bab 22

27 9 0
                                    

"Kau dah okay?" Carin melabuhkan punggungnya di sebelah Julia. Dia melihat tubuh Julia yang masih menggigil.

Masih takut?

"Shushh... i am here babe" dia menarik tubuh Julia dalam dakapannya. Dia mengusap lembut tubuh Julia.

"Kenapa awak masih nak ambil saya huh? Kenapa tak biarkan saya mati jer?" Julia menyoal dengan tangannya mengesat air matanya.

"Aku tak tahu" dia masih bekeras tidak mahu menjawab. Jika dia mampu, dia mahu berkata dia amat sayangkan wanita ini.

Tapi perasaan itu.

Patut ditanam sahaja.

"Tak ada siapa suka kaulah budak sial!"

"Kau bawa bala dalam hidup orang! Dasar tak guna!!"

Carim menutup matanya dengan tangannya mengusap pelahan pada badan Julia.

Tidak mengapa.

Biar aku telan semua perasaan pahit ya?

"Okay?" Dia menyoal kembali. Julia mengangguk pelahan. Lelaki ini tetap melayannya baik walaupun dia sudah sakitkan hati lelaki itu.

Hatinya budiman sungguh.

"Sekarang kita dekat Frankfurt... german, aku pasti kau tahu. Aku harap bila kita dekat sini kita takkan hadap apa - apa okay?"

"Anggap jerlah ini honeymoon okay?" Carim mengusap lembut muka Julia. Dia mahu menenangkan otaknya walaupun baru sahaja semalam mereka kena hadap dengan serangan tembakan.

Haih.

Siapa ya pembelot itu?




"Tak apa ke Aulia dengan Raziq? Tak menyusahkan dia?"

"Jangan risau, dia lagi suka kalau bersama dengan Aulia. Jangan sibuk fikirkan mereka, okay sevgilim?"

Apa benda sevgilim?

"Oo... okay"

"Aulia akan lagi selamat kalau dengan Raziq... sebab itu aku serahkan budak itu bersama Raziq, faham?" Kepala Julia mengangguk faham.

"Jadi kita nak pergi mana?"

"Jom" dia menarik tangan Julia dengan kuat masuk ke dalam bagunan stesten kereta api.

"Duduk sini diam - diam. Aku nak beli tiket" Julia memerhati sekelilingnya. Sesak dengan manusia - manusia yang berjalan laju mengijut stesen masing - masing.

Ada juga yang bawa basikal.

Hebat!

"Jom" dia menarik tangan Julia kembali. Kaki menaikki setiap anak tangga. Julia memandang pemandangan yang ada dihadapannya. Banyak bagunan lama.

"Kita nak pergi mana?" Dia menyoal dengan matanya tidak henti melihat sekelilingnya.

"Hauptbahnhof, Frankfut" Carim menjawab pertanyaan Julia. Matanya memandang dari atas hingga bawah.

Comel jer.







"Wah! Lawanya tempat ini" Julia tersenyum hingga ke telinga. Terpesona keadaan tempat ini. Lawa sahaja bagunan dan pemandangan di sini.

"Aku tahu. Tak sia - sia Raziq rekomen kita datang sini" Carim tersenyum kecil. Julia membetulkan tudungnya sebelum memegang tangan Carim.

"Jom kita pergi!" Julia tersenyum manja pada Carim. Carim tersentak dengan senyuman itu. Bukan ke dia bencikan aku? Kenapa dia berubah?










"Coklat dia sedaplah..." Bisjut yang disaluti dengan coklat dimakanboleh Julia. Enak sangat biskut itu sampai beli dua bungkus.

Carim memandang telefon pintarnya dengan lama. Dia mendengus pelahan. Takkanlah dah berada di negara orang pun masih diganggu?

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now