bab 27

25 5 0
                                    

"Dia dah macam mayat hiduplah boss" lelaki itu berkata pada Noah. Noah hanya berdiam dan memandang ke arah Julia yang sedang gemuruh itu.

"Boss nak biarkan jer ke?" Dia menyoal.

"Biarkan, sebab bom itu yang jadi kunci" Noah membalas dengan senyuman sinis. Lelaki itu mengangguk kepalanya dan berpaling ke belakang.

Bodohnyalah kan?

Punyalah cuba bunuh lelaki itu,

Tetapi akhirnya cari semula lelaki itu. Bodohnya manusia.

"Sediakan kereta, kita beredar sekarang" lelaki itu menunduk dengan hormat dan berlalu pergi. Noah tersenyum sinis dengan giginya gigit pada kuku ibu jarinya.

"Catch me if you can Carim Haidar...catch me if you can!" Dia menjerit sekuat yang dia mampu dan menolak meja kayu bersebelahannya.





"Carim! Kau memang nak pergi berseorang jer ke? Takkanlah kau tak nak kami temankan?" Bravo menyoal.

"Tak perlu. Aku tahu apa yang aku buat. Dan kauorang perlu ikut sahaja arahan aku" Carim menjawabnya.

"Tetapi masalahnya bahaya! Kalau kau jadi apa - apa?"

"Kau tahu aku siapa, betul? Kau tahukan aku pasti akan kembali dengan hidup?" Carim bertanya dengan bersungguh - sungguh. Bravo menghela nafasnya. "Pastikan kau kembali. Kita dah lama tak jumpa kan?"

"Aku akan tepati"

Carim menutup cermin topi keledernya. Dia membawa motosikal dengan kelajuan yang paling tinggi. Setiap kenderaan yang berada dihadapannya dielak olehnya dengan pantas.

Dia perlu kejar Noah dengan secepat yang mungkin. Lelaki itu sudah lama dia mahukan. Anak tekaknya bergerak - gerak.

Dapat minum darahnya pun tidak ada masalahkan?

Dia membawa motorsikal itu sehinggalah dia berada di tepi jeti. Dia menurunkan tongkat motorsikalnya. Dia memandang ke arah sekeliling dan melihat ada jetski ditepi tersebut.

Dia tersenyum sinis.

Sudah dapat idea.

Dia belari laju untuk mendapatkan jetski tersebut. Dia terus membawa jetski itu dengan laju. Sabar aku datang Noah!





"Bos ada orang ikut kita" lelaki itu bersuara. Noah hanya berdiam dan masih memandang ke arah matahari yang hampir terbenam itu.

"Biarkan"

"Okay" bot itu dipandu walaupun ada jetski mengikutnya.

Carim yang membawa jetski itu sudah hampir menggila bila nampak tubuh Noah. Mahu sahaja dia langgar bot itu sehingga tombang.

"Bos itu Carim" Noah berpaling dengan senyuman. Lelaki kesayanganya sudah datang? Dia terus belari ke arah tepi bot melihatnya.

"Carim? My brother!?" Noah tersenyum lebar. Carim yang melihatnya tersenyum jahat. Dia sudah memulas enjin jetski itu sekuat yang mungkin.

"SIAL! KAU SABAR" Carim terus membawa laju ke arah tepi bot Noah. Lelaki itu sudah terketawa dan mengeluarkan dua pistolnya. Tidak sabar mahu bermain dengan abang tirinya.

Carim muncul di atas bot itu selepas dia melompat dari jetskinya seperti arnab. Dia tersenyum seperti mahu membunuh.

Noah sudah terketawa menggila. Dia tidak sabar mahu bermain. "Oh my god! Long time no see my brother!? How are you!?" Dia menyoal sementara Carim sedang sediakan senapangnya.

"Eh anjing! Kau nak main kan?" AR 15 terus diacukan pada Noah. Lelaki itu terketawa lagi. Ingat dia takut?

Mari!

Terus tembakan dilepaskan. Dua dua mengelak. Pegawai Noah sudah mula menyorok cuba mengelak tembakan mereka berdua.

"Kau masih ingat masa aku kejar engkau dahulu?"

"Mestilah aku ingat Noah!"

"Mesti kau tak dapat tengok bapak kau matikan?"

"Aku dapat tengok"

BANG!

"Shit!" Peluru Carim ditembak dan hampir terkena muka Noah. Nasib hanya tinggalkan geseran sahaja. "Hampir" Carim tersenyum sinis.

