bab 10

51 13 1
                                    

"Jaga - jaga Carim!"

"Ya mak... ya" malas sudah si Carim apabila ibunya tanpa henti perhati setiap gerak gerinya. Orang nak potong bawang pun dia tak senang hati.

Ini mesti kes kat tandas. Itu yang sampai hantar adik tirinya untuk jaganya.

Aih, orang trauma dekat tempat gelap dengan sempit jer.

Dalam hati tanpa henti Carim merungut dengan tanggan memegang senduk panjang kayu yang digunakan untuk gaul dodol dalam kuali besar itu.

Gaul sahaja kerjanya. Kalau nak duduk kat dapur pasti dihalau oleh geng makcik kampung. Katanya dapur khas untuk perempuan. Sedih!

"Carim... nak ganti ke? Pakcik boleh tolong" pakcik som bertanya pada Carim dengan tangan diletakkan dibahu Carim. Senyuman pahit terukir sahaja.

"Tak apa pakcik. Saya still boleh. Jangan risau! Saya kuat!" Balasnya terpaksa. Nak suruh orang tua gaul dodol ini? Tak perlu. Takut pakcik tu yang pengsan lepas 30 minit.

Pakcik itu hanya anggukkan kepalanya sambil menyerahkan botol air mineral pada Carim. "Terima kasih pakcik!!" Dia membukak penutup botol itu dan minum air itu.

Sementara dia minum air itu sengaja dia melihat sekeliling kawasan itu mahu melihat gelagat setiap manusia. Apa yang mereka sedang lakukan sekarang ini.

Ada yang sedang rancak beborak, ada juga sedang hisap rokok... dan ada juga tengah sibuk bermain telefon. Siapa lagi kalau bukan si Julia.

"Carim!!" Terlompat lelaki itu apabila namanya diseru. Dari jauh Julia sudah belari macam monyet ke arah Carim. Apa dia nak?

"Jangan dekat. Apa kau nak?" Carim menyoal dengan muka seriusnya. Julis meletakkan tangannya kebelakang kemudian terpusing - pusing.

"Teman saya kejap pergi rumah mak saya, boleh?"

"Aku? Kalau kau kena tangkap basah dengan aku macam mana? Suruhlah perempuan teman kau! Aku nak kena gaul dodol ni, shush shush" terus dia menghalau.

Ternganga mulut Julia apabila dirinya dihalau. Dia menghentak kakinya kerana marah. Ingat comellah kalau buat macam itu? Hentak - hentak macam budak tak dapat gula - gula.

"Okay! Awak tak nak teman saya pergi seorang" mudah Julia bercakap. Kedua bahu Carim dia angkat menandakan dia tidak ambil peduli.



"Haih, kenapalah dia menghilang masa macam ini?" Julia menyoal dengan kakinya berjalan menuju ke rumahnya. Apabila dia sudah naik ke tangga ke atas. Dia cuba membukak pintu rumah dengan kuci rumah.

Baru pegang tombol pintu, pintu sudah terbukak luas. Tambah pelik apabila dia melihat pintu rumah terbukak begitu. Kakinya melangkah masuk ke ruang tamu. Tiada apa yang curiga.

"Ik? Siapa pula yang masuk rumah tak kunci pintu?" Dia menyoal pada dirinya. Dia berjalan ke seluruh kawasan ruang tamu. Kut - kutlah ada petunjuk orang masuk. Puas dia pusing terus dia beredar.

Kali ini dia menuju ke biliknya untuk ambil barang. Apabila dia membukak pintu badannya terkaku serta - merta. Matanya terpaku di katilnya.

"Julia?" Satu suara bertanya pada dia.

"Sayang kenapa tiba - tiba panggil Ju-"  Wahidha terkejut apabila melihat jasad Julia memandang dia.

"Apa kauorang buat dekat katil aku!?" Dia bertanya dengan nada tinggi. Azeri terus bangun dari katil milik Julia. Bertambah terkejut dia apabila melihat Azeri tidak berpakaian hanya berbekalkan boxer sahaja.

Kerana perasaan kecewa, dia terus pergi meninggalkan dua manusia itu di dalam biliknya. Baru lima langkah dia keluar dari bilik, Carim pula muncul.

"Aku datang sebab mak aku paksa teman kau, eh kau asal?" Dia terus menyoal apabila melihat muka Julia sudah merah dengan air mata meleleh keluar membasahi pipinya.

