bab 16

43 9 0
                                    

"Apa benda itu?" Julia membukak langkah kecil apabila matanya menangkap ada bulu terkeluar di tepi sofa itu.

Rupa macam harimau.

Tetapi takkanlah orang nak bela harimau dalam rumah pula.

Dia menelan air liurnya kerana gelisah. Kakinya makin mendekati ke arah sofa itu. Otaknya tanpa henti overthinking. Takut - takut ada puntianak ke muncul. Naya pak karim.

Kepalanya menunduk sedikit di hadapan sofa itu. Mahu lihat apa benda yang berada di hadapan sofa itu.

Bulat matanya apabila dia melihat ada tubuh badan terbaring di atas tubuh seekor puma. Comel itu comel, tapi kenapa dia kena baring atas haiwan yang makan daging itu?

Dia cuba mendekati pada tubuh yang terbaring dan perutnya dibalut dengan pembalut itu. Rasa takut cuba untuk mengambil alih tubuhnya tetapi Julia lawan.

Tangannya menyentuh kepala lelaki itu.

Turun ke pipinya.

Dan rahangnya ditolak ke atas.

Dapat sahaja melihat mukanya terus tangannya ditarik laju. Cepat - cepat dia berundur. Kepala lelaki itu terangkat. Mukanya sah mengerut.

Aduh mampuslah.

Carim memandang tajam ke arah Julia. Perempuan itu ke yang jatuhkan mukanya dengan kuat? Julia sudah menggigil memandang Carim.

Carim mula bangun. Tubuh puma itu dilangkah. Kakinya berjalan ke arah Julia. Si gadis itu sudah terkebil - kebil cuba nak larikan diri. Takkanlah lelaki ini nak tanam dia dalam tanah pula.

"Kau..."

"SAYA MINTAK MAAF!!!" Terus dia meminta maaf dengan tangannya memeluk kaki Carim. Terkejut habis lelaki itu melihat Julia.

"Dekat kepala kau ada plaster. Kenapa kau mintak maaf?" Dia menyentuh muka perempuan itu dengan lembut.

Ingatkan nak marah aku.

Pantas dia menepis tangan Carim.

"Sikit jer! Bukannya teruk mana... perut awak itu kenapa?"

"Ini? Oh tak ada apa" dia terus menjawab. Julia mengetap giginya dengan kuat. Tangannya yang putih itu menarik lengan Carim.

"Benda itu jadi sebab saya kan?" Dia menyoal.

Carim hanya memberikan pandangan lembut tanpa sebarang balasan. Kalau dia jawab atau tidak jawab, perempuan itu tetap akan berasa bersalah.

Taknaklah dengar jeritan itu kembali...

Akhirnya tangan Carim mengusap kepala Julia dengan lembut.

"Bukan salah kau Julia... kau tak bersalah..."

"Kau dah tahu kan apa yang jadi malam tadi?" Carim hirup air kopinya. Julia hanya termenung sebentar. Otaknya liat cuba nak ingat balik peristiwa malam itu.

Penat oi belari masa itu.

"Ya..."

Carim hanya anggukkan kepalanya selepas mendengar jawapan itu. Kalau dia dah tahu, maka inilah masanya.

"Atas sebab mata aku cuma ada dua pasang. Bukannya 4 bukannya 100. Jadi..." Carim mendekatkan mukanya pada Julia. Julia menelan air liurnya. Dahi mereka hampir menyentuh.

"Kau kena kahwin dengan aku"

"TAK NAK"

"Kau tolak?" Muka Carim kelihatan kecewa. Muka tak hensem ke sampai kena tolak dengan si bunga?

"Bukan tolak... tapi awak tahukan... apa yang jadi 6 bulan yang lepas?"

"Setiap orang ada kisah silam dia. Kau pun baru jumpa aku kan masa malam itu? Ada ke kau jumpa aku sebelum kejadian itu? Kalau pun habya terserempak sahaja" Dia menyoal.

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now