23

84 19 38
                                    

Sebenarnya yeon nak update once chapter 22 dah hit 10 votes. But takut korang tunggu lama sangat, so yeon update je terus.

Happy reading semua <3

---

"Kita boleh berbohong Chan. Peguam awak akan tolong tutup serapat-rapatnya kesalahan yang awak dah buat. Awak boleh cakap yang awak tak sedar. Awak rekalah cerita yang awak dirasuk. Sayaㅡ"

"Hazel." Lengan isterinya diraih. "Cukup. Saya kena terima hukuman yang setimpal dengan apa yang saya dah buat. Saya sedar yang saya bunuh Hendera. Itu pembunuhan berancang, Hazel. Saya minta maaf, tapi saya tak boleh teruskan hidup dalam rasa berdosa, Hazel."

"C-Chan." Cairan jernih menitis keluar dari bola mata sang suami. Genggaman terasa semakin longgar dan berjarak. Chan menarik tangannya jauh dari tangan Hazel. Lelaki itu merasa tidak layak membiarkan tangan kotornya menyentuh kulit Hazel.

"Pulanglah. Berehat. Saya tahu awak penat, Hazel. Tujuh jam berada diluar bukan jangka waktu yang sekejap untuk wanita mengandung macam awak. Balik dan tidur sayang." Sepanjang dia bercakap, wajahnya hanya menunduk. Segan dan malu untuk menatap isterinya.

"Macam mana saya nak tidur sedangkan saya tahu suami saya ada dekat sini, Chan. Saya perlukan awak, Chan. Tolong jangan buat saya macam ni...." Tangisan Hazel pecah apabila mengucap kalimat terakhirnya. Isteri mana yang tidak hancur melihat suaminya ditahan atas tuduhan membunuh.

Merompak mungkin boleh dimaafkan lagi. Namun ini membunuh. Bermain dengan nyawa seseorang.

"Maafkan saya Hazel." Lagi-lagi ucapan maaf keluar dari mulutnya.

"Kenapa Chan. Apa yang dorong awak sampai sanggup bunuh perempuan tak berdosa tu?" Sejujurnya Hazel tidak mahu bertanya soalan itu kerana dia masih percaya kau suaminya memang bukan pembunuh. Namun dengan melihat juga mendengar, perlakuan serta perkataan dari Chan. Hazel tiada pilihan lain selain menerima kenyataan jikalau suaminya memang seorang pembunuh.

"I-Irelyn."

"Ha? D-Dia ke yang paksa awak?" Chan lekas mengangkat wajahnya.

"Tak. Tapi dia adalah alasan kenapa saya bunuh Hendera. Hanya dengan kematian Hendera, Irelyn akan setuju untuk jadi profiler semula. Itu saja satu-satunya cara yang mampu saya fikir untuk wujudkan permintaan awak, Hazel. Sebab saya sayang awak."

Pada saat itu, Hazel sedar alasan sebenar semua ini berlaku adalah kerana dirinya. Kerana kerakusannya dalam mementingkan diri. Kalau dari awal dia akur dan patuh dengan kata-kata Chan, sudah pasti ini semua tidak akan terjadi.

"J-Jadi ini semua salah saya Chan. Kerakusan saya."

"Jangan salahkan diri awak Hazel. Sebenarnya sayalah punca sebenar. Ada sesuatu yang dah lama saya nak sampaikan pada awak." Mata mereka bertaut lekas.

"Apa dia Chan."

"Tahun lepas setelah beberapa bulan Vax kerja dalam kumpulan saya, kami...... Terlanjur. Saya tak tahu macam mana saya boleh lalai dan leka. Sebabkan kesalahan tu, saya hidup dalam penuh rasa berdosa, Hazel. Saya berdosa dengan awak, dengan tuhan. Malah dengan diri saya sendiri, sebab saya langgar janji kita. Saya cuba untuk lupakan tapi tak boleh. Jadi, untuk buang rasa negatif tu, saya sedaya upaya usaha untuk tunaikan apa yang awak nak,"

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now