bab 18

33 10 0
                                    

"Kakak julia?" Aulia memandang sahaja Julia dari atas bawah dengan bagasi di belakangnya. Datang sini tidur ke atau bagaimana?

"Aulia... Aulia nak mama kan?" Carim tersengih - sengih sambil tanya Carim.

"Mestilah nak! Kawan - kawan aulia yang lain semua ada mama... tapi aulia tak ada!" Dia muncungkan mulutnya.

"Sebab itu abang Carim bawa kakak Julia datang sini! Hari ini dia jadi mama Julia dan abang pula jadi papa Aulia. Aulia kena panggil kami berdua papa mama! Boleh?"

"Boleh!! Tapi sampai bila?" Dia bertanya.

"Sampai bila - bila sayang" Julia pula membalasnya sambil dukung Aulia. Budak kecil itu terketawa gembira. Carim tersenyum puas. Nasib tak salah pilih.

"Dia dah tidur ke?" Carim menyoal selepas melihat Julia keluar dari bilik tidur Aulia. Kepalanya mengangguk sahaja.

Carim berpaling kemudian masuk ke dalam bilik tidurnya. Terkebil - kebil julia mengikutnya.

Tanpa buang masa tubuh Carim dicampak di atas katil itu. Dia mahu tidur. Penat. Dia mula betulkan bantalnya dan dia tutup matanya.

Julia pula terkaku di tepi katil itu. Takkanlah nak tidur disebelahnya?

"Car... Carim... saya nak tidur kat mana?" Tergagap - gagap dia berkata. Carim menoleh kebelakang melihat Julia yang sudah ambil bantalnya.

"Suka hati engkau" dia kembali seula baring. Julia masih terkaku dan memandang ke arah lantai. Tidur atas lantai pun boleh.

Dia letakkan bantalnya dan terus tidur. "Goodnight" sempat dia berkata sebelum matanya terlelap.

Lebih kurang 30 minit sudah ada bunyi dengkur yang halus. Carim bangun dari katilnya dan memandang Julia yang sudah memeluk kakinya. Apa ke sedih sangat.

Dia mengangkat tubuh gadis itu kemudian dia meletakkan di atas katil. Selimut ditarik kemudian dia hanya duduk disebelahnya. Lama dia termenung ke muka Julia yang gebu itu.

Alah kalau cium sikit bukan masalah pun kan? Bukannya dia sedar pun kan?

Bibir merahnya cium di ubun - ubun dengan lembut lalu dia mengusap. Dia tersenyum sahaja melihat muka Julia.

"Goodnight sayang" dia melabuhkan tubuhnya di sebelah Julia. Ah baru boleh tidur dengan lena.

"Apa khabar?" Carim menyoal dengan tangannya memegang baju kemejanga. Julia memandang dengan muka masih ngantuk.

"Erm... kenapa saya ada kat atas katil?" Julia menyoal dengan tangannya menggosok matanya.

"Aku angkat kau tidur sebelah aku" pantas dia menjawab.

"Cepat bersiap, aku nak pergi rumah mak aku" dia berkata lagi sebelum Julia menyambung.

Julia hanya memandang sahaja lalu mula bangun dari katil itu. Tangannya yang tadi menyentuh cadar tilam terasa basah dan hangat.

Matanya memandang dan terkejut. Terkebil - kebil dia memandang ke kiri dan kenan. Macam mana ini? Kenapa boleh bocor? Dia memandang ke kiri dan kenan lagi sekali.

Takkan nak biarkan jer kalau Carim nampak?

Tepat pada masa yang sama Carim muncul dihadapan Julia. Matanya jatuh pada kesan merah di atas cadar.

"Period?" Dia menyoal. Dengan rasa segan Julia mengangguk kepalanya. Malunya.

Carim berjalan ke arahnya lalu tubuh Julia didukung. Mukanya cukup tenang sambil membawa Julia masuk ke dalam tandas.

"Pad ada kat bawah rak singki, nanti aku bawakan baju"

"Tapi yang kesan itu..."

"Aku basuh. Kau tak perlu risau" dia menutup pintu tandas dan pergi sahaja. Julia pelahan - pelahan menyandar ke pintu.

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now