11

84 24 37
                                    

Possible tak nak dapat 10 votes untuk chapter ni?

<3

---

"Nah, minum dulu." Mug berisi susu coklat dihulurkan pada Irelyn. Kusut pada wajah gadis itu masih belum luntur sejak pagi tadi. Dari Hyunjin bangkit tidur hinggalah sekarang iaitu jam makan tengahari, Irelyn kelihatan sangat runsing memikirkan apa yang terjadi semalam.

Terlampau banyak perkara yang jadi dalam satu hari. "Apa yang kau runsingkan sangat ni? Ceritalah." Tutur Hyunjin sembari melabuhkan punggung di sofa.

"Tak ada apalah. Aku cuma pening sebab belum bayar bil elektrik."

"Bil?" Soalnya penuh curiga. "Jarang-jarang kau lupa bayar apa-apa bil."

"Aku nak masuk dulu. Nanti kalau kau nak balik, jangan lupa kunci pintu." Irelyn bangkit dari duduknya dan sebelum melangkah pergi, dia berpesan sesuatu, "Kalau terserempak dengan Minho dekat bawah apartment, beritahu dia aku tak ada dekat rumah. Cakap saja yang aku ada hal."

"Irelyn kauㅡ"

"Aku okay, Hyunjin. Aku pun manusia. Aku perlukan waktu bersendirian, itu je. Jangan lupa apa aku cakap tadi."

"Okay..." Hilang saja kelibat Irelyn, Hyunjin pun terus mengemas barangnya untuk pulang. Seperti yang dipesan, pintu rumah dikunci rapat.

Tibanya dia di lobi, Hyunjin benar-benar terserempak dengan Minho. Irelyn seperti ahli nujum yang mampu mengetahui apa yang akan terjadi pada lima minit ke depan. Hebat. "Hyunjin...?"

"Minho... Cari Irelyn ke?"

"Haah. Siapa lagi yang tinggal dekat sini kalau bukan Irelyn kan?" Lelaki itu cuba berjenaka walaupun Hyunjin sedar kalau jenaka itu hanyalah sebuah perlian.

"Sekejap. Aku nak tanya sesuatu boleh?" Minho mengangguk walaupun terselit sedikit keraguan. "Semalam... Kau ada jumpa Irelyn ke?"

"Ada. Siang tu."

"Malam?"

"Tak." Jawapan Minho membuat Hyunjin bingung seketika. Jika Irelyn dan Minho tiada masalah, jadi mengapa Irelyn enggan bersemuka dengan lelaki itu? Alasan nak bersendirian sangat tidak boleh diguna pakai kerana Hyunjin kenal sungguh dengan keperibadian kakak angkatnya yang satu ini.

Gadis itu bencikan kesunyian.

"Eum, Irelyn tak ada dekat rumah. Dia ada hal."

"Oh... Hal apa?" Hyunjin menjungkitkan bahunya lalu menggeleng perlahan.

"Tak tahu. Okaylah aku pergi dulu, see you later, o nunca (or never)" Kaki melangkah pantas meninggalkan kawasan kediaman Irelyn.

Minho tidak mempercayai kata-kata Hyunjin. Kuat perasaannya mengatakan kalau ada sesuatu yang disimpan oleh lelaki itu. Wujud aura tidak enak ketika Hyunjin memberitahu tentang Irelyn yang katanya sedang tidak berada di rumah. Nada Hyunjin terdengar seperti sedang berbohong dan seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu.

Minho memilih untuk abaikan apa yang disampaikan oleh Hyunjin dengan terus melangkah naik ke atas, tepatnya ke rumah Irelyn. Tiba saja di hadapan pintu rumah Irelyn, Minho memilih untuk mengetuk dan tidak menekan loceng. Kerana jika loceng ditekan, skrin LED akan menyala dan itu akan membuat Irelyn tahu tentang kedatangannya.

Beberapa kali tangan mengetuk, pintu tak juga kunjung dibuka. "Ada masalah apa dia ni? Betul ke tak ada dekat rumah? Tapi kalau betul kerja, kenapa kereta dia ada dekat bawah? Tak akanlah jalan kali pula." Soalan demi soalan ditanya pada dirinya sendiri.

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now