𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 31

4.1K 238 1
                                    

Pagi itu seperti biasanya, Qaira menyiapkan sarapan pagi buat suaminya sebelum pergi bekerja. Namun hari ini suasana di kawasan rumah itu sungguh sepi.

Biasanya, ada juga kelibat anak buah suaminya itu ke hulu-hilir di luar rumah tetapi kali ini kosong!

"Arghh!", teriak Qaira secara tiba-tiba apabila terasa punggungnya dipukul. Dia menoleh ke belakang. Mana tahu perogol bersiri ke!

"Allahu, abang! Suka betul buat sayang terkejut", marah Qaira apabila dia menoleh ke belakang Izrail sudah pun berdiri tepat di belakangnya sambil menyilang tangan di dada. Izrail hanya diam menatap Qaira.

Matanya melirik dari atas sampai bawah.

"Sayang dah kenapa pakai baju macam tu? Sejak bila pakai baju tak cukup sifat turun ke bawah ni ?", tanya Izrail dengan wajah yang mendatar.

Garang betul awal pagi!

"Sayang tengok anak buah abang dah jarang masuk dalam rumah. Sebab tu sayang pakai macam ni", jawab Qaira.

"Sekali lagi abang nampak sayang turun bawah pakai macam ni . . . abang ikat sayang atas katil!", ugut Izrail lalu menarik pinggang Qaira hingga dia berada tepat dalam pelukkannya.

"Ab-abang nak makan?", soal Qaira untuk mengalih pandangan suaminya itu. Lama lagi dia pandang macam tu boleh lembik lutut aku macam ni!

"Tak nak! Abang merajuk nak pergi resort terus. Tapi, abang nak jamah sikitlah". Qaira menggelengkan kepalanya. Ada sajalah perangai suaminya ini .

Dia tahu sebenarnya yang Izrail tak merajuk pun, cuma sengaja mencari perhatian. Biasalah, kalau dah berduaan memang begitu sikapnya.

"Aik, cakap makan sikit tapi ni dua pinggan abang licinkan", perli Qaira yang melihat Izrail asyik menambah dari tadi.

Izrail menaikkan mulutnya tanda merajuk, sebelum Qaira dijelingnya. Dah macam perempuan!

"Abang, petang nanti balik awal okay? Pergi rumah mama abang". Izrail hanya mengangguk sambil mengunyah makanan di dalam mulutnya.

Alahai, merajuklah suamiku. Merajuklah banyak lagi nanti malam pandai pula cari tempat untuk peluk.








"Mana pula pergi anak dengan menantu kita ni, tak sampai lagi dari tadi". Tan Sri Razil yang dari tadi hanya melihat isterinya itu mundar-mandir hanya menggelengkan kepalanya.

Tidak sabar betul dia nak berjumpa menantu dia yang cantik itu.

"Awaknya, sabarlah sedikit. Tak lama lagi sampailah tu"

"Ish, abang ni!"

"Aik, kita pula tiba-tiba kena marah! Perempuan tak pernah salah", keluh Tan Sri Razil.

Tidak lama kemudian, Audi R8 milik Izrail yang baru dibelinya beberapa minggu yang lalu memasuki perkarangan rumah mereka.

Puan Sri Farida sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan menantunya itu.

"Tahulah, menantu awak tu slay boleh dibawa bergossip. Itu yang awak macam tak reti sabar", bebel Tan Sri Razil lalu mengambil cawan yang berisi teh panas di sebelahnya itu.

Mama Izrail hanya mengerling ke arah suaminya. Nak dilayan berbalas mulut dah tua pula.

"Assalammualaikum, mama". Qaira berjalan menghampiri mak mertuanya yang sedang berdiri di hadapan itu.

"Waalaikumsalam, menantu mama yang cantik. Jom masuk, dah lewat ni tak boleh ibu mengandung duduk dekat luar ni tambah lagi nak maghrib dah", kata Puan Sri Farida lalu membawa Qaira itu masuk.

Izrail yang ada dibelakang pun tidak dihiraukan. Tunggul ke belakang ni? Rasanya bukan.

