𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 24

5.5K 278 14
                                    

Lamborghini berwarna hitam dipecut laju memasuki perkarangan rumah agam Izrail.

    Pintu rumah itu dibuka perlahan. Dia mengerutkan dahinya apabila hanya melihat Hayder seorang sahaja yang berada di ruang tamu itu.

    Dia sedikit curiga. Hatinya tak tenang.

"Ayder? Where is mommy ?", soal Izrail yang baru sahaja sampai dirumah itu kepada anak lelakinya yang sedang duduk di ruang tamu itu.

"Erm, mommy? Mommy tak balik lagi", jawab Hayder lalu memuncungkan mulutnya. Dia merindukan Qaira. Semenjak bekerja semula Qaira jarang meluangkan masa untuk bersamanya.

Jam di tangan di perhatikan. Sudah hampir pukul 10 malam , isterinya itu masih belum lagi tiba dirumah. Izrail menekan nama Raffael di skrin telefonnya itu.

"Raff, Qaira tak balik lagi ke?"

"Eh, tadi dia chat aku dia kata kau ambil dia balik"

"Kau biar betul, Raff?"

"Betullah. Sejak bila aku ni pandai tipu kau"

"Oh, takpalah kalau macam tu"

Panggilan telefon tadi terus diletakkan oleh Izrail. Tanpa menunggu lama dia pun bergegas mengambil kunci keretanya kembali untuk menuju ke hospital milik keluarga mereka itu.

"Alesya, maaflah ganggu kau malam-malam ni. Aku nak tanya Qaira ada dengan kau tak?", soal Izrail sambil memecut laju keretanya.

Alesya yang mendengar apa Izrail katakan di dalam telefon itu agak terkejut kerana tidak pernah Qaira balik selewat ini jika bukan kerana pekerjaan.

Namun, Alesya tahu bahawa Qaira itu tidak pernah lupa untuk memberitahu orang yang terpenting di dalam hidupnya jika dia mempunyai pekerjaan melebihi masa.

Kerana dia bukanlah seseorang yang suka membuat orang lain risau akan tentangnya.

"Qai tak ada dengan saya, Rael. Kenapa?"

"Aku nak minta tolong kau boleh?"

"Apa dia Rael ?"

"Tolong jaga Hayder dekat rumah dulu boleh? Tadi aku tinggalkan dia seorang diri dekat rumah", pinta Izrail.

Alesya juga tidak menolak dengan permintaan itu kerana dia juga merindukan anak cilik yang comel itu.

"Okay nanti Lesya pergi temankan Ayder" Izrail berasa sedikit lega kerana ada yang menemani anaknya dirumah itu daripada sendiri.

Dia cuba menelefon Qaira beberapa kali namun tidak pernah diangkat.

"Sayang, mana awak ni"

Dia sangat risau akan keadaan isterinya ketika itu. Siapalah yang tak risau kalau musuh sendiri berada di dalam satu bangunan tempat isteri bekerja.

"Tuan Izrail ?", sapa salah satu jururawat yang melihat Izrail terburu-buru itu.

"Eh, ada nampak Doktor Qaira tak?"

"Doktor Qai ? Dia dah balik dah tadi"

"Pukul berapa dia balik ?"

"Erm, dalam pukul 5 tadi."

"Doktor Faris?"

"Dia tak datang hari ni"

Setelah dia mendengar jawapan daripada jururawat itu tong sampah yang berada di tepinya itu disepak oleh Izrail.

Beberapa orang yang berada di ruangan itu sedikit terkejut melihat apa yang dilakukan oleh Izrail.

Fikirannya bercelaru kini, kemana dia hendak mencari keberadaan isterinya itu. Seluruh cctv di situ telah pun di periksa oleh dirinya sendiri namun tiada satu pun kelibat yang menunjukkan Qaira itu menghilang.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now