bab 3

106 13 0
                                    

6 bulan kemudian...

"Bang Car nak dukung!!" Budak lelaki yang bernama Haikal Azim itu merengek meminta di dukung oleh Carim. Sehari tidak dukung, tidak lengkap hidup budak itu.

Carim hanya anggukkan sahaja kepalanya dan mengangkat budak itu dengan berhati - hati. Takut - takut budak itu terjun, naya pak karim.

"Aysraf, jangan lari" Carim menegur apabila melihat budak lelaki itu belari seperti tidak ingat dunia di dalam rumahnya. Syukur itu anak orang kalau tidak mahu dia simpan dalam stor.

"Baik bang car..."

"Assalamualaikum..." apabila Aysraf itu membalas teguran Carim,p ada masa yang sama ada satu suara memberikan salam padanya. Carim mengeluh kecil lalu melangkah ke arah pintu rumahnya.

"Waalaikumussalam..." Carim memulas tombol pintu rumahnya. Matanya memandang ke arah manusia yang memberikan salam itu. Senyuman tak ada. Muka pula bersih dan manis.

Julia Hartini.

Wanita itu memberikan senyuman kecil sambil mengangkat bungkusan plastik ke hadapan Carim. Lelaki itu hanya pandnag dan angkat kening kanannya ke atas.

"Apa itu?" Dia menyoal pada Julia.

"Oh ini? Makanan dan bayaran untuk tempoh lalu" dia membalas senyuman. Carim hanya pandang sahaja. Memang wanita dihadapannya ini tidak pernah miskin senyuman.

"Terima kasih" Carim membukak mulutnya untuk berkata dan memberikan laluan pada Julia. Semua mata memandang Julia sejurus Julia melangkah masuk ke dalam rumah.

Semua memandang tajam.

Terutama Aulia.

"Aulia sayang" Carim menyebut nama Aulia. Kanak - kanak itu mengangkat mukanya memandang Carim apabila mendengar seruan itu.

"Jangan pandang macam itu. Dia kawan abang. Jangan takut" Carim memberikan senyuman lembut pada Aulia dan tangannya mengusap lembut rambut milik Aulia.

"Okay Haikal, abang letak kamu kat sini. Haikal main dengan kakak julia okay? Semua behave kalau nak gula - gula" Carim menutup mata sebelahnya sambil senyum. Semua kanak - kanak itu bersorak ceria.

Lelaki itu pada waktu siang kelihatan bidadara.

Tapi waktu malam dialah paling syaitan.

Syaitan bertopengkan Malaikat.

Cumanya dia masih tidak pasti hal malam itu. Mungkin dia kelihatan ngeri hanya kerana terkejut melihat dirinya di tempat itu.

Atau mungkin memori lama membuatkan dia begitu?

Atau juga siksaan diberikan membuatkan dia berubah?

Entahlah. Tidak pasti.

Julia hanya perhatikan sahaja gerak geri Carim yang berada di dapur. Dia seperti cuba membuat sesuatu.

"Kak Julia..." satu suara menyerunya. Kepala menoleh mencari si pemanggil. Oh dia. Aulia. Julia memberikan senyuman. "Ya Aulia. Ada apa?"

"Kakak ini... macam..." Aulia menghentikan kata - katanya dan dia menyambung merenung muka Julia lebih dalam. "Macam girlfriend abang Carim jer"

Bulat mata Julia mendengarnya. Terus tangannya menutup mulut Aulia. "Shushh, mana ada! Kakak kawan jerlah" Aulia mendongak mukanya ke atas.

Dia melepaskan tangannya apabila Carim muncul sambil membawa dulang yang mambawa air oren. Aulia melihatnya kemudian berjalan ke arah Carim.

"Aulia suka kakak Julia" Carim melihatnya. Kemudian matanya memandang ke arah Julia dan matanya kembali semula hadap ke arah Aulia.

"Pasti? Tak ada patah balik?"

