bab 19

32 10 0
                                    

"Erm..." Julia terasa berat mahu membukak matanya. Kalau boleh nak sahaja dia tidur di sini tetapi dia perlu solat subuh.

Dia mengeliat sebentar lalu bangun dari katil. Badannya pula tiba - tiba terhenti. Dia pusing ke belakang, nampak Carim masih tidur lena.

Bila pandang nampak kacak pula.

Memang dia kacakkan?

Dia cuba bangun tapi tangan Carim memeluk tubuh Julia secara mengejut. Kali kedua dia baring.

"Awak... saya nak bangunlah" pelahan dia berkata.

"Erm... baringlah kejap" Carim membalas semula lalu memeluk lebih kuat. Akhirnya Julia mengalah.

"Aku tak puas lagi peluk kau. Bagi aku 30 minit" Julia memandang dia terkejut.

"Tak ada - tak ada! Saya nak pergi solat, dah ketepi!" Dia menolak kuat tubuh Carim hingga jatuh. Bertambah terkejutnya.

"Ya allah! Carim!"

Lantas dia bangun membantu Carim. "Ya allah, sorry, Carim" dia menarik lengan Carim dengan kuat.

Mata Carim memandang sahaja Julia. Dia berjalan tanpa mengata, Julia sudah terkebil - kebil.

Dia marah aku?

"Assalamualaikumwarohmatuallah" dia memberikan salam terakhir sebelum dia menoleh kebelakang memandang Julia.

Julia memandang kebawah dengan jari telunjuknya cucu ke jari telunjuk satu lagi. Mulutnya muncung sahaja.

"Ada apa - apa ke?"

"Nak salam" Carim memberikan tangan kanannya. Julia cepat - cepat salam tangan Carim.

"Ada lagi?" Dia kembali menyoal.

"Awak sakit ke? Maaflah..." dia memegang tangan Carim sambil menghayunnya. Alah gediknya.

"Tak" sepatah dia berkata.

"Merajuk ke?"

"Kalau ya?"

"Taknak merajuk! Nanti saya tak ada kawan" sengaja dia bermanja.

"Okay - okay" dia mengusap kepala Julia dengan lembut. Badannya kembali bangun sambil memegang tangan Julia.

"Kita makan lepastu aku nak bawa kau pergi rumah mak ayah kau"

"Wow! Naik apa?" Dia menyoal. Carim memandang atas bawah. Memang suka bagi soalan bodoh ke?

"Naik bot" dia bagi jawapan macam itu sebelum terus menurun ke bawah.

"Ha Carim, kamu nak pergi mana lepas makan ini?" Puan Hajar menyoal dari atas tangga. Carim menolak tongkat basikalnya sebelum menjawab.

"Jumpa mak ayah Julia. Dia ini dari malam tadi merengek minta jumpa macam budak" Julia memandang terkejut. Berani dia fitnah aku!

Julia menepuk pelahan banyak kali menandakan dia marah. "Ha hati - hati Carim bawa isteri kamu. Jangan sampai kamu pergi letak dia tepi sungai. Macamlah mak tak tahu apa kamu buat dekat adik kamu dulu"

Carim mengangguk kepalanya dengan Malas "mak jangan bagi Aulia ikut Dani. Nanti dia bawa pergi sungai"

"Alah kamu ini biarlah dia" Carim memandang tajam. "Kalau Carim dapat tahu Dani bawa Aulia mandi sungai, memang malam ini Carim sendiri campak Dani ke laut"

Puan Hajar terketawa sahaja mendengar ugutan itu. "Ada - ada jerlah kamu. Dah pergi, Julianitu dah macam orang baru putus cinta tunggu kat tepi longkang tu" Carim memandang kebelakang untuk lihat julia.

Dah macam monyet.

"Awak"

"Apa kau nak?"

"Erm... ibu bekas tunang saya itu nak jumpa... lepas balik rumah mak ayah saya boleh pergi tak?"

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now