𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 21

6.4K 316 6
                                    

"DADDY!" Suara terjahan itu membuatkan dirinya berhenti daripada mengelamun. Dia sudah mengenali suara halus itu walaupun tidak menoleh ke belakang untuk melihat empunya suara itu.

"Ayder, jangan bising! Mommy  sleeping", bisik Izrail sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir agar Hayder tidak membuat sebarang bunyi yang boleh mengejutkan Qaira daripada lenanya.

"Ayder, kenapa belum tidur lagi ni?"

"Cannot sleep daddy", jawabnya sambil memeluk teddy bear berwarna kuning itu.

"How about if we play chess?"

"Okay, agree! Come here, we sit there", ajak Izrail agar mereka berdua duduk di sofa yang tidak jauh dari katil itu.

Sebuah kotak permainan "Chess" itu dikeluarkan daripada wardrobe yang berada di dalam bilik Izrail. Semua permainan itu memang sengaja diletakkan di dalam biliknya kerana dia tidak ingin anak lelakinya itu terlalu terdedah dengan begitu banyak permainan.

Namun jika diberikan permainan, Hayder terlebih dahulu menolak. Budak kecil itu lebih suka jika diberikan buku yang tebal untuk dibaca. Dia juga boleh menghabiskan buku setebal itu yang mempunyai 500 lebih muka surat dalam masa dua hari.

Disebabkan itulah dia selalu dipanggil dengan gelaran Tuan Muda Luthfan Genius ketika berada di pejabat milik Izrail.

"Daddy! Before we start the game, Ayder nak buat perjanjian. Siapa kalah kena hukum draw something dekat face mommy. Deal?" Tanpa ragu-ragu dan menunggu lama Izrail terus menganggukkan kepalanya menandakan dia setuju untuk mengikuti permainan anak lelakinya itu.

Sudah cukup lama mereka tidak meluangkan waktu untuk bermain bersama-sama. Kali ini mereka bertarung nyawa untuk memenangkan permainan itu.

Mereka tahu siapa yang kalah akan berdepan dengan singa yang paling berbahaya sekali di dalam dunia jika tersedar dari mimpinya.

"Yes, Ayder dah menang!" Hayder bersorak riang melihat dia dapat mengalahkan ayahnya sendiri di hadapan itu. Dia memang tahu bahawa jika dia akan kalah dalam permainan ini bukan kerana dia sengaja tetapi dia memang kurang mahir sedikit kalau bab Chess ni.

Biasalah setiap manusia kan ada kekurangan masing-masing. Itulah yang sering dia katakan untuk mengurangkan rasa malunya itu.

"Tapi, nak guna apa conteng muka mommy ni ?"

"Wait. Ayder ada idea, jap eh daddy ! Daddy tunggu Ayder tau" Izrail hanya mengangguk akan apa yang anak lelakinya itu sampaikan.

"Okay, daddy! Ayder dah jumpa, nah", sebuah marker dihulurkan kepada Izrail.

"Use this?" Hayder mengangguk. Mereka berdua melangkahkan kaki selangkah demi selangkah dengan perlahan.

"Nak lukis apa, Ayder?", soal Izrail dengan suara yang berbisik.

"Anything, daddy", jawab Hayder dengan berbisik juga. Tanpa ragu-ragu dia terus menggaris-gariskan wajah milik Qaira itu.

Hayder menahan gelak ketawanya apabila melihat wajah Qaira dipenuhi dengan ukiran seni yang dilukiskan oleh Izrail itu.

"A-a-abang?" Jari-jemarinya menggosok kedua mata. Izrail sudah menelan air liur.

Dia tahu bahawa akan ada bencana dan akibat selepas ini jika Qaira mengetahui kebenaran apa sebenarnya yang dua beranak ini lakukan sebentar sahaja tadi.

"Abang buat apa tak tidur lagi ni?" Qaira mengajukan soalan itu kepada suaminya.

