bab 11

62 16 3
                                    

"Kau okay?" Lembut dia menyoal. Dah kecewa pun masih lembut. Carim hanya anggukkan kepalanya sambil mengesat bibirnya yang mengeluarkan sedikit darah.

Akibat tidak puas hati, Azeri menumbuk muka Carim. Akhirnya kerana kedua pihak tidak puas antara satu sama lain, mereka bertumbuk.

"Okay" jawabnya. Mereka duduk bersebelahan di atas bangku sambil menikmati pemandangan di pantai pada waktu malam. Sejuk sahaja.

Masing - masing membisu tidak tahu nak cakap apa. Tiada modal untuk bicara. Hanya tahu diam sahaja dengan mata melihat laut itu.

"Saya rasa saya nak bujanglah sampai tua!" Tiba - tiba Julia bersuara.

"Bujang sampai tua? Macam mustahil jer" Julia ketawa kecil apabila mendengar balasan itu.

"Kenapa mustahil pula?"

"Kau kan cantik, mesti ramai gilakan kau"

"Kalau cantik tapi masih tak mampu buat orang itu jatuh cinta betul - betul dengan kita pun, tak boleh juga, Carim" dia membalas dengan senyuman. Eh ngeri.

"Jadi saya buat keputusan, saya takkan kahwin! Muktamad! Sebab saya tak nak rasa kecewa buat kali kedua" dia bercakap dengan gembira.

"Tunang dah curang, kawan pula tikam belakang, lepas ini apa pula?" Soalan KBAT terus ditanya pada Carim. Aduh, janganlah mintak otak ini perah diwaktu malam macam ini.

"Kau kahwin jerlah dengan aku" katanya.

Julia hanya berdiam tidak kata apa. Dia reject aku dalam diam ke macam mana? Julia tidak memberikan sebarang reaksi.

Janggal.

"Kau reject aku ke pendek" tanpa rasa malu terus dia bertanya.

"Tak. Saya rasa tu idea yang bagus" Carim membuat muka meluat. Tadi bukan beria kata nak bujang sampai ke tua.

"Bukan tadi kau kata nak jadi bujang ke. Macam mat salleh kata, i want to be rich aunty"

Julia ketawa sahaja. "Tapi kau pun sesuai juga jadi suami kan? Baik, penyayang, pandai layan budak"

Carim mengusap lehernya. Alangkah dia tahu orang disebelahnya adalah pembunuh bersiri.


"Julia maafkan aku Julia" tanpa henti dia meminta maaf pada wanita itu. Tapi apa dia buat? Hanya pekakkan telinganya sahaja. Kalau simpan dendam pun tak ada guna, hanya mampu pendam sahaja.

"Sudahlah Wahidha, aku tak nak jumpa kau" dia menolak Wahidha ketepi dan terus berjalan sambil mengheret bagasinya. Carim membantu mengangkat begnya masuk ke dalam bonet.

Wahidha mengetap giginya dan menarik tangan Julia dengan kuat sehingga tubuh Jukia menghadap ke arah Wahidha.

"Aku mintak maaf, kau tak boleh maafkan aku ke? Apa susah sangat?" Tanpa rasa segan dia berkata begitu dengan nada keras. Carim hanya memandang sahaja tanoa berkata.

Kalau perempuan itu cuba sentuh Julia, rasanya semua dah boleh buat tahlil arwah sekarang ini.

"Kau paksa aku untuk maafkan kau? Semudah ABC? Kau gila ke? Apa yang kau buat itu benda yang berat dan berdosa. Dan satu lagi kau rampas tunang aku Wahidha! Kau ingat aku mampu ke?"

Wahidha tergumam sebentar apabila melihat muka Julia yang sudah naik darah itu. Dia berpaling je tepi dan berkata sesuatu yang amat menyakitkan.

"Bukan salah aku kalau Azeri suka aku. Salah kau sebab kau tak tahu nak jaga dia"

Julia lebih terkejut apabila orang yang dihadapannya pernah jadi sahabatnya sanggup berkata begitu padanya.

Sia - sia sahaja dia percayakan kawannya itu. Tapi dia balas semula seperti sampah. Ini tak adil. Sangat tak adil.

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now