bab 23

26 7 0
                                    

"Awak dah baca?" Julia bertanya dengan matanya dingin memandang. Tak guna, semuanya sudah hancur.

Misi dia berada di sini ialah Julia. Dia perlu pastikan Julia.

Sebab dia ialah kunci!

"Julia semua itu tidak betul... kau jangan percayakannya..." Carim cuba datang ke arahnya. Tangannya diangkat cuba menarik tangan Julia.

"Raziq pun kata yang sama... mesti kauorang dua dah rancang sama - samakan untuk bodohkan saya?" Nadanya menjadi keras.

Fayyan dah racun otaknya.

Tiada penawar.

"Apa yang Raziq kata itu betul. Aku memang pembunuh tapi aku tak pernah ada target dengan ib ubapa kau Julia! Kau fikir aku bunuh orang saja - saja? Aku bunuh orang yang tertentu sahaja..."

"Tetapi benda itu tidak mustahilkan? Betul!?" Julia meninggikan nadanya. Dia memandang bengis pada Carim.

"Aku takkan buat benda itu Julia... kau boleh percayakan aku" Carim cuba memenangkannya.

"Percaya? Apa semua itu!? Awak buat baik dengan saya 10 bulan yang lepas... masa kita pertama kali jumpa... tetapi itu semua lakonan semata - mata, betul!?"

"Tak..."

"Fayyan dah explain dekat saya semualah! Awak tak perlu perbodohkan saya lagi!" Julia belari laju dengan tangannya menolak tubuh Carim.

"Julia Hartini! Julia!"

"Ra... Raziq jaga Aulia, jangan bagi Fayyan sentuh"

"Apa kau merepek?" Raziq bertanya dengan pelik. Dia sungguh pelik kenapa Carim kelihatan tergesa - gesa. Ada sesuatu berlaku ke?






"Julia... kita boleh tenang" dia cuba mendekatkan dirinya pada Julia. Suasana yang sejuk membuatkan tubuh Carim sedijit menggil.

Julia memandang lebih tajam. Tangannya menyeluk dalam poketnya membuatkan Carim terhenti.

Matanya bulat memandang cincin itu. Mana dia dapat cincin itu!?

"Cincin ini saya bagi masa kita kecil... betul? Tapi malam ini saya akan hapuskannya!"

"Jangan Julia... benda itu berharga bagi aku Julia... cuma benda itu sahaja mampu buat aku rasa kau dekat dengan aku Julia... tolong" suara Carim menggigil. Air matanya hampir tumpah kerana Julia melayannya dengan kasar.

"Jangan nak bermanis mulut!" Cincin itu terus dicampak ke sungai Niddamündung. Carim terus belari.

Tanpa rasa takut dia, melompat dari jambatan itu. Julia memandang sahaja Carim yang sudah berada di luar jambatan itu.

"Tolong jangan!" Tangannya terkapai - kapai untuk ambil cincin itu. Dapat sahaja dia pegang cincin itu, dia menggengam kuat.

Matanya memandang Julia yang berada di atas jambatan itu. Dia melihat Julia sudah bersama dengan seorang lelaki. Dia tergumam. Dia sedar badannya bakal terhempas di dalam air.

Dia menutup matanya rapat - rapat.

SPLASHH!!

Julia memandang tanpa sebarang perasaan. Seakan Carim terjun dari jambatan itu tidak membuat dia terkesan.

"Dia mungkin dah mati... terima kasih" seorang lelaki yang berambut putih berkata dibelakang Julia.

"Aku nak habuan aku" Julia berkata mendatar. Lelaki itu hanya tersenyum sinis. "Masih belum habis. Masuk dulu dalam kereta" Julia memandang ke arah sungai itu sebelum dia masuk ke dalam kereta.






"CARIM!! CARIM BANGUN CARIM!!" Tubuhnya digoncang dengan kuat. Tetapi dia tidak mampu bangun.

Sejuk menyengat tubuhnya. Rasa nak mati sahaja.

Dadanya seakan ditekan dengan kuat. Sudah kenapa dadanya ditekan? Rasa nak terbatuk...

Raziq memandang Carim yang sudah pucat lesi itu. "Jangan mati Carim! Kau mati memang hancur!!" Raziq menggoncangkan tubuhnya lebih kuat.

