bab 14

50 12 2
                                    

"Cik muda... Cik perlu pakai pakaian ini" Aurora memberikan pakaian di tangannya. Julia memandang mushkil. Dari atas sehingga bawah dia pandang.

Siapa pula manusia ini?

"Siapa awak? Macam mana boleh masuk rumah ini!?" Dia bertanya keras. Aurora hanya memandang tanpa perasaan. Nampaknya wanita ini tidak ingati dirinya yang bertungkus lumus cuba jaga dan rawatnya.

"Ini arahan dari Tuan Benjamin... sila pakai... Tuan Benjamin sedang tunggu Cik muda di luar" pintanya.

Julia mengetap giginya. Dia takkan pakai baju itu selagi dia masih belum tahu bagaimana manusia dihadapannya boleh masuk ke dalam rumah ini.

Macam mana kalau Carim tahu ada orang laij sudah ceroboh rumah ini!? Pasti dia bunuh dirinya! Dia mengetap giginya dengan kuat.

"Saya tak nak pakai!!"

"Jangan buat saya macam ini, cik muda... cik muda tolong bagi kerja sama boleh?" Lembut Aurora bertanya. Kalau dia masih berdegil, nampaknya cara lembut tak jalan. Perlu pakai cara kasar.

"Saya tak-"

Mata Aurora kelihatan seperti mahu bunuh Julia. Badannya sudah bergerak ke hadapan, tangannya bersedia untuk cebgkam muka Julia.

Crak!

Bunyi seperti tulang patah tapi sebernanya tidak. Aurora menghentak tapak tangan tepinya di leher Julia. Automatik Julia tidak sedarkan diri dan rebah dalam dakapan Aurora.

"Maafkan saya cik muda"









"Erm..." bunyi pelahan di tangkap oleh telinga Aurora. Nampaknya dia sudah sedar. Aurora masih tenang dan memakaikan alat solek ke muka Julia.

Tudung putih elok sahaja disarung. Bajunya yang kelihatan seperti 'dress' tersarung dengan baik. Dahlah bajunya lawa, sesuai dengan pemilik badan ini!

"Apa ini?" Julia tersentak apabila melihat mukanya berubah sepenuhnya di cermin. Mukanya berubah macam cinderella! Lawanya! Laju dia menoleh ke arah Aurora.

Pasti ini angkara manusia ini.

Tapi dia tak menghalang. Dia sudah jatuh cinta dengan mukanya yang dihias oleh manusia yang dia tidak kenal.

Tak mengapa. Hari ini dia lepaskan. Lain esok dia takkan lepaskan.

Tok! Tok!

Aurira dan Julia berpaling ke arah pintu apabila mendengar ketukkan pintu. Tombol pintu dipulas membuatkan Julia rasa gugup.

Siapa pula yang masuk?

Badannya terkejut. Carim? Sudah kenapa Carim berada di dalam rumahnya dan berpakaian yang sangat segak? Tuksedo bewarna hitam sangat segak ditubuhnya.

Hensam woi!

Matanya jatuh ke pakaian yang disarung di tubuhnya.

Baju putih.

Baju Carim warna hitam.

Hari ini nak kahwin ke!?

"Bukan hari ini kita kahwin Julia" dia berkata seolah dia dapat membaca fikiran Julia. Tahu - tahu sahaja lelaki itu.

"Siapa perempuan ini, Carim?"

"Pekerja aku. Victoria Aurora"

Namanya pun sudah lawa, muka perempuan itu lagi lawa! Aurora menunduk sedikit menandakan hormat pada tuannya. Julia hanya memandang sahaja pada Aurora.

Kenapa dia menunduk?

"Selamat malam Tuan Benjamin" Julia berpaling laju ke arah Carim yang sedang bermain dengan telefon pintarnya. Nama dia Carim Haidar tapi kenapa Aurora memanggilnya Benjamin?

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now