Tanpa henti dia memujuk Julia untuk memberitahu perkara sebenar. Pujuk dan pujuk, Julia tetap membisu sehingga Azeri muncul.

Mata Carim menjadi dingin apabila melihat Azeri. "Kau rogol Julia ke setan!?" Tak fikir panjang dia terus soal. "Aku rogol? Aku tak rogol dia..." Azeri membalas.

Carim melihat lampu bilik Julai terbukak, dia terus berjalan dan masuk ke dalam bilik. Apabila dia melihat sahaja terus dia meraup mukanya dan istigfar panjang.

"Kau buat ona dalam rumah orang? Tak cukup lagi kau curang?"  Carim soal dengan nada yang amarah. Azeri tidak menjawab langsung.

"Carim jom Carim... kita pergi boleh?" Air matanya jatuh tanpa henti. Carim sedar apabila melihat Julia sudah jadi begitu. Tak perlu fikir panjang, memang nampak sangat wanita ini sudah kecewa tahap dalam.


"Kau curang dengan anak aku!?" Ayah Julia menyoal dengan nada lantang ke arah Azeri. Makcik Farza memeluk tubuh Julia yang sudah lemah dengan muka kecewa itu.

"Kalau kau tak nak anak aku, tak perlu beria - ria ajak nikah! Kau menyusahkan aku dan yang lain! Dasar jantan tak guna!!" Pakcik Rasyid melepaskan amarah pada mereka.

"Aku tak kira, malam ini kita hijab kabulkan kauorang dua! Sudahlah kau curang dengan aku kemudian buat maksiat dekat bilik anak aku tanpa rasa malu!"

Azeri terkejut dengan kata - kata ayah Julia. Terus dia bangun dan merayu pada Pakcik Rasyid.

"Pakcik, jangan buat macam ini... saya tak nak kahwin dengan dia..."

"Kau tak nak kahwin? Kau dah buat maksiat dengan dia, kau perlu bertanggung jawab!" Tangannya terus ditarik dari dipekuk oleh Azeri.

Air muka Azeri berubah ketakutan apabila terasa mata yang seperti ingin bunuhnya sedang memandangnya. Dia menoleh kebelakang dan dia sudah ketakutan. Carim hanya memandang sahaja kepada Azeri.

Azeri bernasib baik dia berada di dalam rumah orang. Kalau tidak sudah lama dia cincang bagi buaya makan.

"Ayah... tak perlu ayah... ini semua salah adik sebab sayangkan dia sangat sampai tak sedar dalam diam dia tak sayang adik... maafkan adik yah" merayu Julia di kaki ayahnya.

"Adik tak salah sayang... yang salah dia... dia dah buat macam - macam kat adik"

"Adik tak guna yah. Adik bagi dia macam - macam tapi adik tetap tak sempurna pada dia... adik memang tak guna yah..." dia mengalirkan air mata dihadapan ayahnya.

"Jujur aku cakap dari mula aku tak ada perasaan dekat kau, aku cuma kesian dekat kau..." Azeri membukak mulutnya. Tersentak Julia apabila mendengar pengakuan itu.

Bagai minyak dicurah pada api.

Kerana sabar sudah terlepas pada limitnya,  Carim menarik tubuh badan Azeri ke dinding rumah.  Tangannya diletakkan di leher Azeri dan ditekan. Matanya tajam seperti pisau.

"Kau memang bodoh! Julia itu dah cukup baik untuk dibuat isteri! Tapi kau pilih perempuan murahan untuk dijadikan isteri? Apahal kau bodoh? Dan semudah itu kau cakap tak ada perasaan?

Jadi selama ini perasaan perempuan itu hanya mainan untuk dibuat main? Kau memang lelaki tak guna! Selama aku kenal Julia, dia memang perempuan yang baik dan setia! Tapi kau lepaskan dia semudah itu!

Aku cemburu dengan kau sebab berjaya rampas hati Julia tapi sekarang kau hancurkan hati dia sehancur - hancur kaca! Dasar banjingan!"

Bukk!

Tumbukkan padu diberikan di muka Azeri. Dani terus menarik tubuh Carim kebelakang apabila dia sudah bertindak di luar kawalan.

"Engkau dengan minah tu patut pergi mampus!"

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now