𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 36

3.7K 291 32
                                    

"MAAF, tuan Izrail tengah ada meeting sekarang. Tiada sesiapa dibenarkan untuk masuk" kata pekerja yang bernama Sarah itu. Dia memandang Qaira dari atas sehingga ke bawah. Seakan tidak berpuas hati.

Eh, penyondol ni! Dia ni memang , kalau tengok aku datang memang muncung mulut dia. Kau tahukan aku ni bini dia? Tak akanlah aku tak dibenarkan masuk ke dalam pejabat suami aku sendiri? Bukannya aku terus masuk ruang mesyuarat itu terus! Ini dah dua orang penyondol yang tak tahu malu aku jumpa.

Marah Qaira. Hayder yang berada disebelahnya hanya menatap tajam ke arah Sarah. Dia menjelingnya. Sarah pula memberikan riak wajah yang sombong dan angkuh. Dia memang tidak suka juga dengan anak lelaki Izrail itu.

"Kau ni, Sarah! Kau tahukan dia itu isteri tuan? Kenapa kau tak bagi mereka masuk? Anak boss pun ada sekali" bisik pekerja perempuan yang bernama Jishea kepada Sarah.

"Shut up! Peduli apa aku" jawabnya dengan tanpa ada rasa hormat terhadap Qaira.

"No, it's okay miss! Saya boleh tunggu suami saya habis mesyuarat dekat sini. Apa pun thank you sebab dah bagi kerjasama yang amat berharga" kata Qaira. Nadanya sahaja berlembut tetapi di dalam hatinya, dia ingin sahaja mengeluarkan kata-kata kesat di situ. Beruntung sahaja ada Hayder di sebelah. Dia tidak ingin anak lelaki mereka mendengar perkataan yang tidak elok.

"Come baby! We tunggu your daddy there" ajak Qaira kepada Hayder untuk duduk di atas sofa yang disediakan di kawasan lobi itu. Sebenarnya Izrail tidak berada pun di dalam pejabat. Dia hanya menipu Qaira. Sengaja membuatkan dia menunggu di situ.

"Mommy! Kenapa mommy tak marah dia? Bukan mommy garang ke?" soal Hayder. Dia tidak berpuas hati dengan layanan Sarah. Dia merajuk.

"Sayang, tak semua benda kita kena marah. Kalau kita layankan sahaja perangai dia, semakin menjadi dia nanti. Hidup ni kena diam tetapi diam bukan berarti tidak tahu, hanya mommy sahaja malas ingin besarkan masalah. Lagi pula daddy tengah ada kerja , lebih baik kalau kita tak ganggu dia dahulu" terang Qaira panjang lebar agar anak lelakinya itu memahami maksud dia.

Hayder hanya mengangguk. Tidak lama kemudian kelihatan kelibat Fawish, Faheem, Danial dan juga Kharl berjalan menuju ke arah pejabat Izrail. Namun, mereka belum menyadari kehadiran Qaira dan Hayder yang telah pun berada di situ.

"Unclee!!!!" teriak Hayder. Serentak kepala mereka semua memandang tepat ke arah empunya suara. Mereka tersenyum sehingga ke telinga. Lantas anak kecil itu berlari ke arah mereka.

"Ayder! Ayder buat apa sini?" soal Fawish.

"Jumpa daddy" jawabnya ringkas. Cermin mata hitam yang dikenakan tadi diletakkan di atas kepalanya.

"Kenapa tak tunggu dalam office daddy?" soal Faheem kepada anak buahnya itu.

"Tu haa singa bibir merah tu tak kasi mommy masuk! Bencilah dia" marah Hayder sambil menunjuk ke arah Sarah yang sedang melayani tetamu di kaunter itu.

"Who baby Ayder? Who didn't let my wife to do anything she want?" soal Izrail yang baru sahaja muncul daripada belakang. Hampir terjatuh juga jantung mereka berempat mendengar suaranya.

Suara yang menyeramkan. Hantu pun kalah.

"Daddy!" Hayder segera mendapatkan Izrail. Perlahan tangannya menunjuk ke arah Sarah. 

Izrail sudah mendengus. Beraninya dia melayani isteri dia sendiri seteruk itu. 

"Come baby" ajak Izrail. Tangan anak lelakinya dipimpin. Langkah kaki dibesarkan dan terus menuju ke arah Qaira yang sedang sibuk memandang ke arah ipad miliknya dari tadi. Dengan segak dan bergayanya mereka sekumpulan berjalan. Seakan-akan diketuai oleh Hayder. 

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now