𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 18

8K 505 36
                                    

QAIRA hanya duduk melihat suaminya itu sedang menyusun fail di dalam ruangan kerja yang memang sediakan khas di dalam rumah.

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10 malam, suaminya itu masih juga sibuk dengan pekerjaannya. Disebabkan tidak mahu tidur sendiri dan nak juga ditemani si suami terpaksalah dia mengikuti ke mana langkah kaki suaminya itu pergi.

"Sayang ada benda nak cakap ke?" persoalan itu membuatkan Qaira tersedar dari lamunannya yang sedang duduk di atas meja kerja Izrail.

Qaira memuncungkan mulutnya. Memang ada sesuatu yang ingin dia katakan.

"Tell me, what is that? Sayang nak apa? Nak kereta? Money? Or another house? Hmm?"

"Semua sayang boleh minta. Duit sayang dah habis ke? Kalau tak ada duit sekejap lagi abang transfer 5k dalam akaun sayang" sambungnya lagi. Belum sempat Qaira menjawab.

"Sayang nak kereta boleh?"

Izrail berpusing ke belakang menghadap isterinya.

"What kind of car do you want sayang?" Izrail menatap mata isterinya. Qaira berfikir sejenak. Sebenarnya bukan ini yang ingin dia katakan. Demi mengambil hati dia cuba untuk membodek suaminya dahulu.

"Sayang nak Audi R8 warna putih dengan mata seksinya" Qaira mendedipkan matanya berkali-kali.

"Sure, sayang. Anything for you. Black card abang sayang nak pakai tak? Kalau nak ambil je dalam wallet abang" pipi isterinya itu terus dikucupnya.

"Tapi itu bukan yang sayang nak kata kan?"

Qaira mengangguk.

"Macam mana abang boleh teka semua ni? Abang ada kelebihan baca fikiran seseorang ke? Bahaya abang ni" kata Qaira.

"Sayang, kita ni dah kahwin dekat tujuh bulan dah. Macam mana abang boleh tak kenal sayang. Abang dah kenal sayang lama dah"

"Maksud abang lama?" tanya Qaira kehairanan. Izrail terus berpaling ke arah rak fail yang di susun tadi. Dia mengetap bibirnya.

Aduh, terlepas pula dah!

"Maksud abang kenal lama lah sejak sayang hilang daripada pandangan abang lima tahun lalu" terangnya.

Qaira mengangguk.

"Sayang nak kerja boleh tak abang?" perlahan suara Qaira bertanya. Dia taktut jika suaminya itu tidak mengizinkan dia bekerja. Setiap bulan dia cuba untuk berbincang tetapi suaminya tetap mengelak.

"Abang bolehlah. Sayang rindu kerja sayang" Qaira cuba memberi muka kasihannya.

"Sayang, abang dah ada semuanya. Kenapa sayang nak susahkan diri untuk bekerja?"

"Sayang dulu belajar kan nak dapatkan pekerjaan tu. Bolehlah abang, lagi pun dekat hospital abang juga bukan orang lain" Qaira cuba meyakinkan Izrail. Lama Izrail mendiamkan diri. Dia menarik kerusi di hadapan Qaira. Lalu melabuhkan punggungnya di situ.

Tangan Qaira di genggam.

"Abang izinkan ...."

"Yeayy, sayang abang!" bibir lembut Qaira menyentuh bibir Izrail dengan pantas. Akhirnya dia dapat juga kebenaran untuk kembali bekerja itu. Sungguh dia rindukan suasana di dalam hospital.

"Amboi, bukan main seronok ye sayang! Abang belum habis bercakap lagi, jangan sakan sangat lompat tu"

Qaira berdiri tegak di hadapan suaminya.

"Raffael yang akan hantar sayang pergi kerja dan balik dari kerja juga Raffael akan jemput kalau tengok kereta abang terpacak dekat sana maksudnya abang yang bawa sayang balik rumah"

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now