Dia sudah menekan dada Carim, tetapi tidak lepas. Nampaknya ada satu jalan sahaja. Bibir merahnya disatukan pada bibir Carim.

Geli tak geli, aku kena hidupkan dia juga!

"Uhuk!" Terus tubuh Carim terbangun. Dia memuntahkan air dari mulutnya. Carim memandang Raziq dengan buntu dia dekat mana? Dekat padang mashyar ke?

"Syukur kau hidup!" Raziq memeluk tubuh Carim dengan erat. "Lepaslah gila!" Carim menolak tubuh Raziq dengan kuat.

Lima minit dia tersedar, terus dia gelabah. Dia mencari sesuatu di setiap badannya. "Apa kau cari?" Raziq menyoal pada Carim.

"Cincin... cincin itu mana?" Carim berkata keras. Dia hampir - hampir sahaja masuk ke dalam sungai itu kembali nasib dihalang oleh Raziq.

"Ini ke?" Dia menunjukkan cincin itu. "Yes!" Carim merampas cincin itu dengan laju. Dia membelek melihat cincin jika kalau cincin itu betul atau tak.

"Kenapa kau terjun dari jambatan itu huh? Kau gila ke?" Raziq menyoal sambil mereka berjalan semula ke arah rumah Carim.

"Julia campak cincin ini... benda ini berharga sangat, kau kena faham..." Raziq terhenti. "Julia? Aku tadi nampak dia dalam kereta. Dia dengan lelaki, tetapi aku tak tahu siapa"

Carim memandang bulat. Pasti lelaki yang dia nampak sebelum jatuh ke dalam sungai. "Sekejap mana Aulia?" Sebelum dia bertanya soalan sebenar dia bertanya dahulu keadaan Aulia.

"Aku serahkan Aulia pada Aurora. Perempuan itu muncul tepat masa kau matikan telefon" Carim mengerut dahinya. Perempuan itu tahu sesuatu ke?

"Kenapa kau tergesa - gesa Carim?"

"Ada pengkhianat, sebab itu aku dengan Julia selalu kena serang"

"Fayyan kan?" Carim menoleh pada Raziq.

"Macam mana kau tahu?" Dia menyoal. Raziq mengaru pipinya. Tidak tahu dari mana dia patut mula.

"Dia nampak memcuriga, selalu dekat dengan Julia sebelum kau kahwin dengan dia... aku shak dia ada sesuatu"

Dari dahulu lagi? "Tetapi kenapa Julia nampak pelik bila dia kahwin dengan..." kata - katanya terhenti.

Dia belari dan terus menunduk ke bawah katil. Dia terus menarik bagasi keluar dari katil itu. Dia membukak bagasi itu dan tergumam.

Semua barang yang diberikan oleh ketuanya masih ada. Kecuali pendrive yang tersarung pada poket khas.

"Pendrive aku!" Dia menjerit kuat. Pendrive paling penting. Dia hikang pendrive itu memang dia dalam masalah yang besar.

"Pendrive? Ada apa dalam itu?" Dia memandang Raziq. Lelaki itu tidak tahu tentangnya lagi.

"Aku tak boleh cakap" Carim belari dengan tergesa - gesa. Dia perlu dapatkan Julia dengan segera.

Ting tong!

Carim berhenti. Dia berjalan dengan tangannya sudah memegang pistol. Dia memulas tombol pintu itu dan membukaknya.

"Cari Julia?" Aurora bertanya pada Carim. Carim mengetap giginya dan menunduk kepalanya. Dia membisik di tepi telinga.

"Tak perlu risau..." Aurora menoleh ke belakang, "itu pendrive palsu" Carim mengrut dahinya.

"Aku tukar pendrive itu bila kau hantar luggage kau masuk ke dalam kapal terbang" Aurora berkata lagi.

"Buat masa ini kita tiga perlu kerja sama, sebab Julia dah buat satu langkah yang silap" Aurora menyandar tubuhnya pada dinding.

"Apa yang penting cari semula Julia dan kembalikan pada kami dan kau tahu kan apa yang akan jadi bila kau tidak berjaya?" Carim menelan air liurnya.

Raziq memandang pelik pada dua manusia itu. apa ini? Bukankah Carim ini pembunuh dan Aurora hanya pesuruh? Aurora mengeluh dihadapan Raziq.

"Banyak benda kau tak tahu"

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now