bab 26

24 7 0
                                    

"Dia dari tadi duduk diam pandang tingkap kenapa?" Raziq menyoal pada Charlie yang baru habis mandi itu.

Matanya memandang ke arah Carim lalu berpaling ke arah Raziq. "Dia memang macam. Dia pernah tak tidur tiga hari untuk perhatikan keadaan. Selama kau bekerjasama dengan dia... dia tak pernah jadi begitu ke?"

Raziq mengeleng kepalanya. "Tiga tahun aku bersama dengan dia, tetapi dia tak jadi macam itu. Dia cukup tenang. Kalau dia tak jumpa mangsa dia pun... dia masih tenang dan tak ambik serius"

Charlie membuat mulutnya menjadi 'o'. "Oh kau tak tahu apa yang jadi dekat Echo ya?" Raziq dan Mikko memandang Charlie dengan pelik.

Ada yang dia terlepas ke?

"Kau tanyalah dia sendiri. Aku tak berani nak cakap. Ciao" Charlie beredar dari bilik itu. Raziq dan Mikko memandang antara satu sama lain.

"Carim"

"Apa dia?" Carim memandang ke arah Raziq dan Mikko. Mereka tergumam apabila melihat muka Carim. "Kenapa pandang aku macam itu?"

"Kau menangis"

Carim terkedu apabila mendengarnya. Dia menyentuh mukanya dan terasa air yang hangat.

Aku dah lama tak menangis.

Kenapa hari ini?




"Itu ke Noah?" Mikko menyoal pada tiga jejaka itu. Kenapa dia tidak henti bertanya? "Kau kenapa Mikko? Dari tadi tanya?" Akhirnya Charlie bersuara.

"Sebab dia nampak hensem pula. Aku tengok Fayyan dulu muka macam mayat jer tapi kali ini memang hensem habis"

Lah ke situ pula dia pergi.

"Bodoh. Fokus! Muka Fayyan dan Noah nampak lain sebab dia pakai masklah! Kau ini" Raziq menjentik dahi Mikko.

"Dia bergerak" Carim bersuara apabila Melihat Noah sudah mula bergerak masuk ke dalam kereta.

Kebetulan juga dia dapat lihat Julia yang berpakaian klasik dan anggun. Lama dia memandang pada wanita itu. Dia nampak lain pada malam ini.

"Jom" Carim mula bangun dan pergi kebelakang diikuti oleh Charlie. Mikko dan Raziq masih bingung tetapi tetap mengikutnya.

Yelah, dah dia seorang sahaja faham apa yang perlu dibuat.

"So apa kita nak buat?"

"Pakai ini" Carim campak topeng muka ke arah Mikko, Raziq dan Charlie. "Kauorang dua perlu menyamar jadi pelayan" dia menunjuk ke arah Raziq dan Mikko.

"Habis itu kau dengan Charlie?" Mikko bertanya dengan nada tidak puas hati.

"Selebriti" Charlie tersengih - sengih pada Mikko dan Raziq. Lelaki jepun itu sudah mengetap gigi dengan tidak puas hati.

"Asal kitaorang tak dapat watak gempak huh!?" Mikko hampir menerkam Carim tapi dihalang oleh Raziq.

"Ciao Mikko und Raziq!" Charlie melambai sebelum meninggalkan mereka berdua.

"Sial! Dia memang busuk hati, Raziq! Kita yang susah payah dengan dia... sampai hati dia buat kita begini tak guna!" Mikko memeluk erat tubuh Raziq macam budak.





"Sedia?"

"Ja" Charlie membalasnya. Mereka berjalan serentak dan menolak pintu dewan hotel itu dengan berkarisma.

Charlie mengacah membetulkan koler bajunya dan Carim membetulkan rambutnya. Matanya terpaku pada Julia dan Noah. Mereka duduk bersama ya?

"Mempersembahkan, tetamu terhormat kita, Albert Hector dan Arthur Hexley!" Ramai menepuk tangan apabila mereka memasuki ke dalam bagunan itu.

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now