𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 3

10.9K 586 29
                                    

"Fawish" sapa Izrail yang baru sahaja tiba di rumahnya itu.

"Kenapa kau suruh aku cepat balik ni? Siapa serang kita?" tanya Izrail. Fawish meraup wajahnya.

"Adik aku kena tikam"

"Haaa?? Mac..." belum sempat Izrail menghabiskan ayatnya Hayder sudah menyampuk perbualan dia dengan Fawish.

"Daddyy! Daddy! Daddy! Ayder nak mommy tu!"

Seluar Izrail ditarik-tariknya. Izrail memandang tepat ke arah anak lelakinya itu dengan kebingungan. Fawish hanya mendiamkan diri. 

"No, Ayder! She cannot be your mom!" , tegas Izrail.

"But she promise to be my mommy"

"When daddy said no means no! Go take a bath!". Hayder memuncungkan mulutnya sebelum di bawa naik ke atas oleh pembantu rumah Izrail  untuk membersihkan dirinya.

Dah kenapa dengan anak aku ni! Tak pernah buat perangai hari ini buat perangai!

"Asal dengan anak aku tu?"

"Entahlah, aku pun terkejut dengar Ayder cakap macam tu" jawab Fawish.

"Haa, macam mana adik kau boleh kena tikam dan apa kaitan dengan Ayder?"

"Ayder hilang tadi". Dia hanya menjawab dengan ringkas diterangkan banyak pun tak ada guna yang penting sekarang keadaan adik dia.

"What?? Kau baru nak bagitahu semua ni dekat aku sekarang ke? Asal kau tak nak bagitahu aku tahun depan sekali?" Sengaja Izrail menterbalikkan kata-katanya.

"Macam mana aku nak bagitahu kau? Aku dari tadi call kau dan itu pun kau tak angkat"

"Wait..don't said.. yang adik kau selamatkan anak aku?"

"Memang itu kenyataan, Rael!"

"Hey bro! Wassup?"

Termengah-mengah Danial menanyakan kepada dua orang lelaki sedang berdiri tepat di hadapannya itu. Kelihatan Kharl turut  mengikutinya daripada belakang.

"Kau berdua dah kenapa beruk?", soal Izrail dengan sinis.

"Itu bukan beruk tapi masalah anjing depan tu! Kau ni mampus aku dengan Nial kena kejar dia", jawab Kharl.

"Haram kau tahu tak pelihara anjing", kata Danial.

"Haram acik kau! Kau selalu ikut aku untuk kotorkan tangan kau pegang darah itu bukan haram namanya?", bidas Izrail.  Memang dia akui dia memelihara anjing terlatih itu hanya untuk berjaga-jaga di hadapan rumahnya. Kemungkinan dia terlepas daripada tali ikatannya dan itulah membuatkan mereka tak cukup kaki berlari.

"Adik aku kena tikam" Fawish menjawab persoalan Danial tadi.

"Whatt?" dengan serentak mereka berdua menyebutnya.

"Adik kau yang cantik tu?", soal Danial.

Amboi dia ni asyik gila dengan perempuan cantik jer tahu! Bebel Izrail.

"Dah tu adik dia mana pula! Kalau betul kau tak cerdik jangan nak tunjuk sangat dekat sini"  Kharl mengetuk dahi Danial.

"Aduhh! Sakitlah, gila!"

"Siapa yang serang?", soal Izrail.

"Itu aku tak tahu. Dia bukan targetkan adik aku tapi Hayder"

"Jadi maksudnya, adik kau selamatkan anak kau, Rael?"

Jari telunjuk Kharl menunjuk ke arah Fawish dan kemudian ke arah Rael. Fawish hanya menganggukkan kepalanya.

"Jodoh! Jodoh depan mata kau, Rael", perli Danial.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon