𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 13

7.8K 398 17
                                    

BARANG yang ada di dalam bagasi itu semuanya dikeluarkan. Felix di letakkan atas katil bersebelahan dengan Izrail yang sedang dibuai mimpi.

"Sayang??" panggil Izrail dengan mamai. Tangannya meraba-raba ke sebelah kanan tempat Qaira tidur.

"Sejak bila sayang pakai baju bulu-bulu ni? Hmm..." soal Izrail dengan suara serak basahnya. Secara perlahan dia berpaling ke arah kanan.

"Ya Allah!" teriak Izrail. Alangkah terkejutnya dia sebaik sahaja kelopak matanya dibuka, harimau bintang iaitu Felix haiwan peliharaan Qaira berada tepat disebelahnya.

Izrail turun daripada katil itu secara perlahan. Qaira yang menyedari suaminya baru sahaja bangun itu pun menoleh ke belakang.

"Abang dah bangun?"

"Sa-sayang.To-tolong alihkan Felix ke tepi! Dia ma-macam nak makan abang" pinta Izrail. Felix merenung tajam ke arahnya dengan bunyinya bagaikan ingin menerkam dirinnya.

"Sayang... no no no tengok daddy macam tu" kata Qaira lalu mengelus lembut kepala Felix. Secara perlahan emosi Felix bertukar menjadi manja. Mahunya si Izrail tak sakit jantung kalau bangun-bangun terus nampak sedemikian rupa. Dia mengelus dadanya.

"Sayang lain kali jangan bawa Felix ke sini. Itu bukan kucing sayang nak biarkan macam tu. Itu kalau bukan Jaguar pasti Leopard" bebel Izrail. Qaira memuncungkan mulutnya. Lama dia berfikir ayat.

"Tapi sayang anggap dia kucing. Sebab ini hadiah paling bermakna untuk sayang" jawabnya. Dia mendapat Felix itu ketika dia ulang tahunnya yang berumur 23 tahun. Kini badan Felix semakin membesar dan boleh dijadikan bantal peluk. Disebabkan itulah Tuan Khusyaire menyediakan ruangan khas untuk Felix.

Felix hanya akan manja kepada Qaira dan Alesya sahaja. Jika orang lain dia akan berubah menjadi ganas namun tidak sampai menyerang mangsa kerana telah di didik oleh Qaira dan Alesya semenjak Felix bayi.

"Memanglah bermakna kalau abang bagi" jawab Izrail dengan nada berbisik.

"Haa, apa dia abang?" sekali lagi Izrail menggelengkan kepalanya.

"Sayang nak kurungkan Felix sekejap. Ruangan bawah tanah abang ada sangkarkan dekat  dalam dia? Sayang letak situ eh?" Izrail mengangguk. Elok jugalah kalau letak situ boleh juga dia takutkan musuh kalau begitu. Dia hanya memerhatikan isterinya itu berlalu pergi sambil mengiringi Felix. Tidak berganjak selangkah pun selagi haiwan itu tidak keluar daripada bilik.

CRACK!

Ketika dia ingin melangkah laju ke arah bilik mandi kakinya terpijak sesuatu. Matanya memandang tepat ke arah benda yang berada di kaki.

"Huh, disc apa ni?" tanya Izrail kepada dirinya sendiri. Disc berwarna merah yang telah patah dua itu di ambil.

"Seventeen? Power of..." perlahan dia mencantum kembali.

"Oh, love rupanya! Alah patah ke? Tak apalah, disc je kot! Lebih baik aku mandi" dia meletakkan kembali disc yang telah patah dua itu ditempat di mana ia sememangnya berada tadi. Andailah Qaira tahu mahu tidak meletupnya di situ.



IZRAIL yang sedang fokus memeriksa semua fail di meja kerjanya itu tiba-tiba berhenti. Dia mengalihkan pandangannya ke arah pasu bunga yang berada tepat di atas meja tempat dia selalu duduk bersama klien.

Lama dia memerhati akhirnya mata yang tajam itu berjaya menangkap sesuatu. Satu kelipan berwarna merah menyala setiap lima saat. Langkah demi langkah dia berjalan menuju ke situ.

Pasu itu bunga itu diangkat. Dia mengambil sesuatu yang menarik perhatiannya tadi.

Hurh, spy cam? Izrail tersenyum sini tepat ke arah kamera itu. Ternyata benar tekaannya tadi. Kamera tersembunyi itu berjaya dipasang.

Siapa pun orangnya , dia tahu itu pasti orang suruhan Cobra. Tiada yang lain dan tiada bukan musuh utamanya.

"So, ini mainan kau? Too weak! Aku berjaya jumpa kan? You should know the rules before play the game with me"  Kamera itu terus di buang ke dalam gelas berisi air. Dia tahu jika Cobra mendengar apa yang dikatakannya.

KRING!

Telefon pintar miliknya itu berdering. Senyuman manis terukir dibibirnya sebaik sahaja dia melihat nama siapa yang tertera di skrin itu. Siapa lagi kalau bukan isteri tercinta.

"Hello, sayang. Kenapa rindukan abang ke?"

"Waalaikumsalam" sengaja Qaira menjawab seperti itu. Suami dia ni setiap kali telefon mesti tidak mahu memberi salam terlebih dahulu.

"Amboi, perli abang! Assalammualaikum isteriku tercinta, buah hati, intan permata abang"

"Waalaikumsalam, abang. Sayang nak minta izin boleh?"

"Dengan siapa? Nak ke mana? Keluar ke mana?" intonasi suaranya berubah menjadi tegas. Belum sempat Qaira menjawab, bertubi-tubi soalan dah di tanya.

"Sayang nak bawa Ayder dengan Alesy outing boleh?"

"Boleh. Tapi..."

"Tahu abang nak cakap apa. Tapi pastikan keluar dengan Raffael dan team dia, betulkan?" potong Qaira.

Dia sudah lali dengan pesan suaminya itu. Semenjak beberapa bulan dia sudah sah bergelar isteri kepada Izrail, itu sahajalah pesannya setiap kali dia ingin keluar.

Qaira tahu jika suaminya itu risau akan keadaannya jika keluar tanpa anak buah TD. Musuh dan orang suruhan suaminya itu boleh berada di mana sahaja ia berada. Kerana titik kelemahan terbesar Evil saat ini adalah Qaira dan Hayder.

"Kalau something happen telefon abang terus okay?" Qaira hanya menjawab ya sebelum panggilan itu diletakkan. 


Raffael, makesure kau pastikan Qai, Ayder dengan Alesya selamat. Kata Izrail sebaik sahaja panggilan itu di sambung kepada Raffael.

Okay. Kau nak aku bawa berapa banyak orang untuk ikut?

Ikut kemampuan kau. Apa aku nak pastikan budak lain cari maklumat siapa Cobra. Aku dah lama nak tahu muka jantan tu macam mana.

Baik apa-apa aku inform kau. Fawish tengah handle segalanya dekat Itali sekarang. Kharl dan Danial tengah ketatkan sistem markas kita. Anak buah yang terpilih tengah buat undercover dekat markas Cobra. Semuanya berjalan ikut kau minta.

Terang Raffael panjang lebar ketika panggilan itu masih disambungkan. 

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Onde histórias criam vida. Descubra agora