bab 4

97 14 1
                                    

"Aulia sini" Carim memanggil Aulia dengan lemah lembut. Tangannya memegang getah rambut beserta dengan sikat. Kaki kecil itu membukak langkah pada Carim, kemudian duduk dihadapan Carim.

"Aulia okay?" Carim menyoal dengan tangan menyikat rambut Aulia dengan lembut. Aulia hanya anggukkan kepalanya sahaja.

"Aulia nak jumpa kak Julia boleh?" Terhenti gerakan Carim apabila mendengarnya. Ha sudah, nak cakap apa? Boleh? Atau tak? Carim memberikan senyuman yang dibuat - buat.

"Nanti abang tanya dia. Aulia duduk sini sekejap ya" anak kecil itu hanya anggukkan kepalanya dan membiarkan Carim mendandan rambutnya. Selepas 30 minit siap juga rambut Aulia.

Rambutnya kelihatan kemas dengan ikatan braided bun. Nampak comel sahaja bila dilihat dari belakang.

"Terima kasih abang Car!!" Ceria sahaja dia berterima kasih pada Carim. Tak mengapa, budak itu bukan selalu dapat kasih sayang dari ibu bapanya.

Ops lupa, ibu bapa dia sudah mati.

"Sama - sama kasih, Aulia... Aulia jom, kita pergi jalan - jalan" Carim menghulurkan tangannya lalu disambut dengan tangan kecil itu. Mereka berjalan keluar dari rumah itu kemudian masuk ke dalam perut kereta.

Kereta yang dipandu bukanlah lambhogini tapi hanyalah kereta BMW. Alah kereta biasa - biasa jer. Asalkan kereta itu mampu dipandu sudah cukup.

Stereng kereta diputar dengan cermat. Kereta itu juga dipandu dengan pelahan. Dia hanya memandu kereta dalam keadaan selamat kalau bersama dengan orang tercinta.

Ceh.

Tapi kalau bukan orang tercinta pula, bagaimana?

Macam ini.

"WOI BERHENTILAH! KAU BAWA MACAM NAK BUNUH ORANG!!"

"Memang malam ini aku nak bunuh kau. Sebab itu aku culik engkau. Baru tahu ke?" Carim membalas dengan santai. Fayyan mukanya amat tenang sedangkan jantung sudah berdegup bagaikan mahu tercabut.

Kereta lambhogini bewarna black rose dibawa dalam keadaan laju. Malah Carim siap belanja membawa dalam keadaan drift ala ala macam cerita Fast furious.

"WOI TOLONGLAH SURUH KAWAN KAU BAWA PELAHANNN!!"

Jeritan itu tidak dipedulikan, Carim menekan minyak sekuat yang mungkin dan kereta itu dipandu dengan laju. Tetamu yang tak terhormat itu sudah berserah pada tuhan dan Fayyan pula sudah redha.

Kalau mati dalam kereta mewah, memang rezeki tetamu itu.





"Abang car?" Aulia menyeru lelaki itu. Tapi lelaki masih termenung pandang kedepan. Tangan kecil itu terus menampar peha kaki lelaki itu. Terperanjat lelaki itu dibuatnya.

"Sakitlah!" Dia menjerit kecil apabila rasa sakit itu terasa.

"Abang Car termenung apa?" Anak kecil itu menyoal. Carim hanya pandang lalu mengangkat kedua bahunya. Dia pun tak tahu apa dia termenung.

"Dahlah jom!" Carim menanggalkan tali pinggang keledarnya kemudian membukak pintu keretanya yang disebelah.

Tangannya macam biasa akan memegang erat tangan Aulia. Takut - takut budak ini lesap ditelan manusia dalam bagunan ini. Seram oii.

Mereka berdua memasukki bagunan yang penuh dengan manusia. Pelbagai gelagat manusia dapat dilihat. Ada yang sedang ninum air, ada juga sedang melihat telefon.

Tapi semua itu tidak diambil kesah.

Benda pertama yang mereka cari adalah, kedai mainan. Kedai mainan bagaimana? Mestilah toys'r'us. Siapa yang meminta? Tak ada siapa minta, memang lelaki si kaki bunuh itu yang nak pergi.

"Abang car kenapa nak pergi sini?"

"Nak beli mainan"

"Abang Car minat mainan apa? Atomen?" Aulia bertanya dengan bersungguh - sungguh. Carim hanya memandang sahaja. Alangkah bagusnya dia dapat menelan budak itu tanpa sakitkannya.

