bab 6

73 13 1
                                    

Tak ada ribut, tak ada taufan mahu pun angin monsun, lelaki dihadapannya tiba - tiba belanja dirinya makan dan minuman. Walaupun belanja tetapi mukanya masih kekal beku.

Lelaki ini tak ada perasaan ke? Bagaimanalah dia boleh hidup?

Payah.

"Minumlah. Engkau fikir apa?" Carim membuat kekwat pada Julia. Perempuan itu hanya menurut sahaja kehendak lelaki. Disuruh minum, maka dia pun akan minum.

Suka hati engkaulah, asalkan aku bahagia.

"Ini kenapa kau tiba - tiba ajak aku keluar? Siap belanja semua" akhirnya soalan yang dari tadi mahu keluar dari mulutnya sudah berjaya dilepaskan.

Carim hanya melihat air americanonya dengan air muka kosong. Carim memandang muka Julia. Kut - kutlah ada jawapan.

"Entah. Aku hari ini rasa nak belanja orang" balasnya.

Julia memandang pelik sahaja pada Carim. Mesti lelaki ini sorok sesuatu darinya. Jarang lelaki ini mahu belanja orang. Bukan jarang, memang tak pernah!

Julia merenung muka Carim sehingga lelaki itu rasa tak selesa. Masih direnung bagai mahu memakan dirinya. Ya tuhan, butakanlah mata perempuan itu.

Tangan Carim mengaru di lehernya kerana rasa janggal. Nampaknya dia perlu bukak mulut supaya mata perempuan itu di tarik dari merenungnya.

"Macam mana hidup engkau dengan pakwe kau? Bahagia? Bila kahwin? Tak nak jemput aku ke?" Betubi - tubi Carim memberikan soalan pada Julia. Alah kita nak bagi orang banyak kerja kenalah bagi banyak soalan.

Work smart not hard.

"Hidup saya? Sama jer tiada beza" Julia menjawab lemah sahaja. Carim sedar dengan perubahan itu. Pasti ada sesuatu berlaku padanya antara Julia dan si pakwe tak sedar diri itu.

"Entahlah, dia tak bagi saya attention tau, selalu mengelak. Bila ajak kahwin dia mintak bagi masa... tapi banyak saya bagi..."

Carim hanya diam membisu. Dari setiap penjelasan itu. Sudah boleh agak..pasti lelaki itu curang. Takkan nak buat surprised? Euw. Lapuknya.

"Kalau dia curang pun saya bukannya pelik pun, iyalah saya ada apa jer" sedih sahaja nadanya. Carim sudah tidak sedap hati. Satu sahaja ala yang dia mahu, jangan buat drama dengannya.

"Ta... tapi saya dah bagi dia macam - macam kenapa dia masih nak buat macam itu?" Akhirnya drama yang dimaksudkan oleh Carim sudah terjadi. Julia menangis dihadapannya. Manusia - manusia di sekelilingnya memandang Carim seperti orang tidak berguna.

Carim mengeluh kecil lalu memberikan dia tisu. Walaupun cara itu tidak mampu untuk hentikan dia menangis, sekurang - kurangnya dia tolong nak hapuskan air mata yang serupa macam hingus itu.

"Jangan nangis boleh tak? Orang pandang aku macam lelaki tak guna" Carim menegurnya dengan tangan tanpa henti memberikan tisu.

"Sorrylah" balasnya.

"Setia itu semua orang boleh kata Julia tetapi bukan semua mampu setia. Pandai berkata - kata tapi tak ada usaha. Tak guna juga" Julia menunduk kepalanya.

Tapi dia masih percayakan pada tunangnya. Dia pasti lelaki itu tidak akan curangnya kerana lelaki itu amat menyayanginya. Mustahil dia nak curang dengannya.

Mata Julia hanya memandang ke arah cincin tunang yang elok tersarung di jari manisnya. Dia takkan tanggalkan cincin itu selagi dia tidak melihat benda itu berlaku.

Carim hanya memandang sahaja gelagat Julia itu. Apabila sudah bosan melihat Julia, dia mengangkat mukanya ke atas untuk memandang luar kafe itu. Sesuatu yang tak terduga dipandang olehnya.

