22

65 18 36
                                    

Nak epilogue tak?

Jawab ler. Rasa macam syok sendiri tanya tanya gini :')

HAHAH

---

"Saya nak lahirkan anak dekat sini Chan."

"Hazelㅡ"

TOK TOK TOK

"Eum tunggu sekejap. Itu mesti orang yang akan jaga rumah ni selama kita tak ada." Andai dia tahu betapa jauh tekaannya menyimpang, pasti pintu itu enggan dia buka.

click

"Maafㅡ"

"NYPD! Grey Christopher Arthur awak dituduh atas pembunuhan Hendera Jones. Kami ada waran tangkap dan awak ditahan hingga kes ini selesai." King dan Irelyn lekas menggari kedua tangan Chan tanpa memberi peluang lelaki itu bercakap.

"Irelynㅡ"

"Diam. Kalau nak bela diri, tunggu lepas selesai sesi tali gantung. Bela diri depan tuhan. Mungkin awak akan tahu hukuman sebenar untuk perbuatan binatang awak tu."

---

Tiga jam selepas Chan dibawa ke presint Upper West Side, kini dia dipindahkan ke pejabat polis Jabatan Polis New York iaitu di One Police Plaza, Manhattan. Tibanya di sana, Irelyn dan King sedang menunggu sementara Chan disiasat oleh polis yang bertugas.

"Irelyn!" Semua menoleh ke arah suara tersebut.

Terlihat Hyunjin dan dua rakannya berlari menuju ke arah Irelyn. Sebuah pelukan yang sangat ketat diberikan oleh Hyunjin. Irelyn dapat rasa betapa lajunya degupan jantung lelaki itu saat ini. Entah kerana penat berlari, atau kerana risau tak bertempat. Lembut kepala Hyunjin diusap.

"Tenang Hyunjin. Aku okay." Bisik Irelyn.

"No you're not. Aku tahu kau terkejut, Irelyn. Jangan bohong. Maaf sebab biarkan kau kerja dengan pembunuh tu. Aku salah sebab tak halang kau dengan lebih tegas lagi." Kalau waktu boleh diundur, Hyunjin tidak mahu memilih tarikh di mana Chan datang ke rumah Irelyn.

Tapi dia akan memilih tarikh sebelum Irelyn bertemu dengan Chan untuk pertama kalinya. Itu agar hidup mereka tenteram dan damai.

"Jangan menyesal. Ingat tak betapa marahnya kau masa tahu yang aku kerja semula dengan dia? Tapi aku yang degil."

"Tapi Irelyn...." Perlahan tubuh Irelyn didorong. "Kalau kau tak degil, mungkin kita tak akan jumpa siapa pembunuh Hendera. Kemungkinan besar juga, Hendera tak akan dapat keadilan sampai bila-bila."

"Tapi semuanya dah terbukti sekarang. Hendera akan dapat keadilan yang selayaknya."

"Maaf sebab lambat sampai. Aku tak dapat tiket semalam. Ini tiket paling cepat aku boleh dapat."

"Sepatutnya kau tak perlu balik sini. Kan aku dah pesan untuk nikmati cuti kau?"

"Kalau bukan sebab Alexander yang terlajak kata, mesti sampai minggu depan aku tak tahu semua ni. Kan?"

Pembicaraan antara dua detektif dan Hazel kini sedang berlangsung. Wanita 35 tahun itu kelihatan menggigil dan tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku. Hazel beberapa kali meneguk minuman air kosong yang diberikan oleh detektif di hadapannya.

"Puan Skylar, boleh kita mulakan perbicaraan?" Walaupun enggan, Hazel tetap mengangguk. Dia perlu tahu apa yang sebenarnya terjadi.

"Saya Detektif Rio dari Jabatan Polis New York dan ini Detektif Theo."

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now