bab 28

23 6 0
                                    

"Bangun" air sejuk dicurahkan pada muka Carim. Lelaki itu serta merta terjaga dna memandang terkejut pada Aurora.

"Engkau Aurora!?" Dia menyoal dengan penuh terkejut.

"Ya! Aku Aurora, Carim! Gembira jumpa aku!?" Kepala Carim ditunjal dengan kuat. Muka Carim memang bingung teruk.

Kenapa perempuan ini mengkhianatinya secara tiba - tiba? Kenapa dia jadi begini?

"Kenapa kau khianat aku Aurora!?"

"Sebab kau terlalu mudah dipergunakan" Aurora terketawa jahat dengan kuat. Dia tersenyum sinis padanya.

"Bapak aku mintak aku cari kau... tetapi kau"

"Bapak kau sama - sama bodoh. Betul tak Noah?" Dia menyoal pada Noah. Lelaki itu mengangguk laju.

"Bapak bodoh anak dia pun samalah bodoh" sengaja dia menambahkan lagi ayat. Carim mengetap giginya dan cuba bangun dari kerusi tersebut.

Tetapi gagal.

Dia menoleh kebelakang dan melihat tangannya sudah digari dan tubuhnya diikat bersama dengan kerusi itu. Dia mendengus geram.

Dia memandang penuh amarah. "Kau tak cukup lagi ke anjing? Kau dah dapat aku, kenapa kau tak bunuh aku jer!? Asal kau nak hancurkan negara lain?"

"Sebab diaorang semua itu sampah! Sampah masyarat patut dihapuskan! Aku mahu cipta kerajaan yang baharu Carim!" Dia ketawa jahat.

Carim memandang dengan penuh geli. Dia mahu mencipta kerajaan baharu? Dia cuba merepek apa? Baju pun dia suruh orang gosokkan.

"Kau merepek apa? Kau pun tidak pandai berdikari"

"Benda itu tidak ada kena mengena! Tetapi yang penting aku nak kau sendiri tengok tiga -tiga negara itu hancur, hahahaha!!!" Dia ketawa jahat.

Aurora tersenyum sinis pada Carim. Dia menyentuh dagu Carim dengan tatapan manja. Manja - manja nak pergi mana?

"Lain kali jangan percayakan orang sangat ya?"

Kakinya melangkah ke arah pintu keluar dan dia berhenti sebentar "oh otak kau ada bom... jadi kalau kau cuba larikan diri..."

Dia menunding ke arah kepalanya.

"Otak dekat dalam kau akan pecah... jadi hati - hati ya" Carim tersentak dengan kata - kata itu. Dia letakkan cip dalam tubuhnya.

Dia tak boleh buat apa.



"Kau dah cuba untuk matikan ke?" Mikko menyoal pada Bravo yang sudah separuh gila itu.

"Aku tak boleh buat apa dengan bom itu melainkan aku faham" Bravo meraup mukanya dengan kasar.

Mikko cuba melihat semula bom tersebut. Memang pelik. Dia cuba menyentuh wayar itu untuk lihat lebih teliti. Tetapi tangannya jauh ke belakang apabila mendengar bunyi.

TITT!!

Dia berundur kebelakang apabila dia sedar masa bom sudah diaktifkan mereka cuma ada 24 jam!?

Bravo belari untuk mendapatkan Julia. Dia memandang sekeliling tubuh wanita itu. "Kau tekan apa!?"

"Aku tak buat apa - apa" Julia melepaskan tanggisannya. Charlie dan Raziq tiba dihadapan tiga orang itu dan menyoal apa yang berlaku.

"Kita dah tak boleh nak buat apa..."

"BRAVO KENAPA BOM TIBA - TIBA AKTIF!?" Ahli pasukan Alpha menyoal dari telefon pintar Bravo.

"Aku tak tahu nak buat apa bodoh! Kita sekarang perlu bergantung pada kunci sahaja" Bravo meraup mukanya.

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now