bab 8

67 15 0
                                    

"Uncle Raziq!" Aulia menjerit riang apabila dia melihat kelibat lelaki itu. Raziq tersengih sahaja sambil memeluk tubuh badan Aulia lalu dukung tubuh anak kecil itu.

"Aulia my little bear! Rindunya Aulia... Aulia rindu uncle?"

"Rindu! Rindu sangat - sangat!!"

Carim bertungkus lumus mengangkat beg pakaian milik Aulia untuk dimasukkan ke dalam kereta Raziq. "Jaga dia elok - elok" pesan Carim pada Raziq. Lelaki itu hanya anggukkan kepalanya sahaja.

"Aku tahulah. Aku anggap Aulia ini pun macam anak aku... eh tapi kau, jaga diri" Carim hanya anggukkan kepalanya. Aulia sempat salam tangan Carim sebelum meninggalkan Carim di dalam rumah dua tingkat itu.

Aulia melambai laju apabila sudah masuk ke dalam perut kereta. Gembira betul apabila dapat bercuti dengan lelaki itu. Carim hanya tersenyum gembira apabila melihat Aulia teruja.

Apabila kereta yang dipandu oleh Raziq sudah beredar dari rumahnya, dia memusing untuk ambil beg pakaiannya dan kunci kereta. Kemana dia mahu pergi? Jumpa dengan mak mentua.

Mak mentua mana pula? Makwe pun tak ada. Hampeh! Mestilah nak jumpa mak. Tapi mak tiri.

Carim bersiul panjang sambil mengambil begnya yang tertulis Hayashi - Ha. Apabila dia sudah pasti dengan semua barangnya sudah diambil dan tiada pun tertinggal, dia terus mengunci pintu dan meletakkan begnya di dalam bonet kereta.



"Carim! Ya allah lama tak nampak Car!!" Perempuan yang berumur 50an itu belari anak ke arah Carim. Lelaki itu hanya tersenyum sahaja apabila melihat ibu tirinya sudah tidak sabar menyambut kepulangannya. Tidak sia sia dia memandu hampir 8 jam dengan kena hadap masalah trafik.

"Carim sihat? Makan dekat sana macam mana? Okay?" Puan Hajar ibu tiri kepada Carim tanpa henti menyoal hal hidup Carim. Tanpa rasa janggal Carim menjawab sahaja dan melayan sehinggalah dia melangkah masuk ke dalam rumah itu.

Matanya memandang sekeliling rumah itu. Tiada perubahan. Masih kekal seperti dahulu. Puan Hajar menepuk belakang Carim beberapa kali.

"Mana cucu mak?" Carim tersengih sahaja.

"Kawan Car culik Aulia bawa pergi bandung" muka Puan Hajar yang tadi ceria terus jadi mendung dan monyok. Lah merajuk terus.

"Alah Hajar, biarlah budak itu rehat, kamu ini pun! Manja benar dengan anak angkat si Car tu" Encik Bahruddin terus menegur isterinya. Bertambah monyok muka Puan Hajar.

Alah orang rindu dekat cucu pun tak boleh. Tak adil!

"Eleh, sekurang - kurangnya saya tak macam abang. Menangis sampai keluar hingus hijau hanya sebab rindu dekat cucu ceh" kerana tidak mahu mengalah, Puan Hajar mengungkit perkara 5 bulan yang lepas.

PAP!

Surat khabar yang tadi dibaca terus ditutup dengan kuat. Matanya terbeliak selepas dia mendengar rahsianya. Aduhai isterinya sudah pecahkan rahsia yang memalukan.

"Lepastu apa jadi eh? Oh ya, demam seminggu sebab rindu Aulia. Kan Dani? Dani kena jaga ayah sampai pagi buta, betul tak?"

Anak pertama Puan Hajar dan Encik Bahruddin iaitu Dani Faris hanya anggukkan kepala sahaja. Dah memang betul. Carim terketawa kecil apabila setiap satu persatu rahsia ayah angkatnya diberitahu.

"Sudahlah Hajar, kamu ini kalau tak puas hati semua benda nak diungkit" Encik Bahruddin hanya gelengkan kepalanya dan berjalan menuju ke dapur untuk mengambil air kopi o.

