𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 15

9.7K 523 31
                                    

IZRAIL mencari kelibat isterinya. Sampai sahaja di rumah orang tuanya itu dia langsung tak nampak Qaira. Sakan betul kena culik dengan mak mertua sendiri bini aku ni!

"Rael, kamu cari Qaira ke?" soal Tuan Razil yang melihat anak lelakinya itu ke hulu-hilir dari tadi.

"Papa ada nampak Qai?"

"Itu tengah tunggu mama kamu dalam bilik katanya  nak keluar beli barang dulu. Ha itu mereka"

"Amboi, rancak borak! Lupa suami dah ke sayang? Abang rindu dekat sayang ni" kata Izrail sebaik sahaja isterinya itu menghampiri diri dia. Pinggang Qaira dirangkul.

"Abang, behave sikit boleh? Malu ada papa dengan mama sini" bisik Qaira. Senyuman yang kelat diberikan. Lengan suaminya itu dicubit sedikit.

"Alah, biarlah! Ini isteri sayang tak ada salahnya  kalau Rael manja dengan isteri sendiri depan papa dan mama kan?" Sengaja dia mengenyitkan matanya. Tuan Razil dan Puan Farida hanya mengangguk sambil tersenyum. Alahai anak lelaki sulung mereka ni memang manja betul dengan isteri patutlah lama tak nak balik rupanya ada jiwa kena melekat 24 jam!

Qaira tersipu malu. Meskipun sudah masuk lima bulan dia bergelar menantu kepada keluarga itu tidak bermaksud dia sudah terbiasa dengan segalanya. Ada juga rasa segannya kadang-kadang.

"Mama dengan Qaira nak keluar ni"

"Rael nak ikut"

"Dah kenapalah kamu nak ikut? Diam sini sudahlah. Mama dengar Kharl dengan Danial dah tunggu kamu." Izrail memuncungkan mulutnya. Dia protes. Nak merajuklah tu tak dapat teman bini pergi jalan.

"Ish, mama ni! Bagilah Rael ikut. Rael nak temankan isteri kesayangan Rael" jawabnya. Puan Farida sudah menggelengkan kepalanya. Mengalahkan cucu aku dah budak ni!

"Abang, apa kata abang buat kerja abang dulu. Lagi pun abang Awish ada call tadi suruh abang pergi cepat" kata Qaira dengan lembut agar suaminya itu mahu mendengar kata-katanya.

"Tapi..." Qaira dan Puan Farida sudah mengecilkan matanya.

"Okay, fine! Abang izinkan" jawabnya dengan nada yang tidak puas hati.

"Eh, kau ni aku hempuk kepala kau jap gi ha! Cepat sikit! Urgent ni!" kata Kharl yang datang dari belakang dengan Danial. Mereka berdua menjulingkan matanya ke atas. Ada sahajalah perangai tak boleh berganjak dengan bini langsung!

"Raffael, follow them bawa team kau" arah Izrail kepada Raffael yang dari tadi hanya duduk bermain bersama Hayder dan juga anak sulung Kharl dan Tasha itu. Dia hanya mengangguk.

Dia hanya risau akan keselematan isteri dan juga mamanya. Keadaan pihak musuh mereka mulai menggila beberapa bulan ini. Mulai dari sabotaj segala projek mereka dan hampir cuba untuk menculik Hayder kembali. Tapi beruntung sahaja Raffael cepat menyadarinya.

"An-kle Apael! Nak icut" Seorang budak perempuan berumur 4 tahun itu berlari terkedek-kedek mengejar Raffael yang sedang berjalan daripada belakang Qaira dan juga Puan Farida itu.

"Eh, princess!" panggil Hayder lalu mengejarnya. Izrail dan Kharl memandang satu sama lain.

"Siapa ajar anak aku panggil macam tu?" soal Izrail. Tak pernah dibuatnya dia panggil Kazya dengan panggilan itu.

"Aku pula! Tak akanlah aku nak ajar anak kau mengorat anak dara aku. Ha, kau tengok kau tengok!" Kharl menunjuk ke arah Hayder dan Kazya.

Hayder mengelus kepala Kazya lalu mencium tangannya. Membulat bola mata Izrail melihat tingkah laku anak lelakinya itu.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now