18

93 20 76
                                    

Chapter ni panjang, jadi jangan bosan membaca ye <3

Sebab chapter ni penuh dengan kemanisan Irelyn dan Minho ~~

---

Satu bulan sudah berlalu. Pembunuh yang dicari masih lagi belum mereka temui. Kumpulan Chan sudah mula menyiasat kes lain, dan memilih untuk mengenepikan dahulu kes Hendera. Bukanlah bermaksud bahawa kes ini akan ditutup, namun akan dihentikan untuk sementara waktu dahulu. Mungkin dua ke tiga hari.

"Makanlah." Biskut coklat dihidangkan pada kedua rakan Hyunjin iaitu Hans dan Felix. Susu coklat juga turut diberikan pada mereka.

"Terima kasih." Ucap mereka berdua sopan.

"Irelyn, kami mungkin gerak awal sikit. Lepas dari bercuti, kau nak kirim apa-apa tak? Vienna banyak benda menarik. Tapi jangan pula kau minta aku bawa balik croissant. Nanti masuk angin." Si anak Hwang cuba berjenaka.

"Apa susah? Tampal lah dulu supaya angin tak masuk." Celah Felix dengan mulut yang penuh dengan biskut.

"Kau ingat tu tayar ke gila?" Mereka berdua tertawa melihat Hans dan Felix saling menyiku satu sama lain.

"You know I like surprises. Jadi, surprise lah aku." Balas Irelyn. Itu salah satu cara untuk mengelakkan otak dari berfikir. Biar Hyunjin saja yang fikir ingin memberinya apa. Sebagai manusia yang tidak cerewet, jika diberi kerengga goreng pun, Irelyn sanggup terima.

ting tong

"Kejap." Pintu lekas dibuka selepas melihat gerangan siapa yang ada di muka pintu. "Awal kau datang? Macam tahu-tahu je yang kami nak gerak sekejap lagi."

"Sebab itulah aku awal. Sebab aku memang tahu." Jejaka tampan dihadapannya itu lantas melangkah masuk selepas diberi ruang oleh Hyunjin.

"Hai Minho." Seperti biasa, pelukan hangat diberikan.

"Saya bawa bahan mentah untuk kita. Awak tak perlulah susah-susah masak, sebab saya yang akan masak siang nanti. Besok awak pula masak, sebab kita berdua je kan dekat rumah ni?" Tatapan sinis serta senyuman miring ditunjukkan pada Hyunjin. Lelaki yang diusik oleh Minho tadi hanya menatapnya jijik.

 Lelaki yang diusik oleh Minho tadi hanya menatapnya jijik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ini rumah Irelyn. Bukan rumah kau. Jangan nak buat macam rumah sendiri pula." Nadanya terdengar geram. Irelyn dan Minho hanya tertawa melihat sikap judgy Hyunjin yang tak pernah habis.

"Baiklah Encik Hyunjin Zavier Hwang."

Kesal dengan keberadaan Minho, Hyunjin lekas mengajak rakannya yang lain untuk beredar. Penerbangan mereka lagi beberapa jam, dan kebetulan dari rumah Irelyn ingin ke lapangan terbang tidaklah begitu jauh. Kurang dari satu jam jika jalanan tidak sesak.

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now