bab 7

75 14 1
                                    

Hidupnya seperti biasa tiada istimewa. Hari bekerja dari Isnin hingga Jumaat dia perlu hadap budak - budak yang telah pun menjadi kembar jadian monyet. Dan berbaki lagi dua hari itu menjadi hari rehatnya.

Tapi tidak mengapa. Memang dia suka hadap budak - budak yang comel seperti anak kucing. Malah dia ada impian untuk anak sendiri! Tetapi dia tiada isteri pula. Tapi tidak mengapa, dia ada Aulia! Anak angkat kesayangannya!!

Carim mengucup pipi gebu Aulia tanpa henti. Ya, dia tidak suka berkomunikasi dan hadap dengan kawasan yang dibanjiri eh manusia. Dia suka suasana yang tenang dan aman seperti melayan Aulia.

Itu adalah hobinya! Melayan Aulia adalah hobi!

Carim memberikan senyuman sahaja selepas puas memberikan kucupan pada Aulia. Dia memandnag Aulia yang elok duduk di atas pehanya sambil bermain dengan anak patung itu.

"Aulia lapar? Aulia nak makan apa hari ini?" Dia menyoal lembut dengan kepala menunduk senyet untuk memandang muka Aulia.

"Nak makan bento dengan kutlet ayam!!" Dia membalas teruja. Carim hanya anggukkan kepalanya dan mengusap lembut kepala Aulia.

Langkah besar dibukak untuk bergerak ke dapur. Kemudian dia membukak pintu peti ais bahagian bawah. Dia mengambil sayur seperti daun bawang, cili dan beberapa sayur untuk dimasak.

Seterusnya, dia pergi ke bahagian atas yang meletakkan daging dan bahan mentah. Dia tersenyum meleret apabila melihat ada bungkusan daging di dalam plastik. Sudah lama dia mahu masak daging itu.

Jangan risau. Bukan daging manusia.

Masih waras dan masih mampu berfikir yang mana dan apa yang patut diberi makan pada budak.

Dan bermula dia masak makanan untuk diberi makan pada budak kecil itu. Tangannya memicit kulit telur sehingga pecah dan mengeluarkan cecair jernih bersama cecair kucing yang bulat dan meleleh jatuh ke dalam cawan.

Dua biji telur dipecahkan kemudian dia capai sudu. Dia kacau telur itu dengan laju. Apabila sudah sebati dia menuang ke atas periuk leper itu. Sebelum dia menuang, dia sudah meletakkan butter untuk menambah rasa.

Dia meratakan telur itu diatasnya. Apabila rasa bahagian bawah telur itu sudah masak sepenuhnya, dia mula terbalikkan telur itu. Selesai masak telur, dia mula untuk masak makanan seterunya. Iaitu kutlet ayam.

Dia memasak hampir satu jam. Selama satu jam Aulia hanya melihat sahaja televisyen yang memaparkan cerita kartun. Yelah hanya itu sahaha siara yang digemari oleh kanak - kanak.

"Aulia! Jom!" Apabila dengar sahaja ajakan itu, tanpa fikir panjang, Aulia terus belari ke arah ruang meja makan. Bersedia untuk menikmati makanan.

Carim meletakkan pinggan yang sudah disikan makanan yang baru dimasak. Dia melihat sahaja gelagat Aulia yang menikmati masakannya dengan teruja.

"Abang Car!! Abang Car masak sedap sangat! Mama Aulia tak pernah pun masak macam ini..." Carim yang tadi tersenyum itu, pudar terus apabila Aulia menyebut hal ibunya.

Mungkin dia terkejut kerana dilayan seperti manusia bila dengannya. Tapi bila dengan ibu bapa sendiri dilayan seperti binatang.

Aulia.

Kita senasib.

Carim hanya memandang sahaja tanpa balasan. Biarlah dia menikmati makanan itu dengan bahagia. Dia tak mahu rosakkan mood budak itu.

"Kenapa abang Car nangis?"

Tersentak Carim apabila ditegur sebegitu. Carim mengusap pipinya dan terasa basah di jarinya. Dia tersenyum palsu pada Aulia.

"Oh, bukan nangis sayang. Cuma... pedih sebab tadi potong bawang kan?" Carim memberikan senyuman. Aulia meletakkan sudunya. Matanya kelihatan pandangan maut. Carim terkejut sedikit dengan perbuhan budak itu.

