bab 20

32 8 0
                                    

"Car... Carim..." Julia cuba menarik tangan Carim tetapi ditepis oleh lelah itu.

"Jangan sentuh aku" suaranya datar membuatkan Julia sedikit gentar dengannya.

"Maafkan saya..."

"Maafkan kau? Kau cuba menipu dia. Kau kata kita tak ada hubungan sedangkan kita dah nikah! Aku kahwin dengan kau sebab aku perlu jaga kau Julia. Kau tahu apa yang jadi pada malam itu... itulah penyebabnya kenapa cincin itu tersarung dekat jari kau!"

"Okay saya faham. But now tell me, kenapa saya jadi target mereka? Why!?"

"Kau betul - betul nak tahu?"

"Yes! I really want to know Carim Haidar!"

"Sebab aku pembunuh! Kau tahu pembunuh itu apa? Pembunuh itu, orang yang disuruh membunuh... faham?" Carim memandang tajam.

"Kau jadi target sebab mereka tahu kau adalah orang paling rapat selain keluarga angkat aku! Aku cukup pantang orang paling aku sayang kena sentuh! Sekarang kau dah tahu?"

Ini ke rahsia yang dia simpan?

"Awak cuba melawak?"

"Orang tua yang kau dengar dekat berita... organ ditarik dari tubuh badan semuanya aku yang buat! Kes bunuh semua itu... dari aku" Carim memandang Julia seperti mahu membunuhnya.

"Selagi tak ada bukti saya takkan percaya"

Telefon pintar dicampak pada Julia. Julia terus ambil dan melihat. Dapat sahaja matanya melihat terus telefon itu jatuh.

"Atas sebab kau dah tahu... aku haramkan kau cakap tentang ini pada sesiapa... kalau tidak" dia menunduk kepalanya di tepi telinga Julia.

"Aku terpaksa hapuskan kau macam mangsa yang lain walaupun aku sayangkan kau" dia menepuk bahu Julia beberapa kali.

Kereta proton dipandu di tengah jalan raya yang sunyi itu. Ya, mereka buat keputusan untuk balik pada malam itu.

Julia berdiam dengan pandangannya dilontarkan pada luar tingkat. Aulia sudah lena diulek mimpi sambik duduk di kerusi khas untuk kanak - kanak.

Hanya sunyi dengan telinga mendengar alunan lagu dari radio. Semua sepakat untuk berdiam

Carim memandang sambil matanya memandang ke arah cermin atas. Cuba melihat kereta yang sedang dipandu yang berada di belakang.

Curiga.

Tangan Carim pelahan - pelahan berada di tepi pintu kereta cuba mengambil sesuatu. Ada sesuatu muncul di tepi tingkap, automatik kereta itu dipandu secara drift.

Julia terkejut apabila aksi itu dilakukan secara mengejut. Tangan Carim menolak kepala Julia dengan kuat kebawah. Apabila kereta itu berhenti, Carim menarik keluar pistol berserta silencer dari bawah tempat duduknya.

Dia memasukkan peluru kedalamnya dan terus keluar dari kereta. "Carim!" Julia menjerit namanya tapi Carim tidak mengendahkannya.

BANG!

BANG!

BANG!

Julia menutup kedua telinganya apabila mendengar bunyi tembakan itu. Terketar - ketar badannya apabila mendengar.

Matanya memandang Aulia yang masih tidur dengan lenanya. Dia cuba dekat dengan Aulia tapi pada masa yang sama Carim muncul ditepi pintu yang terbukak itu.

"Jangan bangun dari tempat duduk" dia masuk ke dalam perut kereta dengan baju putihnya ada tompok merah yang banyak.

"Apa benda dekat baju awak?"

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now