"Tak. Abang minat Happy tree friend" balasnya selamba. Aulia memusing kepalanya kerana dia tidak faham. Carim hanya memberikan sengihan lalu menolak tubuh badan Aulia kehadapan dengan lembut.

"Pilihlah apa - apa nanti, abang bayarkan" Aulia memandang kaget pada Carim. Budak kecil itu memandang pelik seperti dia salah dengar. Carim ketawa kecil kemudian dia anggukkan kepalanya sahaja.

"Ee sayang abang Car!!" Aulia memeluk tubuh badan Carim dengan erat kemudian belari ke arah rak permainan. Carim hanya memandang menggelengkan kepalanya dengan pelahan.

"Comel betul budak tu..." Carim memuji seraya matanya menumpu ke arah telefon pintarnya yang berjenama Samsung itu.



"Kenapa pilih mainan ni Aulia?" Carim menyoal sambil dia menggaul air tea o ais dengan straw plastik. Aulia hanya merenung kemudian memusing ke arah atas. Mungkin sedang mencari ilham untuk diberikan jawapan padanya.

"Sebab Aulia suka!!" Balasnya teruja. Carim hanya memberikan pandangan sahaja. Dia ketawa apabila mendengar jawapannya. Polos betul.

"Okay" dia membalas bersahaja. Aulia memeluk 'mainan' itu dengan teruja sekali. Mainan apa sampai berjaya mengambil hati Aulia? Ya Julia Hartini ialah mainan yang dimaksudkan oleh Carim.

Muka Julia kelihatan bingung. Sudah kenapa dengan semua orang? Kenapa panggilnya mainan? Kenapa dia diheret dan dibawa ke kedai yang bernama orkid ni?

Julia cuba membukak mulut tapi Carim hanya gelengkan kepalanya menandakan jangan menyoal apa - apa. Aulia memeluk lengan Julia dengan erat seperti tidak mahu lepaskannya.

Sayang betul.

"Akak Julia... tolongg ambilkan air milo tuu" mulutnya muncung ke hadapan. Terkejut dia melihat keadaan Aulia yang begitu comot dengan kesan kuah laksa itu.

"Ee comotnya Aulia!! Sini biar kakak tolong" pantas Julia mengambil tisu dan lap bibir Aulia yang comot itu. Aulia hanya terkaku sahaja memandang Julia.

"Akak ini sesuailah jadi mama Aulia!"

Bunyi tesedak air kedengaran kuat diikuti dengan batuk tanpa henti. Rupa Julia sudah berona merah kerana malu. Aulia memandang pelik melihat kedua perangai manusia dihadapannya yang kelihatan ganjil.

"Aulia... kakak Julia itu dah ada boyfriend! Mana boleh jadi mama Aulia sayang" Carim mengambil tubuh badan Aulia lalu diletakkan di atas ribanya. Carim memberikan kucupan pipi di Aulia.

Julia hanya memandang sahaja. Mesti untuk kalau kahwin dengan Carim ini. Penyanyang dan Sweet.

Sweet seperti madu?
Pasti?
Ke masin seperti darah?
Yang mana satu benar?

Kepala Julia menunduk kebawah apabila dia sedar dia dapat notifikasi dari seseorang. Di mengesek skrin telefonnya ke atas untuk baca mesej yang dihantar itu. Selepas dia membaca, dia mengambik beg tangannya.

"Saya kena pergi dulu" kakinya hampir melangkah tapi dihentikan oleh Carim yang sedang memegang tangan Julia.

"Jaga diri. Jangan jadi macam enam bulan lepas..." Carim melepaskan pegangannya. Julia mengenyit matanya sambil tersenyum.

"Jangan risau. Saya takkan susahkan awak. Thank you selamatkan aku" Julia melontarkan senyuman sebelum meninggalkan Carim. Hatinya berombak laju. Memori lama buat dia teringat kembali.

Kakinya terhenti dan tangannya menggengam kuat bajunya. Nafasnya cuma untuk dikawal.

"Tenang. Benda lama biarkan. Kita fokus ke hadapan" Julia melangkah ke hadapan dengan matanya fokus memandang ke depan.

Nampakny perkara lama masih menghantuinya.


PEMBUNUHWhere stories live. Discover now