𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 19

7K 361 14
                                    

"DOKTOR  Qaira", panggil salah satu jururawat yang baru memasuki ruangannya itu.

"Yes"

"Doktor Faris pesan dekat saya tadi untuk bagitahu doktor yang doktor kena gantikan dia untuk pembedahan malam ni"

Qaira menoleh ke arah jururawat yang memanggilnya tadi.

"Faris? Doktor baru ke?"

"Haah, dia baru masuk selepas puan..."

"Berapa kali saya nak cakap? Panggil saya dengan gelaran doktor sahaja sudah cukup"

Dia mengangguk.

"Dia masuk seminggu sebelum doktor kahwin. Saya pasti kalau doktor tahu kes pesakit meninggal meningkat akhir-akhir ini"

Qaira faham. Dia juga sudah lama menyelidiki latar belakang hospital itu selama dia hanya duduk di rumah. Sangat mencurigakan. Suaminya sendiri juga pasti tidak menyadari hal sekecil itu, tetapi tidak bagi Qaira itu adalah masalah paling besar sekali buatnya.

"Okay tak apa. Mungkin saya tak sedar doktor bernama Faris tu tapi kenapa kerja saya hari ini ambil alih semua kerja orang eh?" Qaira sedikit curiga.

"Kalau doktor nak tahu, dialah yang punya kerja semua tu dari tadi. Dia asyik suruh doktor Qaira sahaja yang mengambil alih pesakit dia. Padahal semua pesakit yang doktor pernah rawat dulu pun banyak yang dah tewas dalam perawatan dia." terang jururawat itu.

"Hmm, tak apa kalau begitu. Pukul berapa tadi?"

"Pukul 8 malam ni"

"Okay, awak siapkan semua persiapan biar saya yang gantikan dia malam ni. Details patient, mana?". Jam di dinding di pandang dengan sekilas olehnya. Masih ada lagi dua jam sebelum dia memulakan pembedahan.

"Awak boleh pergi siapkan apa yang patut", kata Qaira kepada jururawat itu sebelum dia membaca segala maklumat pesakit yang ada di dalam fail yang diserahkan tadi.

"Faris doktor ni , aku harap bukan Faris si Mikhael tu. Dari segi orang menilai aku syak itu dia. Tapi kalau dia memang mati laki tu aku kerjakan!", bebel Qaira seorang diri sambil memicitkan kepalanya.

"Dahlah dari pagi tadi aku dengar doktor Faris lah doktor tu lah rupanya orang yang sama arahkan aku untuk alih kerja dia dari pagi tadi!"

Semua pesakit yang diserahkan kepadanya tadi merupakan pesakit yang dalam keadaan kritikal berada di dalam red zone. Untung sahaja tindakan Qaira yang pantas itu dapat menyelematkan nyawa tiga orang pesakit. Sedikit kelelahan namun itu memang tanggungjawabnya.



"DOKTOR! Doktor! Doktor!", panggil jururawat tadi dengan tercungap-cungap.

Qaira yang sedang membaca fail tadi pun berhenti seketika. Jika seseorang memanggilnya seperti itu maka sesuatu yang sedang terjadi.

Jangan cakap dari red zone lagi.

"Kenapa ni, Linda?"

"Saya tak ada masa nak terangkan tetapi ini darurat! Zon merah, doktor Qaira. Kita perlu segera"

Qaira memahami maksudnya itu lalu segera berlari mengikuti belakang jururawat yang bernama Linda tadi.

"Doktor Qaira, kadar nadi pesakit turun mendadak", kata salah seorang jururawat yang ada pada situ.

"Linda, defibrillator!". Tanpa membuang masa Linda terus menyerahkan mesin defibrillator yang telah diletakkan gel elektrolit yang digunakan untuk mengembalikan detak jantung yang tidak normal seperti sedia kala.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now