Puah Hajar tersenyum puas apabila serang balasnya berjaya membuatkan suaminya mengalah. Inilah kuasa wanita!

"Ha Carim, dekat lauk tu, ada makanan nanti kamu makanlah eh? Mesti penat lepas bawa kereta itu" Puan Hajar memberitahu padanya.

Carim anggukkan kepalanya menandakan faham sebelum dia masuk ke dalam biliknya. Suis lampu ditekan untuk menyalakan lampu bilik. Matanya bergerak melihat keadaan bilik itu. Sama sahaja tiada beza. Dia meletakkan beg pakaian yang dibawa di tepi katil.

Tuala mandi dia ambil lalu berjalan keluar dari biliknya. Rumahnya tidak meriah sangat kerana sedara mara tidak hadir. Kalau ada? Memang rumah ini penuh dengan manusia.

Kakinya menuruni tangga kayu itu untuk pergi ke tandas. Seperti biasa suis lampu perlulah dihidupkan. Kalau mandi tak ada lampu, silap - silap tak sedar mandi dengan benda. Hohoho.

Kakinya melangkah sahaja masuk ke dalam tandas yang sedikit sempit itu. Pintu ditutup dan dia sedia untuk mandi. Ketika dia sibuk mandi secara tiba - tiba lampu tandas mati.

Badannya tersentak apabila dia sudah sedar dia dalam keadaan gelap. Tangannya terkapai - kapai cuba mencari tombol pintu dan ingin memulas. Tapi tidak berjaya. Dia pulas dan pulas tetapi pintu tidak terbukak.

Rambutnya diraup kasar, jantungnya sudah berdegup laju. Dia amat takut dengan keadaan gelap dan ruang yang sempit. Kakinya tiba - tiba lemah dan terjatuh melutut di atas lantai tandas.

Tangannya tanpa henti menyentuh lehernya seakan - akan dia tidak mampu bernafas. "Mak... a... ayah... to... tolong" tergagap - gagap dia berkata dengan tangannya menyentuh pintu itu.

Trauma masa lalu kembali mengingatinya. Badannya lemah kerana takut dan terkenang dengan perkara lama.

"Kau anak sial!"

"Pergi mati!"

"Mak... mak... sakit mak..." Carim sudah rebah di atas lantai dengan matanya berair. Peristiwa yang gelap mengulang kembali di matanya.

Tanpa henti dia menyeru ibu bapa tirinya. Matanya makin lama makin tertutup sehinggalah ada cahaya sinar dimatanya membuatkan Carim makin ingin menuntup matanya kerana pedih.

"Abang! Tolong Carim! Tolong tahan nak..."







"Carim! Bangun!" Pelahan - pelahan krlopal mata Carim dibukak. Bibirnya sudah bewarna pucat dan bawah matanya sudah bengkak. Badannya langsung tidak mampu bergerak.

Perkara pertama dia melihat ialah seoarng wanita. Tetapi dia tidak mampu ingat. Mukanya kabur sahaja. Tangan Carim yang lemah itu cuba untuk menyentuh muka wanita itu. Pelahan tangannya mengusap pipinya.

Tangan wanita itu menyentuh tangan Carim dan muka wanita itu dekat dengan muka Carim membuatkan cahaya yang sinar ke mukanya terlindung. Mata karim mengecil cuab untuk melihat muka wanita itu lebih jelas.

UKHH!

Carim terkejut apabika dia terasa lehernya sudah dicekik dengan kuat. Matanya terbukak luas apabila dia dapat melihat muka wanita itu dengan jelas.

Muka wanita itu tersenyum gila dengan mata bulat diikuti anak mata mengecil. Tangannya mencengkam leher Carim dengan kuat hingga muka Carim sudab naik merah menandakan dia sudah tidak mampu bernafas.

"Kau memang anak sial! Tak guna aku lahirkan kau! Dasar anak haram!" Badan Carim bergerak - gerak dengan tangannya emboalk tubuh itu ke tepi tapi dia tidak berdaya. Badan wanita itu terlalu kuat.

"Kau memang patut mati anak haram" tangan wanita itu cekik leher Carim lebih dalam sehingga Carim terbatuk - batuk. Matanya kini ingin menutup.

"Ya! Ya! Kau memang patut mati, sial!"

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now