Prolog

264 23 0
                                    

Tangannya mengacau sesuatu di mangkuk menggunakan sudu. Bunyi itu kedengaran di seluruh dapur itu. Dia mula berhenti apabila merasakan inti makanan itu sudah sebati dan sempurna. Dia mula rasa inti makanan itu dengan sudu. Enak bagi budak tapi tidak enak baginya.

Selesai sahaja dia letak, dia memgambil mangkuk itu lalu berjalan ke arah ruang tamu. Banyak sekali kanak - kanak riang bermain dengan permainan mereka. Ada yang conteng sesuatu di kertas ada juga bermain kereta malah ada yang bermain bersama kawan mereka.

Mereka kelihatan gembira kerana tidak keseorangan. Hanya seorang kanak kanak perempuan duduk di kaki lima dengan kaki dipeluk olehnya.

"Aulia... sini sayang" lembut dia memanggil. Gadis kecil itu terus mengangkat kepalanya dan belari kecil ke arahnya. Kanak - kanak lain yang berada di situ terus belari ke belakang menjauhkan diri.

Pantas dia memeluk tubuh badan lelaki itu kemudian mendongak kepalanya ke atas untuk melihat rupa paras lelaki itu.

Muka gadis itu bersih tapi tidak bersih dengan parut yang tertampal buat selamanya. Kepalanya gebu dengan rambut hitam tapi sebelum ini dia separuh botak kerana dipotong oleh manusia keji.

Tangannya elok mengusap kepala gadis itu. Dia mengambil sudu itu lalu menyuap kedalam mulut dia.

"Aulia... sedap ke sayang?" Aulia terus angguk menandakan 'ya'. Memang untuk budak rasanya sedap tapi memang untuk dia rasa seperti sampah. Dia tersenyum sedikit kemudian sambung menyuap kedalam mulutnya.

Selesai sahaja, dia meletakkan mangkuk itu ke singki dan membasuh mangkuk itu. Sudah selesai dia kembali semula dan memberi pesanan kepada kanak - kanak semua.

"Sayang - sayang semua! Abang Car nak naik atas, nak ambil sesuatu. Semua duduk baik - baik okay?" Lelaki yang bernama Carim Haidar tersenyum lembut.

Ya dia pemurah dengan senyuman pada waktu siang tapi mahal pada waktu malam.

Waktu siang bekerja sebagai menjaga budak - budak. Tapi waktu malam bergerak menjadi mangsa.

Itulah Carim Haidar.

Dia menolak daun pintu dengan pelahan. Matanya bergerak mencari sesuatu. Dia berjalan lalu membukak laci, ada kotak kecil elok tersimpan. Dia ambil kemudian matanya memandang ke arah pintu tandas.

Tombol pintu dipulas dan melihat tubuh badan asing terbaring di dalam tab mandi. Dia meletakkan kotak itu ketepi dan kakinya melangkah masuk. Dia mengeluh.

"Aduhai... inilah balasan bila kau melayan budak seperti banjingan... maaf mengganggu... nikmatilah tidurmu dengan lena..."

Dia mengusap lembut wanita itu lalu membetulkan posisi tubuh wanita itu dengan baik. Dia menutup pintu dengan senyap kemudian dia ambil semula kotak itu.

Kaki menurun setiap anak tangga dengan senyuman diukir untuk dipandang oleh kanak kanak itu.

"Abang car bawa apa tu!?" Salah seorang kanak - kanak bertanya tanpa segan silu. Carim memandang kebawah dan mengangkat kepalanya ke atas.

"Hazif rasa... ini apa?" Dia menunduk sambil menyoal pada kanak - kanak lelaki itu. "Gula - gula ke bang car?" Dia menyoal kembali.

"Pandailah Hazif! Nah ambil satu" dia membukak kotak itu kemudian memberikan gula gula yang dibungkus dengan kemas kepada Hazif. Berpusu - pusu kanak - kanak belari ke arahnya. Dia memberikan setiap seoarang satu gula - gula.

Sehinggalah giliran Aulia. Tapi kesemua gula - gula itu sudah habis. Aulia membuat muka sedih sambil menunduk.

"Padan muka!" Kanak - kanak perempuan itu menjerit sambil menunding ke arah Aulia. Carim membuat pandang maut ke arah kanak - kanak itu tanpa rasa kasihan.

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now