bab 9

59 12 0
                                    

"MAKK!!" BadanCarim terus terbangun sambil berteriak memanggil ibu tirinya. Terkejut Puan Hajar apabila melihat muka Carim yang dalam ketakutan itu.

Terus dia memeluk tubuh Carim dengan erat. Beberapa kali dia mengusap tubuh Carim bagi dia tenang. Air mata hangat jatuh ke bahu Puan Hajar.

"Carim... istighfar nak... ingat allah"

Pelahan dia memujuk anaknya. Carim terus menangis dibahu Puan Hajar. "Carim takut mak... takut dia muncul lagi... dia cekik Carim" Carim tersedu - sedu di dalam pelukan ibu tirinya.

Puan Hajar hanya membisu sahaja. Aduhai, kenapalah malam itu tiada elektrik? Badan Carim ditolak ke hadapan kerana Puan Hajar mahu melihat muka Carim.

Mata Carim sudah berkaca kerana air matanya keluar. Tangan seirang ibu mengusap muka Carim dengan penuh kasih sayang.

"Jangan... nangis ya? Benda lama kita cuba lupakan ya?"


Suara wanita terjerit - jerit meminta bantuan seraya memanggil suaminya apabila melihat susuk tubuh di tepi pokok. Ramai - ramai datang ke tempat itu. Mereka sangkakan ada tubuh mayat yang terbaring di tepi pokok kerana tubuh mayat itu kelihatan sudah macam mayat.

Rupanya seorang budak yang masih hidup. Tangan patah, seluruh tubuh penuh dengan kesan luka yang parah. Muka dihiasi dengan lebam. Puan Hajar adalah orang pertama yang sedar intiti tubuh itu. Dia amat terkejut apabila melihat tubuh itu.

"Panggil Ambulans!" Seorang lelaki mengarah rakannya untuk membuat panggilan ambulans. Ada beberapa orang bantu budak itu naik ke atas. Cahaya lampu yang menyinari ke arah tubuh Carim. Ramai - ramai dapat melihat keadaan budak itu.

"Ya allah... ini bukan ke budak yang kena culik itu?" Orang yang berada di situ mula berbicara. Mereka terkejut apabila mereka semua sedar bahawa budak itu adalah budak yang terlibat dengan kes culik dan polis sedang mencari.

Siapa yang lakukan pada anak kecil itu?
Mereka syaitan!

"Adik... apa nama adik?" Lelaki yang bernama Danial bekerja sebagai polis itu menyoal pada budak itu. Sejurus budak itu sihat dari kecederaan mereka terus menbuat siasatan pada budka itu.

"Na... nama... nama saya... Carim Haidar" mereka hanya berdiam membisu. Jadi barlah budak yang dijumpai ini ialah mangsa penculikkan. Mereka terus bertanya dan bertanya tanpa henti.

Tetapi tiada jawapan. Carim hanya membisu. Mulutnya pucat dan bawah mata gelap. Dia sudahlah tidak cukup makan dan badan semua penuh dibalut.

Carim hanya membisu seakan - akan dia tidak mahu polis itu mengetahui apa yang terjadi padanya. Dia mahu menyorok seribu satu rahsia padanya.

Polis yang membuat siasatan itu tanpa henti dan berputus asa bertanya. Mereka mahu tahu apa yang berlaku padanya. Kerana bukan Carim seorang sahaja diculik oada bulan itu tapi ada 15 budak yang lain pun diculik sama.

"Carim kena bekerja sama... Carim ingat tak muka mereka?" Danial bertanya. Dia menunjuk setiap satu gambar kanak - kanak yang hilang itu. Carim hanya memandang sahaja.

"Mereka semua dah mati" jawabnya. Danial terkejut apabila jawapan itu dikeluarkan. Mereka tidak percaya dan Carim tidak menafikan.

Beberapa bulan selepas Carim dijumpai, satu demi satu mayat kanak - kanak yang hilang dijumpai. Danial bertambah mushkil. Bagaimana budak ini dapat terlepas? Sedangkan yang lain sudah mati.

Puan Hajar dan Encik Bahruddin menjadi ibu bapa tiri kepada Carim. Mereka menjaga Carim dengan baik. Jaga seperti seoarang ibu bapa yang sebenar. Dani pula jadi kawan Carim. Mereka menjalani hiduo yang baik.

