bab 15

45 14 0
                                    

"Kau nak apa?" Dia bertanya dengan muka dingin.

Julia memandang ke arah Carim dengan lelaki dihadapannya. Mereka kelihatan seperti musuh.

Tapi yang pasti lelaki dihadapannya memang kacak.

"Aku nak apa? Saja - saja datang nak jumpa engkau. Salah ke?" Dia bertanya dengan gelak ketawa kecil.

Carim memandang malas dan menarik Julia. Kalau dilayan boleh jadi gila. "Carim Haidar bin Fairuz Haidar!" Nama panjangnya disebut.

Terkaku tubuh badan Carim apabila nama panjangnya disebut. Bagaimana dia boleh tahu nama panjangnya yang patut pupus itu? Julia menoleh sedikit untuk melihat kebelakang. Matanya terkaku pada tangan lelaki itu.

Dia sedang memegang pistol.

Nak bunuh kami berdua ke?

"Kau nak bunuh aku tetapi jangan libatkan perempuan ini" dia menolak tubuh Julia kebelakang badannya. Menjadikan tubuhnya perisai kepada Julia.

"Aku tak nak bunuh sesiapa hari ini"

"Kau tak nak bunuh sesiapa tapi kau letak penghendap yang guna sniper dan targetnya adalah perempuan ini?"

Nadanya keras. Badan Julia menggigil ketakutan. Patutlah lelaki itu sentiasa bersamanya kerana dia sudah tahu apa yang bakal berlaku padanya.

Sut teksedonya dibukak kemudian diberikan pada Julia. "Lari" sepatah sahaja dia berkata. Julia mengundur kebelakang dengan teragak - agak. Takkan dia nak biarkan lelaki ini kati di sini pula!?

"Aku kata lari Julia!!"

"Kau memang suka mengeruhkan keadaan" lelaki misteri itu bersuara lalu melepaskan das tembakan. Tembakan dia tersasar jauh, Julia terus membukak langkah besar. Mujur tak pakai kasut tinggi! Bolehlah dia belari laju.

Tapi persoalannya sekarang ini, ke mana dia nak lari?






"Hai Miss Cute!" Seorang lelaki menegurnya, Julia berpaling untuk melihatnya. Dia terpegun sebentar apabila menatap muka lelaki itu. Macam kenal... tapi dimana?

"Jom menari!" Dia memberikannsatung tangan pada Julia, belum sempat dia menolak lelaki itu menarik Julia ke hadapannya dan menyarung topeng sapruh muka itu.

Lelaki itu hanya tersenyum.

Jangan - jangan dialah orang yang ingin membunuhnya?

Julia menggigil ketakutan, dia tidak tahu apa yang dia patut buat. Patutkah dia belari dari sini? Tapi bagaimana kalau lelaki itu menembaknya?

"Huh!" Dia terkejut apabila tangannya ditarik oleh lelaki itu. Dia masih meneruskan senyuman sambil menari bersama Julia. Sudah kenapa lelaki ini menari bersamanya?

Berpusing - pusing.

Menari tarian balerina di tengah - tengah taman itu dengan berpuluh- puluh pasang mata memandang mereka.

Badan dipusing mengikut rentak melodi river flows on you. Dari tidak tahu menari bellerina, tiba - tiba pandai.

"Lepaskan saya" Julia memberanikan dirinya untuk berkata.

Dia hanya senyum.

Mereka terus menari tanpa henti sehingga Julia terasa keletihan yang amat. Genggaman lelaki itu lebih juat dari yang tadi. Tangannya melingkar dipinggan Julia.

Sudah kenapa dengan lelaki ini!

Badannya rapat ke badan lelaki itu. Muka mereka bagaikan mahu bertembung. Muka Julia berona merah. Malunya! Kenapa dia perlu hadap benda ini?

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now