2

142 22 35
                                    

Hi <3

---

"Terima kasih." Americano yang telah siap lekas dihirup sebelum Minho menapak keluar dari kafe. Pagi yang cerah membuat moodnya terasa ceria. Minho menyapa semua pedestrian yang jalan melintasinya dengan sebuah senyuman dan kedipan mata.

"Eh!" Kerana terlalu leka dan enjoy, Minho tidak sengaja melanggar bahu seorang gadis yang jalan dari arah depan.

"Cik? Okey tak?" Minho menghulur tangan untuk membantu gadis itu bangun.

"Minho?"

"Hendera? Sejak bila kau potong rambut?" Tidak hairan kenapa dia tak mengenali kalau itu Hendera. Gadis itu kelihatan berbeza dengan rambut pendek separa telinga. Dengan warna merah yang tak terlawan cerahnya. Namun bukan itu yang Minho perhatikan. Tapi, "Kenapa bibir kau?"

"Bibir? Oh. Terjatuh."

"Terjatuh? Langgar apa? Gajah?" Bukan niat ingin melawak. Namun kesan lebam dan koyak itu tidak terlihat seperti terjatuh. Lebih kepada dipukul. Atau kata lain, ditampar.

"Aku dah lambat ni. Jumpa nanti." Sepantas kilat Hendera berlari meninggalkan Minho. Lelaki itu memerhatikan Hendera hingga bayangnya hilang selepas ditarik oleh seorang lelaki tinggi lampai.

Minho sepertinya kenal siapa lelaki itu. "Anak anjing, Qal."

Americano pada tangan lekas dibuang. Minho berlari mengejar Hendera yang dibawa masuk ke sebuah lorong. New York memang terkenal dengan lorong-lorong sempitnya. Kadang hanya sebuah kereta saja yang muat untuk lalu. Kerana itulah para polis jarang memasuki lorong ketika membuat rondaan.

Kerana sempit.

"Aduh!" Pagi ini saja sudah dua kali Minho terlanggar orang. Kini dia tidak sengaja melanggar orang yang sedang membawa sekotak macaroon. Habis terbang ke langit macaroon yang orang itu bawa. "Oh no! Macaroon.........."

Suara itu. Minho kenal suara itu. "Irelyn?"

"Minho!? Ya tuhan, Minho! Apa yang awak tergesakan sangat sampai tak nampak saya ni?" Tak tahu ingin marah atau gembira. Tak sangka dia akan bertemu lagi dengan lelaki yang temannya ke konsert pada minggu lepas.

"Saya tengah kejar orang. Tapi macam dah hilang. Aduh macaroon awak! Kita beli baru ye? Saya belanja." Irelyn menggeleng perlahan.

"Lupakan. Sekarang tolong saya bersihkan macaroon ni. Marah pula pedestrian lain kalau kita tinggalkan je macam ni."

Minho akur. Mereka berdua membersihkan semua macaroon yang sudah terabur mencium lantai batu. Sedih. Untung sungguh lantai di New York, dapat rasa macaroon yang berharga 40 dollar sekotak.

Selesai mengemas, Minho dan Irelyn menyuci tangan di restoran yang ada di belakang mereka. "Awak kejar siapa sebenarnya?"

"Kawan. Kawan yang patutnya teman saya ke konsert minggu lepas." Minho agak menyesal kerana tak dapat mengejar Hendera. Namun dia lebih menyesal kerana melanggar Irelyn hingga menyebabkan semua macaroon yang dibawa hancur.

Bazir begitu saja.

"Siapa nama dia?" Tanya Irelyn sebelum menyedut minuman kopi latte yang Minho belikan untuknya tadi.

"Hendera Jones."

"Perempuan? Iya ke kawan..." Sengaja Irelyn mengusik. Minho menggulingkan matanya sambil tersenyum malu.

"Betul, kawan. Memang sebatas kawan. Sebab dia dengan saya membesar sama-sama dekat rumah anak yatim. Kan pelik pula kalau tiba-tiba tersuka."

"Awak anak yatim ke?" Anggukan kecil dicipta.

"Sejak lahir."

"Sama."

Suasana yang tadinya sedih tiba-tiba bertukar rancak. Minho dan Irelyn tertawa selepas mengetahui status mereka sebagai anak adalah sama. Iaitu anak yatim piatu.

"Macaroon yang awak bawa tadi macam banyak. Nak makan seorang ke?" Irelyn tertawa sebelum menggeleng.

"Gila apa nak makan seorang 25 biji tu. Besok hari lahir saya. Kebetulan saya ada buat majlis hari lahir dekat rumah sendiri. Oh alang-alang awak pun dah tahu, datanglah besok. Itupun kalau awak sudilah. Sebab awak nak cari Hendera kan?"

"Dah 10 tahun saya tak sambut hari lahir sendiri. Bagi alamat awak, besok saya datang."

"Betul ke? Hendera?" Layar telefon yang memaparkan satu GPS tracker ditunjukkan pada Irelyn. Tertera nama Hendera pada titik biru yang ada di dalam GPS tracker itu.

"Dia dah balik rumah."

"Wah. Okey ambil nombor saya. Nanti saya text awak." Selepas bertukar nombor, Minho meminta diri untuk ke rumah Hendera. Dia perlu memastikan rakannya itu dalam keadaan yang baik. Kesan luka pada bibir Hendera tadi menyakinkan Minho kalau ada sesuatu yang tidak kena.

---

"Kau hutang Qal? Kenapa tak bagitahu aku yang kau nak pakai duit?" Nada itu sama dengan nada yang terdengar pada satu minggu lepas. Nada yang penuh kecewa dan sedih.

"Sebab aku tak nak kau tahu yang aku tengah susah."

"Sebab itu ke kau bagi dia tiket tu? Sebab kau berhutang dengan dia?" Hendera mengangguk sambil menyeka air matanya. Minho menghela berat nafasnya. Tangan diseluk ke dalam poket seluar lalu telefonnya dikeluarkan. "Berapa kau hutang dia?"

"Jangan. Biar aku yang bayar. Lagipun, tinggal beberapa ribu je."

"Berapa ribu?"

"Dua."

ting!

Hendera kenal dengan bunyi tersebut. Itu bunyi paypal selepas duit berjaya dihantar. Telefon Minho dirampas untuk dilihat. Hendera terkejut selepas melihat jumlah duit yang Minho hantar pada Qal. "5000 dollar!? Kenapa kau hantar banyak sangat? Kau tahu tak dia buat apa dengan duit banyak macam tu?"

"Tak tahu dan tak ingin pun nak tahu. Yang pasti kau tak terjerat hutang dah dengan manusia bangsat macam tu. Lepas ni tolonglah bagitahu aku kalau kau ada masalah. Kita bukan kawan sehari dua, Hendera. 25 tahun kita kenal. Membesar sama-sama."

"Terima kasih."

"Besok aku nak pergi majlis hari lahir kawan aku. Kau nak ikut? Rumah dia dekat Upper West Side."

"Kau ada kawan lain ke selain aku?" Nada Hendera seolah sedang mengejeknya. Minho berdesis lalu menunjukkan gambar Irelyn yang tertera pada layar telefonnya.

"Irelyn Blaire."

"P-Perempuan?"

---

Bbokari-

KIND IS A CURSE
220918

- This chapter should be posted tonight -
But it's okay. After this I'll be publish all the new chapter at night. Okay?

<3

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now