Tetapi trauma yang lama tetap kesan pada seorang budak yang bernama Carim Haidar sehingga kini.

Tiada ubat.

Dendam mengawal diri.

Kerana itu dia memilih membunuh orang yang melayan orang lain seperti syaitan.

Munculnya seorang budak yang bernama Aulia yang bernasib seperti Carim. Melayan kanak - kanak kecil itu seperti puteri. Melayan budak itu seperti mana Puan Hajar dan Encik Bahruddin melayannya.

"Tenang" dia melabuhkan punggungnya di atas pasir sambil melihat laut. Tenang dia memandang pemandangan itu. Menikmati suasana itu sambil mata dia menutup.

"Carim?" Sudah. Siapa pula kacau dia ini masa dia cuma nak menenangkan otak fikirannya ini? Kepalanya menoleh untuk melihat orang yang menegur itu.

Lah dia rupanya ingatkan siapa tadi.

"Julia? Apa kau buat kat sini?" Soalnya.

Julia duduk disebelah Carim. Mahu sama - sama menikmati pemandangan di tanah air terengganu ini. Dia menyerahkan sampul surat pada Carim sambil meminta dia membukak sampul surat itu.

"Kau nak bernikah?" Carim menyoal terkejut. Bukan ke sebelum ini tunangnya selalu mengelak apabila menyebut hal perkahwinan? Pelik!

"Haa! Dia tiba - tiba ajak bernikah, gembira betul saya" Julia mengukir senyuman besar. Nampak betul dia bahagia. Carim hanya anggukkan kepalanya.

Tak tahu nak gembira atau sedih.

"Tahniah" sepatah sahaja keluar dari mulutnya. Julia hanya mengusap lehernya kerana terasa janggal apabila mereka berdua duduk di sini dan kedua - dua membisu.

Tentang nikah sudab dibicara. Sekarang nak cakap apa pula?

"Aku pergi dulu" Carim terus bangun dan menepuk punggungnya yang ada kesan pasir itu. Terkebil - kebil Julia apabila melihat lelaki itu mahu pergi.

"Eh awak pula buat apa kat sini?"

"Jumpa mak aku" jawabnya pantas. Kakinya melangkah laju tinggalkan Julia dibelakanh.




"Uhuk!" Terbatuk - batuk Carim kerana tersedak selepas minum air teh o ais. Kening kanan Puan Hajar terangkat apabila melihat gelagat Carim itu.

"Dah kenapa kamu terperanjat lain macam? Mak cuma mintak kamu tolong Makcik Farza tu. Anak dia nak bernikah. Apa yang nak terkejutnya?" Dia menyoal kerana hairan dengan Carim.

"Anak dia? Apa nama anak dia?"

"Julia Hartini"

"Uhuk! Uhuk!" Lagi sekali dia batuk apabila mendengar nama wanita itu. Dah kenapa maknya nak heret dia pergi ke sana pula? Ee bencinya.

"Suruhlah Dani pergi, mak" sengaja dia merengek di hadapan maknya.

"Dani memang ikut. Yang kamu ini kenapa Carim? Tak pernah - pernah mengelak tiba - tiba hari ini mengelak. Peliklah mak" Puan Hajar mengeleng kepalanya.

Muncung sahaja bibir Carim kerana terpaksa akur dengan perintah ibu tirinya. Kalau dia pergi, mesti jumpa mamat itu. Menyampahlah.

"Carim, nanti kita pergi rumah Makcik Rabiatul. Kenduri anak dia buat kat sana. Ha jangan kamu nak lari pula eh. Lari, mak cari kamu" Carim angguk kepalanya dengan pasrah.

"Ya mak, ya. Carim tak lari pun. Carim tolong mak ya? Gaul semua benda. Gaul rendang, gaul dodol, semualah!" Puan Hajar terketawa kecil apabila mendengar.

Kerja Carim kalau setiap kali datang tolong nak sediakan persiapan kenduri mesti kena gaul lauk dekat kuali besar. Kenapa? Sebab dia sado. Kalau nak harap pakcik - pakcik surau itu, silap - silap pinggang dah patah dua.

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now