𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 35

4K 284 13
                                    

"FAHEEM!!!"

Bergema satu ruangan pejabat itu oleh suara Izrail pada awal pagi. Habis seluruh tubuhnya diliputi oleh tepung. Ingat dia ni kek agaknya. Awal pagi lagi dah kena macam ni mahu tak naik darah!

"Kurang ajar punya adik! Sini kau! Kalau aku dapat kau nanti memang hancur lebur organ kau aku buat!" bebel Izrail seorang diri.

Faheem sudah terlebih dahulu lari demi menyelamatkan diri dia sendiri. Dia tahu bila-bila masa sahaja kembarnya itu boleh mengacukan pistol ke arahnya.

"Fawish ni memang sengaja kenakan aku!" kata Faheem sambil berlari tercungap-cungap.

"Ishh, budak ni kalau tak buat hal memang tak sah! Benda memang dah tak ada mood ditambah lagi, kalau bukan adik aku memang ada yang jadi arwah hari ni" Izrail membebel sendiri.

"Aku punyalah nak ambik mood balik awal pagi ni gara-gara anak aku! Dia ni pula datang-datang dari kem dah buat hal. Kau tunggu nanti, memang aku letak cili sekilo dekat minuman kau!" sambungnya lagi.

Dia masih lagi tidak berpuas hati. Sudahlah semalam kena sidai anak dengan bini. Hari ini pula sudah moody ditambah pula dengan perangai gila kembar sendiri.

Nasib badanlah, Rael!

"HEEM, kau dah kenapa lari macam tak cukup tanah?" soal Fawish kepada Faheem yang baru sahaja melabuhkan punggungnya pada kerusi yang ada di hadapannya itu.

"Kau tak cakap pun kau dah dekat sini? Aku ingatkan kau yang pergi panggil aku dekat office Rael tadi" jawabnya lalu terus meneguk air milik Danial. Ternganga-nganga Danial dibuatnya.

"Sedap?" soal Danial lalu menjeling Faheem yang disebelahnya.

"Sedaplah juga, air apa ni?"

"Oh, air mata buaya" jawab Danial. Hampir tersembur air yang diteguknya tadi.

Itulah siapa suruh minum air orang tanpa izin. Kan dah kena!

"Kau ni sebenarnya kenapa?" sekali lagi Kharl bertanya.

"Aku hampir kena tembak dengan Rael. Aku ingatkan Fawish yang datang rupanya malaikat maut. Jadi aku tumpahkanlah semua tepung tadi dekat dia. Memang ma..." Faheem terus terdiam melihat sosok tubuh sasa yang berjalan menghampiri meja mereka itu.

"Matilah kau, Heem" bisik Danial. Faheem sudah menelan air liurnya. Jelingan mata tajam Izrail itu sungguh menggerunkan. Mati aku!

Pekerja yang ada di kafe itu terus menunduk sedikit tubuh badannya sebagai tanda hormat. Tatapan mata langsung tidak memandang satu sama lain. Tiada siapa berani menatap tatapan malaikat maut itu.

"Apa yang mati? Kau? Haah, memang kalau ikutkan hati aku, memang aku tembak terus kau tadi" kata Izrail kepada Faheem yang kini duduk tepat dihadapannya.

Dia melabuhkan punggungnya di kerusi kosong bersebelahan dengan Fawish. Kalau duduk disebelah Faheem, mahunya bergaduh situ sampai tahun depan.

"Macam mana dengan maklumat yang aku nak?" soal Izrail kepada mereka berempat.

Sebelum menjawab persoalan yang diajukan oleh Izrail, mereka memerhati kawasan sekelilung terlebih dahulu. Kawasan tempat duduk mereka memang tidak dikelilingi oleh siapa pun. Itu memang peraturan daripada Izrail. Jika mereka nampak kelibat tuan besar mereka itu sudah menuju ke kafe di resort, maka kawasan itu harus segera dikosongkan.

Mereka hanya mengikuti arahan itu sejak dari dahulu. Tiada siapa berani ingkar dengan arahan itu.

"Zafri. Kau ingat tak yang dia pernah cakap tentang perempuan, anak buah Cobra. Dia kerja sini tu? Kau ingat?"

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now