Epilogue

55 12 19
                                    

♡♡♡

---

"Tengok apa saya jumpa." Origami yang sudah hampir koyak lipatannya diperlihatkan pada Minho.

"Awak simpan lagi! Wah." Reaksinya membuat Irelyn tertawa.

Ini adalah origami yang Minho berikan pada Irelyn di konsert Kim Sky tahun lepas. Tak pernah dia sangka kalau isterinya masih menyimpan hadiah dari seorang lelaki yang saat itu boleh dianggap sebagai orang asing.

"Mestilah simpan. Kalau dah lelaki hensem yang bagi, tak akanlah saya nak buang. Kan?" Sengaja Irelyn kenyitkan matanya.

"Oh kalau waktu tu Qal yang bagi, awak buang lah?"

"Kenapa pula? Qal kan hensem. Mestilah saya simpan."

"Awak kalau kalau tak mengusik saya, memang tak lengkap ye hari awak? Hm?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak kalau kalau tak mengusik saya, memang tak lengkap ye hari awak? Hm?"

"Haah." Singkat namun cukup menyakitkan hati.

BOOM!

"Irelyn! Kau tak boleh jual rumah ni selagi tak jumpa barang aku." Hampir terkena serangan jantung Irelyn dan Minho apabila pintu rumah dirempuh oleh Hyunjin.

"Kau dah gila ke rempuh pintu macam tu?! Kalau roboh, jatuh harga rumah ni tahu tak!"

"Marahlah teruk mana pun, Irelyn. Selagi aku tak dapat barang aku, kau haram jual rumah ni."

Suami isteri itu menatap satu sama lain. Rumah ini sudah 90 peratus dikosongkan dan setahu mereka, tak ada langsung barang milik Hyunjin selain dari berus lukisannya.

"Beritahulah kami barang apa yang kau cari? Mungkin aku ada terjumpa." Teragak-agak lelaki itu ingin berkata. Entah barang berjenis apalah agaknya yang sedang dia cari. Minho masih menunggu jawapan dari Hyunjin untuk terus bantu mencari.

"Hyunjin? Beritahulah."

"K-Kamera."

"Oh kamera. Canon EOS New Kiss (500N) Quartz Date Panorama tu ke?" Lengkap Irelyn menyebut nama kamera tersebut.

"Bukan."

"Habis tu?"

"Kamera pengintip."

Minho dan Irelyn terkedu mendengar jenis barang yang disebut oleh Hyunjin. Ternyata pemilik kamera pengintip itu adalah Hyunjin. Betapa berdosanya mereka kerana menuduh Chan sebagai pemilik kamera tersebut.

"Bila masa kau letak kamera tu? Dan kenapa?" Soal Irelyn.

"Sebelum aku pergi bercuti. Aku letak sebab aku takut Minho apa-apakan kau dan entah macam mana kamera tu boleh rosak. Siapa yang bijak sangat pergi matikan kamera tu." Sambil bergumam dia mengjeling kesal ke arah Minho.

" Sambil bergumam dia mengjeling kesal ke arah Minho

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sekejap. Macam mana kau tahu aku yang matikan kamera tu?"

"Sebab kamera tu boleh dikawal melalui telefon. Sekarang ni aku nak semula kamera tu, kalau tidak aku viralkan rumah ni berhantu supaya pembeli tak jadi beli rumah ni." Ternganga Irelyn dibuatnya.

"Mana boleh macam tu! Tu fitnah namanya!"

"Boleh! Untuk aku, semuanya boleh!" Mereka berdua bertekak seperti budak belasan tahun.

Minho berjalan menuju ke arah rak yang menyimpan pelbagai barang lama yang sudah dibungkus. Dia selongkar lebih dalam hingga merasa sebuah kamera pengintip yang dia temui tahun lalu di bawah island table Irelyn.

"Nah. Nasib baik aku tak buang." Pantas kamera tersebut dirampas dari tangan Minho.

"Sekarang barulah kau boleh jual rumah ni."

"Kalau boleh tahu, apa yang buat kau tiba-tiba teringat tentang kamera tu? Dah dekat setahun kamera tu dekat rumah ni." Senyuman sinis dipamerkan. Hawa tidak enak mula menyelubungi Minho dan Irelyn.

"Kalau aku beritahu mesti kau berdua marah aku."

"Tak ada masa kami nak marah kau. Cepatlah beritahu saja sebab apa?" Irelyn memaksa.

"Janji?"

"Iya!"

"Ada rakaman muka bangun tidur kau."

"HYUNJIN ZAVIER HWANG!"

---

THE END

Bbokari-

KIND IS A CURSE
221121

- Terima kasih yang sudi luang waktu -
waktu berharga korang untuk baca buku yeon ni. Terima kasih juga kepada yang tak pernah missed vote and comment. Korang memang legitly awesome gila!
LOVE U GUYS

Btw jangan lupa baca buku PAPA pula tau!
<3333

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now