yang salah tu saya, Minho." Minho menggeleng, tidak setuju dengan kata terakhir Irelyn.

"Awak tak ada kena mengena dalam masalah ni. Saya yang tiba-tiba emosi semalam. Mungkin sebab nampak muka Qal tak guna tu. Besok saya pergi jumpa dia atau mungkin, malam ni saya pergi rumah dia." Bahu Minho ditepuk.

"Macam tu lah lelaki bijak selesaikan masalah." Bahang pada wajah terasa selepas dipuji Irelyn. Lekas lelaki itu memalingkan wajahnya yang sudah merah mengalahkan buah tomato.

Irelyn dan Minho pulang selepas dua jam mereka luangkan masa bersama di kafe. Irelyn menuju ke rumahnya sambil membawa beg berisi hadiah yang diberi oleh Minho sebentar tadi. Tiba saja di rumah, terpampang wajah Hyunjin di depan muka pintunya sebaik saja pintu ditolak. "Hyunjin Zavier Hwang! Buat terkejut sajalah kau ni!"

"Sorry. Aku baru je nak balik, mana aku tahu kau ada depan pintu." Gumamnya sembari menyarung kasut yang sudah lama berada pada tangan.

"Kau buat apa datang sini? Ada barang tertinggal ke?" Jarang sekali lelaki 21 tahun itu datang kemari kalau tiada hal penting.

"Aku punya berus melukis tertinggal hari tu. Ingatkan tertinggal dekat studio, rupanya tertinggal dekat sini. Aku terlupa yang bulan lepas kau jadi model untuk lukisan aku. Otak dah kecut agaknya sampai terlupa." Hyunjin menunjal kepalanya sendiri. Bulan lepas, Irelyn pernah menjadi model untuk lukisan Hyunjin.

Tugasan kolej memang tak pernah mudah.

"Ni kau nak kemana? Rumah?" Hyunjin mengangguk.

"Kau dari mana? Satu dua minggu ni selalu hilang je. Nak ajak jumpa pun susah semacam. Kau ada masalah ke?" Walaupun sering bertekak dan berbalah, Hyunjin tidak boleh sembunyikan rasa risaunya pada Irelyn. Walau apapun, Irelyn sudah dianggap seperti kakaknya sendiri.

"Ada je. Aku sibuk sikit dengan buku aku. Lepas tu baru-baru ni, Minho ada masalah dengan kawan dia, Hendera tu. Kadang kala dia selalu ajak aku jumpa. Sebab tu kebelakangan ni kita berdua selalu tak ada masa nak jumpa. Sorry ea?"

"Chill lah. As long as you happy. Never lose your smile, Irelyn. Kalau Minho perlukan kau masa dia sedih, maksudnya kau kawan yang baik." Lembut bahu Irelyn diusap. "Aku pergi dulu. Ada tugasan nak kena hantar minggu depan."

Sebaik saja Hyunjin pergi, Irelyn menutup pintu dan terus ke biliknya. Hadiah yang diberi oleh Minho tadi laju dibuka. Sehelai baju berwarna biru langit dan bertuliskan THE WORLD IS MINE dalam fon CabinSketch membuat Irelyn mempamerkan barisan giginya. "Comel. Macam Minho."

---

Malam berkunjung. Irelyn baru selesai memasak makan malam untuk dirinya dan juga Hyunjin. Beberapa minit lagi lelaki itu akan tiba. Hyunjin memang sering datang ke rumah Irelyn jika gadis itu mengajaknya. Kalau tidak diajak, jangankan batang hidung, bayang pun belum tentu terlihat.

klik

"Hello sister?" Wajah kacak Hyunjin muncul disebalik daun pintu. Dengan senyuman lebar, dia menyapa Irelyn yang terlihat gembira dengan kedatangannya.

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now