16

80 22 31
                                    

Chapter 15 tak capai target votes.

Tak apalah. Nanti lama-lama naiklah tu kan?

Btw dah lama tak update pagi-pagi. Semua dah bangun belum ni?

---

"Betul ke itu yang Hyunjin cakap?" Tanya lelaki berseragam kemas itu.

"Iya. Sebab itulah kami gaduh. Saya tahu dia benci Minho, tapi tak sangka dia sanggup fitnah sampai macam ni." Adu Irelyn. Matanya terasa berat kerana kurang tidur semalam. Semua kerana sibuk bertekak dengan adik angkatnya, Hyunjin.

"Awak rehat dulu. Kejap lagi, kita jumpa Qal. Semalam Vax beritahu yang Qal ada cakap sesuatu. Harapnya bukan kata-kata kosonglah."

"Vax tak ada beritahu ke apa yang Qal cakap?" Lelaki dihadapannya menggeleng penuh kecewa.

"Mungkin dia nak kita sendiri yang dengar." Penuh positif, Chan menjawab. Irelyn iyakan saja.

Semua yang bertugas di pejabat kini sedang terlihat sibuk. Ada beberapa kes baharu yang mereka perlu selesaikan. Chan yang ahli kumpulannya yang lain masih lagi sibuk dengan kes Hendera. Walaupun mereka dibolehkan untuk mengambil kes baharu, Chan memilih untuk menolak.

Kerana ada kumpulan lain yang boleh diharapkan.

"Leftenan Arthur, Qal dah ada dalam bilik soal jawab." Gumam Vax.

"Okay, Vax. Nanti saya dengan Irelyn masuk." Nafas ditarik lalu dihembus. Perilaku Qal semalam membuat mereka sedikit risau. Takut-takut, lelaki itu akan lebih gila hari ini.

"Chan sekejap. Biar saya seorang je yang masuk. Kemungkinan besar, Qal akan lebih selesa untuk bercerita. Lagipun kami kenal satu sama lain." Cadangan Irelyn dipertimbangkan dahulu. Chan kurang setuju, namun Qal terlihat agak tenang dengan Irelyn semalam.

"Okay. Tapi rekod semua percakapan dia." Syarat diberi.

"Okay."

"Eh sekejap!" Tangan diseluk ke dalam poket seluar untuk mengambil sesuatu. "Nah, letak ni dekat atas meja."

"Apa ni?"

"Kamera pengintip 360. Saya boleh tengok gerak-gerik dia dari telefon yang sudah tersambung dengan kamera tu."

"Canggihnya. Okay."

Sebelum menapak masuk ke dalam, Irelyn menekan dahulu butang rekod pada telefonnya. Ketika kaki sudah melangkah masuk, wajah Qal terlihat lebih tenang dan segar berbanding semalam. Terukir juga sebuah senyuman tipis pada bibir lelaki itu.

Sepertinya, sesi soal jawab akan menjadi sangat mudah pagi ini, menurut Irelyn.

"Selamat pagi, Qal." Sapa Irelyn sembari melabuhkan punggung.

"Pagi." Singkat jawapannta, tenang nadanya.

"Boleh kita terus mula?" Sikap profesional Irelyn membuat Qal semakin melebarkan senyumannya. Kepala diangguk perlahan.

"Boleh. Kalau keberadaan aku dekat sini mampu bantu kau selesaikan kes Hendera. Aku sanggup." Penuh yakin nadanya. Irelyn lekas membuka buku nota kecilnya yang sudah tertulis beberapa soalan penting di situ.

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now