𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 29

4.7K 282 12
                                    

BINTANG di atas langit pada malam itu sungguh indah untuk di lihat. Senyuman manis terukir pada bibir Qaira namun sesaat senyuman itu memudar.

Suasana malam pada itu sangat menenangkan dirinya daripada memikirkan semua masalah. Fikirannya saat ini sebenarnya sangat bercelaru.

Mengapa Mikhael begitu nekad sehingga sanggup berbuat sedemikian? Bukan dia sendiri kata sayang dekat aku tapi kenapa aku yang sanggup dijadikan korban? Ya, dia tahu jika semua ini adalah salah satu rancangan bekas kekasihnya itu.

"Sayang? Jauh sangat termenung fikir apa tu ?", sapa Izrail daripada belakang lalu meletakkan kepalanya di bahu Qaira.

"Allah, abang ni terkejut sayang."

"Fikir apa tu? Sampai suami sendiri panggil dari tadi tak dengar?", soalnya sebelum pipi kanan Qaira dicium.

"Tak ada apa pun abang. Sayang tengok bintang cantik sangat malam ni"

"Macam cinta hati abang. Sayang bangun kejap"

"Kenapa?"

"Sekejap je, bangunlah". Qaira hanya menuruti apa yang diminta suaminya itu. Jika tidak dituruti apa yang diminta memang adalah perangai yang dibuatnya nanti.

"Mengadalah abang ni, padahal kerusi ni ada", rungutnya apabila melihat Izrail duduk di kerusinya tadi.

"Eh, jangan duduk situ. Duduk sini dekat riba abang", kata Izrail lalu menarik lengan isterinya yang baru sahaja hendak menggapai kerusi satu lagi.

"Tak naklah sayang."

"Sayang dah tak sayangkan abang ke?". Ha, tengok perangai dia mula dah. Alahai, nasib baik suami kalau tidak dah makan buku lima dari tadi.

"Okay, sayang duduk dekat riba abang. Kalau berat jangan salahkan sayang".

"Sayang, sebenarnya abang ada benda nak cakap ni". Pinggang isterinya dirangkul  erat.

"Nak cakap apa? Abang nak kahwin lagi ke?", soal Qaira.

"Ish, ke situ pula dah!"

"Habis tu?". Izrail dijelingnya sekilas.

"Abang nak pergi Itali esok."

Qaira menatap kedua mata suaminya itu. Isteri baru keluar hospital dah kena tinggal ke ni? Takkanlah nak tinggalkan dia seorang diri dengan Hayder.

"Perlu ke abang pergi esok? Minggu depan tak boleh ke?", soal Qaira sambil memegang kedua pipi Izrail.

"Abang tahu abang tak sepatutnya tinggalkan sayang seorang diri dengan Ayder. Tapi anak buah abang perlukan abang dekat sana", terangnya apabila melihat Qaira cuba menunjukkan riak wajah yang sedih.

"Abang pergi lama ke?"

"Tak, sayang. Siapalah yang sanggup tinggalkan isteri kesayangan abang ni seorang diri". Hidung Qaira dicuitnya.

"Tapi ada syarat."

"Anything for you, my principessa". Satu senyuman manis di ukir pada bibirnya.

"Lepas abang balik dari Itali, sayang nak pergi The Land Of Legends boleh?". Izrail menganggukkan kepalanya. Dia tahu kenapa isterinya mengajak pergi situ.

Tempat pertama kali mereka bertemu dan pertama kalinya juga dia merosakkan kereta kesayangan isterinya itu.

"Okay, jom tidur". Qaira yang ada di dalam pangkuan ribanya tadi terus di bawa ke dalam bilik.

"Sayang tidur dulu okay? Abang nak jumpa anak buah dekat markas bawah", kata Izrail sambil mengelus lembut rambut Qaira.

"Okay, suamiku tercinta". Selimut itu ditarik oleh Izrail untuk menutupi tubuh isterinya daripada kesejukkan.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now