Bagaimana dia tidak terkejut apabila wajah suaminya itu cukup dekat dengan dirinya.

"Sa-sayang tidurlah" Qaira memandang wajah suaminya dengan pelik seperti ada sesuatu dia sembunyikan.

Dia berpaling ke arah budak kecil yang seronok ketawa kecil di sebelah kirinya. Hayder di pandang. Keningnya dinaikkan.

"Hayder? Kenapa tak tidur lagi ni sayang?" Hayder tidak menjawab sepatah perkataannya malah dia melepaskan ketawanya dengan lebih kuat lagi.

"Mommy, you should look at mirror" Qaira mencapai cermin kecil yang berada di dalam laci almari yang berada di sebelah katilnya itu. Perlahan cermin itu dinaikkan dan wajahnya dilihat.

"ARGHHHHHHHH" Bergema bilik itu mendengar suara teriakan Qaira.

Alangkah terkejutnya dia melihat wajahnya itu dipenuhi dengan contengan berwarna biru. Izrail terus ditatapnya.

Marker yang berwarna biru itu segera dibuang ke tepi dan Izrail menggelengkan kepalanya.

Dia seolah-olah mengatakan bahawa itu bukanlah sesuatu perkara yang sengaja dia lakukan. Hayder hanya tertawa melihat ayahnya itu ketakutan.

"Abang buat apa dengan muka sayang?????" Mata Qaira dibulatkan. Siapalah yang tak marah apabila bangun tidur terus melihat wajahnya penuh dengan ukiran seni yang tak seberapa seni itu.

"T-ta-tak", tergagap Izrail menjawab sambil menggelengkan kepalanya sekali lagi.

"Ish, abang ni buat hal betul pagi buta ni!", bebel Qaira. Segera dirinya bangun daripada katil itu dan melangkah menuju ke dalam bilik mandi.

"Abang! Mana marker yang abang pakai?", tanya Qaira sambil bercekak pinggang keluar dari bilik mandi. Izrail mengambil marker yang dibuangnya tadi dan menyerahkan kepada Qaira.

"Ya Allah, bertuahnya laki aku!", keluh Qaira. Izrail mengerutkan keningnya.

"Kenapa sayang ? Itukan boleh buang"

"Abang. Abang baca elok-elok"

"Perma..."

Qaira ditatapnya. Satu langkah diundurkan ke belakang. Hari ini sudah cukup dua kali dia membuat masalah dengan isterinya itu.

"Abang, sekarang ni dah lewat. Abang pergi tidur. Outside! Right now!", tegas Qaira.

"Tapi sayang.. Ini semua idea Hayder"

"Abang nak tidur dekat luar bilik ke luar rumah?" Qaira memandangnya dengan tajam. Memang salah dia pun tak baca apa yang tertera di marker yang diserahkan anak lelakinya tadi.

Hayder yang berada di atas katil itu, dari tadi tidak berhenti tertawa melihat ayahnya dimarahi.

Izrail dari jauh menjeling anak lelakinya seolah-olah berasa tidak puas hati.

"Ayder, malam ini tidur dengan mommy"

"YES!", dengan riangnya Hayder bersorak. Siapalah yang tidak bersorak gembira jika rancangan budak cilik ini berjaya. Izrail akhirnya memahami apa yang Hayder cuba sampaikan dari tadi.

Rupanya anak lelaki dia itu memang sengaja membuatkan diri dia sendiri untuk tidur di luar kerana semenjak mereka berkahwin, dia tidak pernah sama sekali dibenarkan untuk tidur bersama mereka oleh Izrail.

"Malam ni abang tidur luar. Sayang tahu abang tidur sini nanti , esok sayang bawa drift kereta Audi abang!", ugut Qaira lalu berjalan ke arah katil dengan mukanya yang masih mempunyai sedikit lagi ukiran seni Izrail tadi.

"Hurh, tak nak kawan sayang! Ayder watch out!" 

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now