bab 24

34 8 2
                                    

Dia mengeluh. Dia cuba menjejak telefon Julia tetapi dia tidak jumpa pun. Nampaknya perempuan itu sudah matikan telefonnya.

"Tak guna kau tengok telefon kau macam nak makan" Aurira menegurnya. Carim mengeluh.

"Dah itu? Kita nak cari macam mana? Pakai saka?" Carim menyoal sinis. Aurora melemparkan pandangannya pada luar tingkap.

"Kau tak perlu gelabah macam aku akan bunuh kau pada bila masa - masa. Sudah lupa apa yang kami ajar pada kau?" Aurora memandangnya.

"Bangun dan tenang. Jika kau gelabah benda takkan selesai. Tenangkan diri kau Carim!"

Carim mengeluh kuat. Tenang itu satu kunci tapi otak dan jawapan juga adalah kunci kedua.

Julia tolonglah muncul!

"Agak - agak siapa Fayyan?" Carim menyoal dengan tangannya manjadi tongkat pada mukanya. Aurora mengangkat kedua bahunya.

"Aku tak tahu. Aku cuba cari datanya tapi tiada satu jumpa. Macam dia tak wujud" Carim masih termenung.

"Carim!" Raziq muncul dengan air muka terkejut.

"Ini... ini Julia kan?" Carim menarik telefon yang diberikan oleh Raziq. Lelaki disebelah Julia kelihatan seperti orang yang amat dia kenal.

Dia merenung lama. "Aku baca artikel ini... lelaki ini akan kahwin dengan Julia..." Carim tidak memperdulikan kata - kata itu.

Dia tersentak apabila dia dapat mengenali muka lelaki itu.

"Itu Fayyan!"




13 / 06

"Macam mana? Kau terima?" Julia memandang Fayyan. Otaknya masih berfikir.

"Kalau aku terima apa yang aku perlu buat?" Fayyan hanya mengaru mukanya. Apa ya dia perlu buat?

"Banyak... tetapi aku bagi kau satu persatu ya? Dengan syarat kau perlu terima sebelum aku bagitahu" dia tersenyum sinis.

Jukia mengunci mulutnya sebentar. Dia memandang sekelilingnya. Ramai lelaki sedang memandangnya dengan senyuman sinis.

Kalau dia tak terima,

Pasti dibunuh.

"Baik... aku terima" lebar senyuman Fayyan mendengarnya. Itulah jawapannya yang amat dia mahukan.

"Yang pertama... bunuh Carim" Fayyan tersenyum selepas dia berkata. Julia mengerut mukanya. "Macam mana?"

"Suka hati engkau... nak bunuh atau tidak itu masalah kau... yang penting kau perlu buat Carim tidak jejak engkau lagi... boleh?"

Julia mengangguk kepalanya. "Oh ya, aku pasti kau tak tahu mana pergi Carim kan? Dan kau pun tahu aku ini siapa..." Fayyan mendekatkan mukanya.

"Kau nampak lelaki kat belakang aku ini?" Julia memandang ke belakang. Jelas dia dapat lihat.

"Kau berlakonlah ya? Mereka akan berada dengan perempuan - perempuan lain. Pandai - pandailah kau nampak takut depan Carim nanti. Tak perlu risau mereka takkan sentuh kau"

Fayyan tersenyum lebar. Julia mengangguk kepalanya semula. Dia faham apa yang dia perlu buat.

Mata Fayyan beralih pada jam tangannya. "Aku kena pergi... goodluck Julia Hartini, jangan kecewakan aku" Fayyan melambai tangannya sebelum pergi meninggalkannya.




"Mikko?" Carim memandang bulat apabila dapat lihat jasad lelaki jepun itu. Mukanya ada kesan luka dan lebam. Ada sesuatu berlaku ke?

"Apa yang jadi dekat kau?" Raziq menyoal pada Mikko. Lelaki itu meraup kepalanya dengan kasar. "Banyak benda berlaku... oh ya ada benda aku nak bagi"

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now