"Abang Car tipu Aulia kan?" Carim tergumam apabila ditegur sebegitu. Bagaimana dia tahu? "Abang Car janji tak nak sorok dari Aulia! Abang janji nak ambil berat sama - sama!!" Dia meraung dihadapan Carim.

Carim terus menarik tubuh badan Aulia ke dalam dakapannya dan cuba untuk menenangkannya. Keduantangan kecil itu menumbuk dada Carim dengan kuat tapi lelaki itu tidak berganjak langsung malah dia masih memeluk.

Biarlah dia lepaskan amarahnya.

Dari dibiarkan dia memendam sehingga mati.

"Maafkan Abang Car okay? Abang Car cuma sedih sikit jer sebab tak ada siapa nak bagi kasih sayang kat abang. Hahaha" dia gelak palsu dibelakang selepas habis bercakap.

Aulia memeluk tubuh badan Carim. Dia terkaku sebentar kemudian bertanya pada abang Carim.

"Abang Car... macam Aulia juga ke?" Aulia menyoal pada Carim. Nampaknya budak ini tahu apa yang jadi padanya. Carim jeling ke tepi dan mengusap lehernya. Dia angguk pelahan.

Aulia memeluk lebih erat berbanding tadi. Dia memberikan senyuman sambil memeluk. Ahh, terasa bahagia bila dipeluk oleh seseorang yang hargai dirinya ini.

"Tak apa. Aulia bagi kasih sayang kat Abang Car! Terima kasih sebab layan Aulia macam princess!!" Dia mengucup pipi Carim beberapa kali. Carim terkaku beberapa minit dan mengusap tubuh badan Aulia.

"Abang pun sayang Aulia..."





"Kau okay?" Fayyan menyoal dengan kedua tangannya diletakkan di atas pagar yang menjadi penghalang di atas jalan raya itu. Carim hanya termenung sambil bersandar di keretanya.

Matanya melihat sahaja suasana Kuala Lumpur itu. Penuh bercahaya yang dikeluarkan dari bagunan. Penuh dengan manusia - manusia termasuk sampah.

"Okay" sepatah dia membalas.

"Ada benda sedih ke berlaku dekat kau sampai pakai cermin mata?" Fayyan menyoal lagi sekali.

Kali ini Carim hanya membisu dan tidak menjawab penyataan Fayyan. Dia akan memakai cermin mata apabila dia terasa sedih atau kecewa. Tidak tahu kenapa dirinya selalu begitu. Mungkin habit.

Fayyan pun membisu sama. Dia tidak mahu memaksa Carim untuk menjawab. Dia memusing ke belakang dan masuk ke dalam perut kereta. Carim pun mengikut sahaja.

Dia melemparkan pandangannya di luar. Dia hanya menikmati pemandangan sambil Fayyan membawa kereta. Dia tiada mood nak bercakap. Dia cuma nak termenung sahaja. Haih, stress.





"Macam mana dengan my baby bear? Sihat?" Lelaki yang mempunyai loghat orang German itu bertanya pada Carim. Lelaki itu hanya anggukkan kepalanya dan menghirup kopi itu.

"Dia sihat jer seperti selalu. Dan jangan risau, aku selalu bagi dia makan. Dia sekarang berisi sedikit"

Lelaki itu ketawa kecil apabila mendengarnya. "Jangan sampai obesiti pula. Nanti dah bukan little bear dia jadi mak paus" Carim hanya ketawa sahaja melihat mendengar kata - kata itu.

"Jadi Raziq, kenapa kau tiba - tiba datang Malaysia ini?" Carim bertanya pada lelaki yang berkacuk German itu. Raziq hanya menguntumkan senyuman sahaja.

"Oh aku? Saja datang sini nak bercuti. Apa salahnya kan? And yes! Sebelum aku terlupa, aku ingat aku nak jumpa Aulia... so... boleh aku pinjamkan dia untuk beberapa hari? Maklumlah rindu"

Panjang lebar dia memberitahu hasratnya. Carim hanya anggukkan sahaja menandakan setuju. Tersengih- sengih Raziq apabila mengetahui jawapannya.

Yes babe! Your second daddy is coming!

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now