bab 25

33 9 0
                                    

"Noah, kenapa kau nak balas dendam dekat Carim?" Julia menyoal dengan tangannya cuba memakai gelang di pegelangan tangannya.

"Ayah dia... aku dah bersama dengan dia dari mula, dari dia diculik... dari dia diseksa lalu sekarang" Noah aka Fayyan hanya tersenyum riang.

"Maksud kau?"

"Masih ingat kes budak diculik ramai - ramai?" Julia mengangguk kepalanya. Kejadian itu memang amat ngeri. Tidak silap, hanya seorang sahaja dapat ditemui tetapi yang lain mati.

"Carim sahaja yang dapat hidup" Fayyan berkata dengan nada sedih.

"Lelaki itu memang licik. Pandai dia mencari jalan keluar, sepatutnya dia perlu jadi orang suruhan aku" nadanya bergetar menahan amarah.

Takkan itu sahaja penyebab dia benci yang amat pada Carim?

tak logik langsung.

"Mak dia bencikan Carim sangat aku tak tahulah kenapa, tetapi maknya sayang aku... sebab anak skandal kan"

Fayyan tersengih dengan tangannya memegang mug yang terisi hot chocolate. Musim sejuk perlu makan dan minum panas - panas.

Julia terdiam apabila mendengar perkara itu. "Jadi?"

"Jadi... maknya dera si Carim cukup - cukup... dan aku puas hati sangat sebab aku dapat lebih dari apa yang Carim ada! Mak Carim terlalu sayangkan aku sampai sanggup jual Carim pada bapak aku...

Sebab itu aku nak sangat dia jadi orang bawahan aku... tetapi semua itu musnah! Gara - gara bapak dia! Aku bencikan dia!"


"Aku cakap cukup Noah!" Sebastian Haidar ayah kepada Carim memandang ke arah Noah yang sedang baling batu ke arah Carim tanpa henti.

Noah hanya memandang rimas. Kenapa lelaki tua ini ada dikawasan rumah mewahnya?

Bukankah lelaki ini sudah dihalau keluar dari kawasan rumahnya?"Ini bukan hal kau, ketepi" Noah menepis tangan Sebastian dan sambung baling batu ke arah Carim.

"Aku cakap cukup!" Dia menolak tubuh Noah dengan kuat sehingga budak itu terduduk. "Kau tahu aku siapakan!?"

"Fikir aku peduli? Tak! Aku lebih penting..."

"Tangkap dia!" Satu suara yang kuat menjerit dari arah belakang Noah dan Sebastian. Mereka berpaling kebelakang.

Emillia Luke menjerit je arah Sebastian dengan kuat. Lelaki itu terus belari dan menarik tubuh Carim.

"Daddy let me go!" Carim meronta dengan kuat walaupun tubuhnya belumuran dengan lumpur dan kesan calar balar. Sebastian mengetap giginya dan memeluk erat tubuh Carim.

Lari dan lari akhirnya mereka berdua berjaya terlepas dari pegawai dan ibu Carim. Mereka berdua hanya duduk dalam bilik stor. Carim memandang dengan penuh amarah.

"Daddy kenapa daddy buat macam ini? Kalau daddy mati macam mana?" Carim bertanya dengan nada risau.

Sebastian memeluk tubuh Carim secara tiba - tiba dan memberikan loket. Carim memandangnya dengan pelik. "Ambil ini dan lari dari tempat ini faham? Tunjuk pada wanita yang bernama Extro... faham?"

"Mama! I found them!" Suara Noah kedengaran membuatkan Sebastian dan Carim terpinga - pinga. Mereka menolak pintu kayu dengan kuat dan Carim belari seperti yang diarahkan.

Sebastian pula berdiri seperti tunggul. Air muka penuh dengan perasaan amarah. Otaknya liat memikirkan kenapa dua manusia dihadapannya sentiasa ada perasaan kurang menyenangkan dengannya? Emillia memandang seperti tiada perasaan pada Carim dan Sebastian.

Pakaian serba mewah, skirt hitam yang menutup seluruh kakinya dan berkemja putih. Dia memandang Sebastian dengan penuh emosi.

"Kenapa... kenapa kau nak bela sangat anak sialan itu? Dia hanya bawa bala pada kita berdua!"

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now