𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 14

8.6K 477 10
                                    

"Raffael, ini kalau tiga jam lagi barai kita", keluh salah satu anak buah The Demon's itu yang diarahkan untuk mengikuti mereka bertiga. Raffael menepuk bahu lelaki tadi.

Ini baru puan kita, belum lagi isteri kau nanti. Apa kata kau lebih baik siapkan mental mulai sekarang.

"Menyesal aku bercakap dengan kau. Kita lapar ni, Raff. Lebih tiga jam kita pusing-pusing dekat sini tak rehat lagi. Ini aku lebih rela ikut berperang dengan musuh", katanya lagi.

Qaira yang sedang berjalan di hadapan mereka itu terdengar sedikit perbualan antara anak buah suaminya itu membuatkan dirinya berhenti seketika.

"Kamu semua kalau saya ajak makan dekat foodcourt nak?", soal Qaira. Anak buah The Demons itu sedikit terkejut mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut puan mereka.

"Kami tak kisah asalkan puan masih berada tepat di hadapan kami", jawab salah satu daripada mereka. Raffael hanya tersenyum dan mengangguk kepada Qaira.

"Kalau macam tu, kamu semua boleh berehat dan pergi makan ambil tempat masing-masing. Jangan gelojoh sangat makan. Kalau suami saya marah bagitahu ye. Nanti saya marah balik", sambungnya lagi.

Semua anak buah suaminya itu hanya ketawa kecil mendengar yang di katakan oleh puan mereka.

Mereka sendiri juga juga tahu bahawa tuan mereka yang dahulu berhati sejuk beku itu kini berubah seratus peratus perangainya semenjak puan mereka itu muncul di dalam kehidupan Tuan Izrail.

Namun, sisi lembut Izrail itu hanya ada ketika Qaira berada di sisinya. Jika Qaira tiada di sisi maka Izrail dari sisi sejuk beku itu akan mulai muncul.

"Dah, kamu semua berehatlah"

"Okay, puan. Thank you", kata mereka dengan serentak dan terus berlalu pergi ke arah foodcourt di situ. Qaira hanya menggelengkan kepalanya melihat kelakuan semua anak buah suaminya itu sebelum dirinya mengikuti mereka daripada belakang.

"Amboi, bukan main budak-budak ni tinggalkan puan mereka dekat belakang. Ini kalau si Rael ni tahu, mampuslah!", bebel Raffael di dalam hati.

"Mommy", panggil Hayder yang baru sahaja selesai makan. Qaira mendongakkan kepalanya dan meletakkan telefon yang di pegangnya tadi di atas meja sebelum berbicara empat mata bersama anak lelakinya itu.

"Yes, why sayang? Ayder nak makan lagi ke?", soal Qaira.

"No. Ayder nak dating dengan aunty cantik boleh?". Alesya melepaskan ketawanya apabila mendengar anak tiri Qaira itu bijak berkata-kata.

"Aunty cantik yang Ayder katakan tu, Aunty Alesya ke?", tanya Qaira. Hayder mengangguk. Alesya menaikkan keningnya apabila Qaira memberikan isyarat mata kepadanya.

"Bagilah, anak kau ni dating dengan aku. Tak puas lagi dia tengok muka aku yang cantik ni agaknya" Qaira menganggukkan kepalanya.

"But, both of you cannot go alone". Qaira melambaikan tangannya ke arah anak buah TD yang tengah duduk santai selepas menjamu selera tadi. Semua mereka bergerak ke arah Qaira.

"Ya, puan", Raffael berbicara.

"Raff, saya nak sebahagian daripada kamu semua temankan Hayder dengan Alesya boleh?"

"Boleh", jawab Raffael dengan singkat. Hayder dan Alesya berlalu pergi ditemani beberapa orang anak buah TD daripada belakang.

Qaira pula masih duduk di situ lalu mengeluarkan tabletnya daripada bag yang dibawanya tadi. Manakala, Raffael dan tiga orang lagi anak buah TD duduk jarak antara dua meja daripada puan mereka itu.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now