"Kau dengan bapak kau, sama sahaja!" Noah melepaskan tembakannya lagi.

"Sebab itu aku berani jumpa kaulah sial! Aku tak pengecut macam kau! Menyorok dibawah topeng!" Dia sempat perli Carim.

"Carim... Carim! Kenapa kau tak sebijak mak engkau, huh!? Kenapa perlu menyusahkan diri kau?" Noah campak pistol ke tepi selepas habis peluru.

"Aku lebih suka menyusahkan diri aku dari perlu hadap makanan anjing!" Tumbukan kuat diberikan di pipi Noah.

Terhuyung - hayang tubuh Noah selepas menerima tumbukkan tersebut. Dia mengetap giginya dengan kuat.

"SEBAB ITU KAU JADI PEMBUNUHKAN!? DASAR TAK SEDAR DIRI!! Kalau mak bapak tiri kau tahu mesti dia jijik dengan kau!! Lebih jijik dari banjingan!" Noah melontarkan kata - kata paling menyakitkan.

Mata Carim berubah kecil. Dia punya sabar sudah tidak mampu tahan. "ORANG YANG KAU PANGGIL JIJIK INILAH YANG SELAMATKAN KAU!! ORANG YANG KAU JIJIK INILAH SENTIASA BERSAMA DENGKAU. KAU KENA TAHU, ORANG JAHAT TERJADI ATAS SEBAB KELAKUAN ORANG TERHADAP ITU PADA KAMI.... ANTARANYA MACAM KAU, NOAH ALEXENDER"

BUKK!

Tubuh Carim rebah jatuh. Noah tersentak apabila dia melihat Carim pengsan secara tiba - tiba. Wanita entah mana muncul dengan tangannya ada pistol.

Berpakaian serba hitam dan bibirnya merah gelap. Dia tersenyum sinis. "Oh syukur kau sampai tepat pada masa yang sama... Aurora"

Aurora jeling ke arah tubuh Carim. "Ambil dia. Aku nak bagi dia makan benda ini" dia menunjukkan pek kecil kepada Noah.

"Kau memang jahat"

"Aku dah bunuh lebih dari 50 orang Noah..." lelaki itu ketawa. Lupa pula tentang itu.










"Sial, sial, sial!!' Bravo mencarut tanpa henti. Dia sudah seperti mahu gila. Bom pada Julia masih tidak dapat ditanggalkan dan sekarang mereka buntu.

Kenapa bom pada Julia itu unik sangat!? Kenapa dia hanya ada satu warna? Iaitu putih!? Sudahlah bom itu amat sensitif. Sentuh sedikit automatik hidup.

Tambahnya lagi ada bentuk pelik pada bom itu seakan seperti kunci. Dia meraup kapalanya dengan jasar.

"Woi Raziq, kau dapat contact dia tak?" Bravo bertanya. Raziq mengeleng kepalanya.  "FUCK"  Barvo menumbuk dinding dengan kuat.

Sudah 6 jam tiada khabar berita tentang Carim. Bila ditanya pada Julia memang minah itu tidak akan menjawab. Bravo mendengus geram dan berjalan laju ke arah Julia.

Baju koler Julia ditarik dengan kuat dan dicengkam. "Aku tanya kau sekali lagi, ya sial... MANA PERGI CARIM!?" suaranya meninggi membuatkan Raziq dan Charlie terkejut.

"Aku kata aku tak tahu, tak tahulah bodoh! Aku tak tahu... aku tak tahu apa - apa! Aku cuma diminta datang ke dewan itu dan cari Carim!"

Pang!

"BRAVO!" Charlie menarik tangan Bravo dengan kuat. Lelaki ini dah gila sampai pukul perempuan ini. "Kau kena sabar Bravo!"

"Sabar!? MAMAT ITU TAKKAN HILANG LEBIH DARI 3 JAM BODOH. INI DAH LEBIH, MESTI ADA BENDA BERLAKU KAT DIA" Charlie mengetap giginya. Dia amat faham. Lelaki itu tidak pernah menghilangkan dirinhmya lebih dari 3 jam. Tidak pernah ada rekod dia hilangkan diri selama tempoh lebih dari tiga jam.

"Kau tahu kan dia tak pernah mungkiri janji? Dia dah janji dia akan kembali..."

"Kalau janji itu jadi janji pertama yang dia tidak tunaikan?"

"Aku tak tahu..."

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now