5

106 18 28
                                    

Enjoy reading everybody <3

Leave any comments and don't forget to vote <3

---

Pagi yang cerah tampak begitu kelam buat Minho. Belum sempat dia menjalankan apa-apa aktiviti paginya, Hendera sudah memintanya untuk datang ke rumah. Minho yang pada mulanya enggan terus berubah fikiran selepas Hendera memberitahu jika dirinya sedang demam dan tiada siapa yang menemani.

"Pakai ni." Tuala yang sudah dibasahkan diletak ke atas dahi Hendera. Sudah satu minggu gadis itu demam ternyata. Bila Minho ajak ke hospital, tak mahu pula. "Betul tak nak pergi hospital?"

"Tak nak. Tapi kau temanlah aku. Kau kan kawan baik aku." Tutur Hendera.

"Kawan baik? Heh. Tak pernah lagi dengar kau sebut kawan baik." Balas Minho sambil membantu menyelimuti tubuh gadis itu. Hendera berdecit sambil menggulingkan bola matanya.

"Apa-apalah."

ting tong

"Kejap aku buka." Minho berlari membuka pintu rumah. Wajah yang muncul dimuka pintu membuat senyuman Minho kendur. Qal si lelaki bangsat muncul dengan membawa sejambak bunga ros merah.

"Hendera demam ke?" Tanya Qal dengan nada yang pura-pura risau.

"Haah." Tanpa berkata apa-apa, Qal terus merempuh Minho lalu masuk ke bilik Hendera. Dari luar, Minho dapat melihat betapa palsunya lelaki itu dalam mengekspresikan kerisauannya pada Hendera. "Hendera..."

"Ye, Minho?"

"Qal dah datang. Aku keluar kejap. Nak jumpa Irelyn." Bingkas gadis itu duduk dari baringnya.

"Irelyn? Kan aku tengah sakit. Kenapa tak tunggu je sini?" Terpapar jelas rasa tidak puas hati pada wajah Hendera. Minho melihat sekilas ke arah Qal sebelum menoleh semula ke arah Hendera.

"Qal kan ada?"

"Jadi? Apa salahnya kau berdua jaga aku. Kan aku tengah sakit!" Suara nyaring Hendera membuat Minho terkejut. Tak pernah-pernah gadis itu bertindak sebegitu. Hairan mengapa sejak kebelakangan ini Hendera sedikit berubah. Agak,

Mengada-ngada.

"Kau ada Qal. Irelyn ada aku. Lagipun hawa dekat sini panas."

Minho terus pergi tanpa menunggu balasan dari Hendera. Namun belum sempat dia berjalan ke lif, sekujur tubuh yang mungil berdiri tegak di hadapannya. Selepas wajah diangkat, ternyata itu gadis yang baru saja disebut-sebut tadi. "Minho!" Pelukan hangat Irelyn berikan.

"Awak buat apa dekat sini?" Minho kehairanan.

"Kan awak bagitahu saya pagi tadi yang Hendera demam. Ini saya ada bawa sup ayam dengan vitamin-vitamin penting. Kebetulan saya tak ada kerja hari ni, jadi saya datanglah nak jenguk dia." Ketika teringat akan perangai Hendera yang benci dengan Irelyn. Hati Minho seperti digores kerana kasihan dengan gadis di hadapannya ini.

"Marilah masuk. Tapi lepas hantar makanan ni, kita terus pergi. Ye?"

"Kenapa?"

"Ada Qal. Saya tak nak dia kacau awak. Saya kenal sangat Qal tu." Anggukan kecil dicipta.

Mereka berdua masuk semula ke dalam rumah Hendera. Terlihat gadis itu sedang terbaring lemah di atas katil sambil ditemani Qal di sisinya. Hendera yang mendengar suara Minho lekas membalikkan badan, namun tatapan benci tercipta selepas dia melihat keberadaan Irelyn di sebelah Minho.

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now