bab 29

46 9 0
                                    

"Aurora kau boleh bantu aku?" Carim menyoal pada wanita itu. Aurora hanya mengangkat keningnya.

"Kenapa?"

Dia menyerahkan satu bungkusan kecil pada Aurora. Dia membelek sebentar sebelum dia sedar apa yang ada di dalamnya.

"Ini cip... aku pasti kau tahu apa gunanya kan?" Carim menyoal untuk memastikannya.

Aurora memandangnya dengan terkejut. Lelaki ini cuba membuat sesuatu yang dia tidak diingini ke?

Dia menolak tubuh Carim dengan kuat. "Kau cuba buat apa, budak?" Suaranya menggigil dan serak.

"Aku pasti kau tahu siapa mangsa sebenar kita kan? Dan kau cuba perangkap dia kan?"

"Kau tahu?"

"Aku dah kenal lama kau Aurora... apa yang aku nak kau buat, kau berlakon yang aku ini adalah mangsa kau... boleh?" Carim meletakkan tangannya di atas bahu Aurora.

"Apa kena mengena dengan bom cip ini?" Dia menyoal untuk kepastian. "Tanda sebagai aku bersara" Aurora tersentak dengan kata - kata itu.

"Kau cuba bunuh diri ke, huh!?" Dia mendengus geram.

"Aku tak nak bunuh diri tapi aku nak kau bunuh aku... bunuh aku bila kau mahu"

"Ini rupanya rahsia kau?" Aurora mengetap giginya dengan kuat. Nampaknya dia faham.

"KAU TAHU AKU PERLU BUNUH SALAH SATU EJEN DALAM MARKAS KITA? DAN KAU SERAHKAN DIRI KAU PADA AKU!?" Aurora menjerit dengan kuat ke arah Carim.

"Dan aku diarahkan untuk mati ditangan ejen sendiri... Aurora..." wanita itu tersentak dengan air muka Carim yang berubah.

"Simpan rahsia ini diantara kita..." Dia menolak dahi Aurora dengan lembut. Dia memandang Carim seperti mahu menangis.

"Kau memang sial"

Dia meletakkan kepalanya pada dada Carim. Dia melepaskan tanggisan sehabis - habisnya. Tidak mungkin anak muridnya sendiri dia perlu bunuh.

Tangan Carim pelahan mengusap kepala Aurora. Perpisahan pasti wujud dalam hidup seseorang.

"Kalau kau dah berjaya jadi Ketua Ejen... jangan lupakan aku ya?"






"Noah" lelaki itu memusing ke belakang. Lebar senyumannya melihat orang yang dia menunggu itu sudah tiba.

Julia mengelak memandang Carim. Dia terlalu kesal dengan hal itu. Terlalu malu untuk melihat muka Carim.

Bravo mengetap giginya dan menolak tubuh Julia kehadapan. Dia memandang garang pada Noah tetapi lelaki itu tidak takut.

Dia sempat lagi ketawa. Mukanya marah macam anak kucing. Comel sahaja. Noah mengangkat kedua bahunya.

"Terima kasih membawa buah tangan yang aku mahukan... jadi aku pasti kau nak kunci kan?" Noah tersengih - sengih.

"Kau jangan bagi soalan bodoh boleh?" Charlie menolak tubuh Bravo yang sudah tidak mampu menahan sabar. Mahu sahaja dia hentak kepala lelaki itu di batu keras.

"Okay" Noah tersenyum hingga ke telinga dan baling loket kepada Bravo. Apabila locket itu dibaling, Carim memerhatinya.

Itu locket pemberian ayahnya.

Noah jeling ke arah Carim. Pasti lelaki itu dapat mengetahuinya kan? Bravo terus menangkap dan cuba memasang kunci itu kepada bom yang ada pada tubuh Julia.

Apabila mereka seperti memberikan tumpuan kepada Julia, Noah mengambil kesempatan. Dia mengangkat pistol ke arah Julia. Dia sudah siap sedia untuk menembaknya.

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now