bab 17

38 9 0
                                    

"MAAFKAN AKU!! MAAFKAN AKU!!"

Carim tidak mengendahkan rayuan dari manusia yang sudah separuh mati itu. Dia tetap menumbuk sehingga lelaki itu kelihatan sudah mati.

Kepala lelaki itu sudah bermandi darah, kedua tangan Carim disaluti dengan darah lelaki itu. Peluh dimuka dikesat. Cecair darah terkesan dimuka tetapi dia tidak perdulikannya.

"Beribu kali kau mintak maaf pun, tak ada guna. Sebab aku tetap akan bunuh engkau..."

"Aku boleh bagi engkau macam - macam Carim! Tetapi jangan bunuh aku... tolong"

Fawaz menangis dengan kedua tangannya bersatu merayu pada Carim. Dia memandang Fawaz dengan liar. Tangan yang disaluti darah itu menarik baju kemeja putih Fawaz dengan kuat.

"Aku nak bapak aku balik, kalau kau boleh kembalikan... aku lepaskan" Fawaz tersentak dengan permintaan itu. Carim tersenyum sinis.

"Kau tak mampu? Bagus"

"UGHH!" Fawaz tersedak apabila Carim menikam tubuhnya dengan kuat. Pisau rambo itu ditusuk lebih dalam kemudian dipusingkan lagi. Membuatkan luka di dalamnya bertambah besar.

"Carim..." dia menyebut nama Carim dengan jelas. Dia hanya membuat muka tiada perasaan. Fawaz memandang muka Carim dengan air mata membasahi di kelopak mata.

"Aku terpaksa..." dia berkata lagi sebelum badannya jatuh ke atas lantai. Carim memandang dengan pandangan maut. Jijik.

Dia mengetap giginya lalu pisau itu menikam tubuh Fawaz tanpa henti. Tikam dan tikam sehingga puas.

Boleh lihat organ dalamnya dengan jelas. Menikam sahaja masih tidak puas bagi Carim. Tangannya diangkat lalu masuk ke dalam lubang yang ditikam.

Dapat sahaja dia sentuh organ, dia terus menarik keluar. Usus digenggam dengan kuat. Usus itu terhayun - hayun apabila berjaya keluar oleh Carim.

"Aku hanya budak kecil... kau seksa aku dengan teruk... dan alasannya kau terpaksa? MANA PERASAAN KEMANUSIAN KAU HUH!?" Carim mengetap giginya dengan kembali dan menarik habis usus itu.

Selesai dia tarik terus dicampak ketepi. Dia maraup mukanya dengan kasar. Dia buat kerja kotor ini semuanya kerana kisah dahulu.

Kalau dia tidak kena culik, dia takkan dipaksa menjadi pembunuh. Jijik. Jijik. Aku jijik dengan diri aku! Tangannya memukul kepalanya tanpa henti.

AKU BENCI SEMUA






"Mayat lelaki yang berumur 50an telah dijumpai dalam keadaan ngeri... organ dalamnya sudah ditarik keluar..."

Julia memandang sahaja skrin televisyen itu. Seram pula mendengar berita begitu. Siapalah yang bunuh mangsa itu seperti itu? Pasti dia sangat psiko.

Ting!

Dengar sahaja bunyi notifikasi dari telefonnya, terus dia belari untuk mendapatkannya. Harap bukanlah dari shopee.

Carim Haidar - siap - siap, aku nak jumpa kau

Julia memandang jamnya selepas melihat mesej Carim. Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Takkanlah nak keluar dengan Carim? Kalau kena tangkap dengan jais ke? Naya!

+ siap - siap, aku nak jumpa kau

- dah malamlah, takkan
nak keluar lagi?

Dia membalas. Dia membiarkan telefona di atas tilam. Dia menuruni tingkat bawah untuk mendapatkan air kopinya. Kakinya turun setiap anak tangga.

"WARGH!" Dia menjerit dengan kuat apabila dia sedar ada manusia sudah duduk di atas sofa. Dahlah pakai baju semua hitam! Jembalang ke apa?

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now