"Biarkanlah mama dengan bini kamu tu, Rael. Mari sini kejap , papa ada nak bincang dengan kamu lama kita tak berborak. Dah macam mengalahkan presiden kamu ni , ya ?", perli Tan Sri Razil kepada anak lelakinya itu.

Izrail hanya tersengih-sengih mendengar apa yang dikatakan oleh papanya.

"Kamu ni ada bagitahu Qaira ke yang kamu ni ada kembar ? Faheem ada balik tadi, papa risau dia silap orang nanti dekat dalam".

Izrail mengerut keningnya. Sejak bila pula kembarnya itu terus balik ke rumah orang tua mereka. Biasanya dia terus balik ke rumah agam mewah miliknya itu.

Faheem Aydin nama sebenarnya Izrafel Luciano. Merupakan kembar kepada Izrail cuma namanya berbeza. Mengapa namanya berbeza? Kerana dia tidak mahu orang lain tahu tentang latar belakang keluarganya sebenar. Apatah lagi cita-citanya ingin menjadi askar.

Alhamdulillah, tercapai dan kini pangkatnya sebagai Leftenan. Disebabkan  itulah tiada sesiapa yang begitu banyak mengetahui jika Izrail mempunyai saudara kembar kecuali kumpulan The Demon's.

"Belum, pa nantilah Rael bagitahu Qaira."

"Qaira, mama lupalah beli barang yang lain. Kamu tunggu sini dulu tau? Mama ajak papa kamu keluar sekejap beli barang. Masih sempat ni".

Qaira yang sedang memotong sayur itu hanya mengangguk lalu melemparkan senyuman manis kepada mertuanya sebelum meninggalkannya sendirian di situ.

What if we rewrite the stars?
Say you were made to be mine
Nothing could keep us apart

Qaira menyanyi seorang diri di dapur itu. Tanpa dia sedari ada sepasang mata memandang dan mendengarnya menyanyi disebalik laluan hendak ke dapur itu.

Sedap dia nyanyi! Dia tersenyum sendiri.

You'll be the one I was meant to find
    It's up to you, and it's up to me
    No one could say what we get to be
    So why don't we rewrite the stars?
    And maybe the world could be ours, tonight

"Sedap suara." Pujinya. Qaira berhenti menyanyi. Dia memandang sosok yang menegurnya itu.

Sejak bila pula suami aku pandai puji dengan singkat sebegitunya? Pelik!

"Abang? Sejak bila abang guna hoodie ni? Bukan tadi abang guna baju kerja ke?", soalnya.

Namun, dia tidak menjawab sepatah pun apa yang ditanya oleh Qaira. Dia terus berjalan menuju ke arah peti sejuk untuk mengambil minuman. Haus pula dia.

"Suami aku ni dah kenapa? Tak habis ke merajuknya?", bisik Qaira di dalam hati. Berkerut keningnya.

"Abangg!". Qaira terus memeluknya.

Dia terkedu. Andailah dia tahu bahawa yang dipeluknya saat itu bukanlah syurga dia tetapi kembar suaminya sendiri.

"Sister in-law, i think you hug a wrong person. Your husband right there."

Qaira tersentak. Perlahan dia meleraikan pelukkannya tadi. Dia berpusing ke belakang dan melihat ke arah yang ditunjukkan olehnya tadi.

Alangkah terkejutnya dia apabila dia berpusing, lelaki yang dengan wajah serupa cuma pakaiannya sahaja berbeza berdiri tepat di kawasan meja makan itu.

Dia menelan air liurnya. Ya, itu barulah suami dia dengan pakaian kemeja lengan panjang berwarna putih itu.  Siapalah yang tak takut bila suami sendiri mengacukan pistol tepat ke arah mereka berdua.

"Puas peluk laki lain?", soal Izrail dengan nada marah. Qaira tidak mampu berkata-kata hendak di salahkan dia bukan tahu jika suami dia ni ada kembar.

Makin merajuklah suami aku ni , hmm !

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now