17

84 22 32
                                    

Please vote. Please sangat sangat.

Sometimes malu juga nak mengemis vote ni, but bila tengok view 30 tapi vote ada 8 je, serious down gila.

Tolonglah vote </3
Please 🙏 🙏 🙏

---

"Kau percaya ke Irelyn?"

"Tak, Hyunjin. Aku tak percaya. Tapi rakaman CCTV tu membuktikan yang engkau ada pada hari kejadian."

"Setakat lelaki pakai hoodie yang serupa dengan aku punya, terus kau semua tuduh aku pembunuh. Busuk rupanya cara polis selesaikan tugas. Sampah." Dia meludah ke arah Chan yang kini sedang berdiri tegak di sebelah Irelyn.

"Hyunjin!"

"Tak apa Irelyn. Dia tengah marah." Bisik Chan.

"Sekejap lagi aku akan buat sesi soal jawab dengan kau. Tolong bagi kerjasama, Hyunjin. Aku akan cuba semampu aku untuk selamatkan kau. Tapi syaratnya, kau kena yakinkan aku yang diri kau memang tak bersalah." Lelaki itu tertunduk sejak tadi. Seperti enggan menunjukkan wajahnya.

"Irelyn." Sang kakak menoleh. "Kalau aku memang bersalah.... Apa hukumannya?"

Kini suasana di dalam ruangan itu terasa kelam. Sedikit terkedu mendengar soalan yang Hyunjin lemparkan. Irelyn menatap Chan, begitu juga Chan yang ikut turut menatap Irelyn. "Hukumㅡ"

"Tengok pada niat." Chan menyampuk. "Kalau bunuh tanpa niat, hukuman mati tak akan dikenakan. Kalau bunuh atas alasan ingin pertahankan diri, suspek tidak akan ditahan. Tapi akan diberi rawatan trauma." Wajah perlahan diangkat. Hyunjin menatap tajam ke arah Chan.

"Kalau bunuh dengan niat?" Sambungnya.

"K-Kalau kau ada penyakit mental, hukuman akan diringanㅡ"

"Kalau bunuh dengan niat dan aku tak ada penyakit mental serta aku sedar seratus peratus. Apa hukumannya, Arthur?" Peluh sejuk membasahi dahi Chan. Nafas berat dihela.

"Hukuman mati." Empat mata melihat ke arah Irelyn.

"Okay. Bawa aku ke tali gantung." Bagai ada batu yang terhempas jatuh di kepala Irelyn selepas mendengar apa yang lelaki itu katakan. Tidak sanggup melihat wajah Hyunjin, Irelyn berlari keluar meninggalkan Chan. "Irelyn!"

"Hyunjin. Kau bukan pembunuhnya kan? Jadi kenapa kau minta dihukum mati? Beritahu kami, Hyunjin supaya kami dapat tangkap pembunuh yang sebenar. Jangan ingat dengan cara pura-pura jadi pelaku akan buat kami semua tutup kes ni. Kematian kau akan merugikan semua pihak dam Irelyn akan sedih. Itu ke yang kau nak?" Monolog Chan didengar baik olehnya.

"Kenapa kau yakin kalau aku bukan pembunuhnya? Atau kau kenal pembunuh sebenar Hendera?"

"Jangan rumitkan keadaan Hyunjin. Jawablah dengan jujur masa sesi soal jawab nanti. Kami tak perlu belas kasihan. Kami cuma perlukan kejujuran."

"Kejujuran. Aku boleh bagi sekarang, Chan. Aku yang bunuh Hendera! Memang aku pembunuh yang kau orang cari!"

"Hyunjin berhenti! Aku tahu kau bohong!"

"Kenapa Arthur? Apa yang kau takut sangat kalau aku mati? Bukan ke itu yang kau nak? Kalau aku mati, Irelyn sedih. Bila Irelyn sedih, kau ada alasan untuk dekat dengan dia. Bukan itu ke hal yang memang kau nak dari dulu? Kau cemburu dengan aku sebab Irelyn selalu cari aku kalau dia sedih, dan bukan kau. Jadi apa lagi yang kau tunggu? Peluang depan mata, Christopher Arthur."

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now