Dia geleng kepalanya. Carim hanya angguk faham kemudian menolak badan Aulia dengan lembut. "Nanti abang bincang dengan Kakak Julia"




"Hey Car! Lama wo tak nampak!! Masih ingat gua?" Lelaki cina yang ada tatu di lehernya memberikan senyuman pada Carim.

Carim hanya memberkan pandangan datar. Lelaki ini sehari tak poyo, tak lengkap hidup. "Mestilah Ingat, Jie" balas Carim.

Li Jie.

Nama sampah.

"Hahaha! Nasib lu masih ingat gua. Ada apa mau jumpa gua?"

"Hutang" Carim berjalan ke arah Li Jie. Matanya melihat leher Li Jie seperti mahu membaham. Li Jie hanya ketawa kecil kemudian dia mengangkat tangannya ke atas.

"Ini" dia memberikan beg yang penuh dengan duit. Tapi Carim kelihatan tidak berminat dengannya. "Bukan duit"

Li Jie mengerut mukanya. Kalau bukan duit, lelaki ini mahukan apa? Carim mengekuarkan pisau rambo. Li Jie memandang pelik.

"Nyawa"

Tangannya terus mengelar leher Li Jie tanpa memberikan sebarang petunjuk padanya. Muka Li Jie terkejut dan matanya terbeliak. Tanpa henti dia batuk darah. Kepalanya menoleh ke arah Carim.

"Aku dah pernah kata, jangan sentuh dia. Jangan sentuh dia. Tapi kau langgar" tangannya dibuka kemudian cengkam muka Li Jie dengan kuat. Terus dia menolak kuat kepala Li Jie ke belakang. Tiada siapa berani lawan. Hanya sanggup melihat ketua mereka mati dibunuh.

"Gerak keluar. Serah diri" itu sahaja Carim berkata sebelum meninggalkan gudang lama itu.

Dia berjalan dengan tangan dimasukkan dalam poket seluar. Kakinya melangkah kemudian tangan menolak pintu tersebut. Dia menunduk kepalanya kemudian mengangkat apabila dia sedar ada jasad berdiri dihadapannya.

"Mikko" Carim menyebut nama lelaki itu. Mikko hanya senyum sambil melambai. "Konnichiwa. Sihat?"

"Sihat"

Mikko masih kekal memandang kemudian dia ketawa secara tiba - tiba. Apa yang buat hati dia geli sampai ketawa macam itu? Tangan Mikko lembut menyentuh bahu Carim.

"Selamat pengantin baru" tiba - tiba sahaja dia berkata. Carim mengerut mukanya. "Kenapa kau cakap macam itu?" Carim menyoal. "Rantai"

Matanya memandang ke bawah. Dia melihat rantai beserta dengan cincin yang elok tergantung di lehernya. Apabila dia melihat dia seperti terlupa sesuatu.

Kepalanya dongak kembali ke atas dan terkedu kerana dia faham.

"TAK GUNA!!" Carim menolak dada Mikko dengan kuat. Mukanya merah teruk apabila dia faham kenapa Mikko berkata begitu.

"Alolo comelnya si bakal pengantin ni. By the way, she know?" Mikko menyoal.

"Tak"

"Kalau dia tahu apa kau nak buat"

"Bunuh atau kahwin?" Carim pula menyoal. Mikko hanya menandang muka meluat. "Takkan kau nak bunuh dia? Macam sia sia jer kau selamatkan dia" Mikko membuat muka poyo.

"Kalau dia tak mahu kahwin aku kenalah bunuh dia. Itu caranya" Carim berjalan ke arah keretanya. Mikko angguk faham kemudian menarik bahu Carim.

"Kau... kena hati - hati" Carim melihat muka Mikko. Dia angguk faham.

"Aku tahu"

"Kau mahukan dia bahagia seperti mana permulaan hidup dia kan?" Carim hanya angguk sahaja.

Carim membelek cincin di rantai itu. Rantai ini adalah perjanjian.

Perjanjian mereka.

Perjanjian mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

P/S : YTJT

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now