Target muncul?


"Nah" Carim memberikan cawan aiskrim yang berjama Baskin - Robbins. Julia terus mengambil cawan yang terisi dengana iskrim coklat bersama dengan pecahan biskut orea itu. Enak!

Carim menikmati aiskrim yang dipesannya. Aiskrim Mint Choco yang selalu dikatakan dan disamakan dengan ubat gigi. Menyampah!

Mata Carim sengaja jeling ke arah Julia. Perempuan itu kelihatan bahagia apabila menikmati aiskrim itu termasuk dengan senyuman bersama lesung pipit itu. Manis.

Muka Julia kelihatan bahagia sekarang ini. Tapi kalau dia kecewa? Pasti muka yang bahagia itu hilang. Dia mengusap lehernya kerana terasa gelisah. Julia memandang ke arah Carim dan memberikan senyuman secara tiba - tiba.

"Terima kasih layan saya hari ini. Ahh, rindu pula dekat dia..." Julia mengeluh kecil. Carim hanya berdiam sahaja di tepi Julia sehinggalah mereka berdua berada di hadapan kereta Julia.

"Aku tinggalkan kau dekat sini. Terus balik, jaga diri, bye" Carim melambai pelahan kemudian terus melangkah meninggalkan Julia bersendirian di hadapan kereta Audi bewarna jingga itu. Julia hanya anggukkan kepalanya dan membalas semula dengan lambaian.



"Macam mana? Ada dapat apa - apa yang aku mahukan?" Carim menyoal dengan pehanya telah pun ada seseorang sedang lena tertidur di atasnya. Rafael hanya anggukkan kepala dan memberikan satu album kecil yang kemas.

Carim mengambilnya dan membelek untuk melihat isi dalam. Penuh dengan gambar yang dimahukan. Bagus kerjanya. Carim tersenyum mecil kerana puas dengan kerjanya.

"Car... tadi aku ada jumpa dengan seseorang..." Rafael berbisik di tepi telinga Carim. Lelaki itu hanya anggukkan kepala menandakan faham.

"Biarkan dia, mumgkin dia datang sini atas urusan kerja. Asalkan dia tak sentuh sesiapa yang aku sayang sudah cukup"

"Lagi pun dia pun taklah teruk mana kalau bekerja sama dengan aku kan? Mesti dia membawa vibe ayahnya" Carim tersengih sahaja. Rafael hanya mengiyakan sahaja.

"Terima kasih untuk usaha kau Rafael. Aku suka. Tapi kau perlulah ingat, jangan tikam aku okay? Kalau kau tikam, aku tembak kau" Carim memberikan senyuman dengan jari telunjuknya menyentuh dahi Rafael.

"Dan last! Tolong jaga jap si Aulia ini. Aku nak kemas kat atas" Carim memberikan tubuh badan Aulia pada Rafael. Kakinya terus memanjat anak tangga.

Lebih kurang 30 minit, Carim muncul semula dengan beg plastik hitam yang besar itu. Rafael memandang pelik sahaja kemudian menyoal padanya.

"Apa benda itu?"

"Ini? Mayat mak Aulia" Carim tersenyum - senyum sahaja. Dia menarik beg itu sehingga dia berada di bawah. "Kau dah boleh balik, dan beg ini... kau tariklah sampai ke pintu pagar nanti Fay uruskan. Aku malas nak keluar" dia memberikan alasan.

Rafael hanya anggukkan sahaja. Dah besar pun malas. Macam budak jerlah mamat ini. Rafael memulas tombol pintu rumah itu kemudian menarik beg hitam yang disuruh itu.

Allahuakbar, berat gila benda ini. Rafael bepaling ke belakang dan terkejut dengan isi dalam itu. Sudah kenapa benda ini berat sangat macam 50kg pula rasanya. Carim terketawa kecil sahaja apabila melihat reaksi muka Rafael.

"Dalam itu ada dua tiga mayat yang aku gabungkan. Tambah lagi aku letak batu... nak campak kat tasik macam itulah caranya" Carim mengeluh kecil sambil tangannya mengusap badan Aulia.

Rafael memandang pelik sahaja pada Carim. 'Aku tertanya, kenapa dia bunuh orang?'

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now